Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • EVENT
  • RESCUE UNION LANCAR LAGU KITA DISISIMU -APA YANG SPECIAL?

RESCUE UNION LANCAR LAGU KITA DISISIMU -APA YANG SPECIAL?

Nannie IsaJanuary 15, 2022January 15, 2022

RESCUE UNION LANCAR LAGU KITA DISISIMU -APA YANG SPECIAL? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lebih dari 30 buah persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan bernaung di bawah Rescue Union.

Isi Kandungan tutup
1 RESCUE UNION
2 KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后
3 SEMANGAT KELUARGA MALAYSIA
4 SOKONGAN DARI NGO

Melancarkan lagu tema usaha menyelamat mangsa banjir dan video muzik berjudul KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后, dengan kerjasama lebih dari 15 orang selebriti dan artis tempatan.

RESCUE UNION

Rescue Union ditubuhkan oleh dua badan NGO iaitu Worldwide Wellness Club dan Malaysia Ecological Civilization Communication Centre (MECC) kini disertai lebih 30 buah badan NGO dan persatuan, Hampir 300 sukarelawan yang berganding bahu bekerjasama dalam gerakan ini.

Mereka mendedikasikan masa, keringat, kecerdasan dan sumber-sumber bagi mengumpulkan dana dan menyediakan kemudahan kepada mangsa.

Pada masa ini, dalam 30 orang usahawan dan ketua-ketua sosial telah bersetuju untuk menjadi perunding kepada Rescue Union, dengan harapan lebih ramai sukarelawan dan pertubuhan menyertai usaha kebajikan ini.

KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后

Merupakan sebuah lagu berbilang bahasa yang diterbitkan oleh pelakon tempatan Lenny Ooi yang dikenali melalui filem “Mrs K” dan “You Believe in Ghost?”.

Video muzik lagu itu juga memberikan penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir dan para sukarelawan yang terlibat dalam program kemanusiaan. Menampilkan lebih 15 orang personaliti berbangsa Cina, Melayu, dan India, menginspirasikan keharmonian berbilang kaum.

Lagu tersebut menyuntik semangat kepada mangsa-mangsa banjir agar tidak berputus asa dan tabah menghadapi cabaran – mengingatkan mereka “sesudah ribut, datangnya pelangi”.

Pada masa yang sama, lagu tersebut juga menggalakkan rakyat Malaysia turut membantu mangsa-mangsa banjir pulih dari bencana tersebut.

Baik dari sumbangan wang ringgit, mahupun kerja-kerja sukarelawan dan sebagainya, setiap orang mampu menyumbang dengan cara tersendiri bagi memberi impak yang besar secara kolektif.

Artis-artis yang terlibat ialah:

  • Jack Lim (Penyampai radio My FM)
  • Fu ying & Sam
  • Henley
  • Billy Ng
  • Juztin Lan
  • Ribbon Ooi
  • Yumi Wong
  • Puteri Lili Ayumi
  • Aki
  • Ky Tha
  • Emely Poon
  • Joey Kong
  • Nick Ooi
  • Regine Kok
  • Cindy
  • Lenny
  • Sunshine Aileen Devi Eric
  • dan wakil Rescue Union yang lain

SEMANGAT KELUARGA MALAYSIA

Majlis dihadiri dan disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Tuan Zakaria Abdul Hamid. Membantu untuk menggalakkan rakyat Malaysia bersama-sama menjiwai semangat ‘Keluarga Malaysia’. Terutama dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

”Kerja-kerja sukarelawan mencerminkan budaya dan moral rakyat Malaysia yang suka membantu antara satu sama lain.

Saya amat berbangga melihat tindakan pantas artis-artis tempatan yang memberi bantuan secara kolektif kepada mangsa-mangsa banjir dengan menggunakan bakat dan pengaruh mereka”.

“Sebagai salah sebuah badan kerajaan utama dalam industri kreatif yang turut berkhidmat di kawasan-kawasan terjejas bagi membantu mereka yang terkesan akibat banjir.

FINAS menyokong segala usaha seperti ini, kerana ianya menyuntik semangat moral ketika negara sedang menghadapi pelbagai musibah.

Saya juga percaya seni hiburan merupakan satu bentuk motivasi yang mampu memupuk semangat kebajikan dalam setiap orang dan memberi inspirasi kepada bakal sukarelawan akan datang.

Saya berharap para penerbit kandungan kreatif atau penghasil kandungan di Malaysia mengikut jejak langkah selebriti-selebriti ini yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti CSR seumpama ini, supaya amalan ini dapat diteruskan, terutamanya di kalangan belia,”

-Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Tuan Zakaria Abdul Hamid berkata,

SOKONGAN DARI NGO

”Semasa bencana banjir di tahap yang kritikal, ianya jelas bahawa kami memerlukan banyak sokongan daripada NGO dan persatuan-persatuan. Ini bagi memberi impak yang ketara dalam menyediakan kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir.

Saya ingin mengingatkan semua orang walaupun banjir telah surut di sesetengah lokasi, tetapi masih ramai mangsa banjir yang masih terkesan akibat bencana ini.

Saya berharap melalui inisiatif ini, kita mampu meringankan beban mereka dan membantu memulihkan kediaman yang terjejas akibat bencana banjir.”

-Pengasas Rescue Union, Encik John Yap berkata.

Facebook |

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0

Post navigation

Previous: DISNEY X HABIB WINNIE THE POOH, THE BEST!
Next: FILEM GRACIAS BARCELONA -APA YANG BEST?

Related Posts

Pembelian tiket boleh dibuat melalui Ticket2U For You Nourul.

FOR YOU NOURUL DI ZEPP KL JANJI KEJUTAN, LAGU IKONIK BERI NAFAS BARU

May 13, 2026May 13, 2026 Nannie Isa

INTERNATIONAL HEALTHCARE WEEK 2025, APA YANG BEST!

June 2, 2025September 5, 2025 Nannie Isa
PTTI CIPTA DUA REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS

PTTI CIPTA DUA REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS UNTUK SPM 2024

June 2, 2025September 5, 2025 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}