RECKITT RAMADAN 2022 SINARI AKTIVITI SOLAT TARAWIH, BEST!

RECKITT RAMADAN 2022 SINARI AKTIVITI SOLAT TARAWIH, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulilah dimana mulai 1 April nanti, kite beralih dalam fasa endemik.

Dimana untuk tahun ini dapat menunaikan solat tarawih secara berjemaah tanpa ada penjarakkan walau masih ada SOP.

RECKITT RAMADAN 2022

Reckitt, sebuah syarikat yang mengeluarkan jenama isi rumah terkenal iaitu Dettol, Harpic, Vanish dan Air Wick diantaranya. Memulakan kempen Reckitt Ramadan 2022 tahun ini untuk pembersihan menyeluruh tiga buah masjid dalam kawasan Lembah Klang.

Masjid-masjid termasuk Masjid Al-Imam Al-Ghazali, di Kepong, Masjid As-Salam di Puchong Perdana dan Masjid Jamek Kampung Baru, di Kuala Lumpur.

Reckitt melancarkan siri usaha pembersihan masjid untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan yang semakin hampir.

Usaha itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan aktiviti solat tarawih secara berjemaah pada tahun ini.

ANTARA USAHA BERBAKTI PADA MASYARAKAT

“Kempen Reckitt Ramadan 2022 adalah sebahagian daripada beberapa usaha kami untuk berbakti kepada masyarakat .

Selepas mendapat kepercayaan yang amat tinggi daripada rakyat Malaysia sepanjang peristiwa wabak yang lalu.

“Kami mahu jiran-jiran yang beragama Islam berasa tenang dan selamat ketika menunaikan solat tarawih. Mana taknya mengetahui masjid tempat mereka bersolat telah dibersihkan secara menyeluruh dengan menggunakan produk-produk dipercayai.

Termasuk Dettol, Vanish dan Harpic, diiringi oleh udara Air Wick yang harum,”

-Justin Lee, Pengarah Pemasaran, Kebersihan dan Dettol Malaysia, Singapura dan Vietnam.

Bagi setiap usaha pembersihan, satu pasukan terdiri daripada lapan orang termasuk seorang penyelia dan tujuh kakitangan pembersihan. Mereka ini terlatih secara profesional ditugaskan untuk pembersihan tersebut.

PROSES PEMBERSIHAN

Proses pembersihan setiap masjid mengambil masa lebih kurang 8 jam, bermula dari jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang.

Tumpuan khusus dibahagikan kepada empat kawasan utama termasuk kawasan lobi pintu masuk, kawasan solat, kawasan wudhu, dan kawasan tandas.

Kawasan-kawasan ini dibersihkan menggunakan produk dipercayai Reckitt sendiri termasuk Dettol, Vanish dan Harpic, ditambah dengan aroma penyegar udara Air Wick yang menyegarkan.

Syarikat ini berharap usaha pembersihan itu akan memberi manfaat kepada masyarakat Islam di lokasi yang disasarkan.

Kami ingin mengekalkan momentum kempen dan berhasrat untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia dari semua kaum dan lokasi pada masa akan datang.

-sambungnya lagi.

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge