5 RESIPI SIMPLE IKAN TONGKOL| Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Sekali sekala tukar menu ikan tak salah kan! Yang penting senang dimasak dan semestinya sedap.

IKAN TONGKOL

Dalam bahasa Malaysia tetap sama, iaitu “ikan tongkol”. Ada beberapa jenis, ada tongkol hitam dan tongkol putih. Kalau tengok dari saiz, kebanyakkannya bersaiz agak besar dan isinya tebal.

MAKSUD NAMA TONGKOL

Ianya adalah nama tempatan untuk sejenis ikan laut yang juga termasuk dalam keluarga Scombridae. Jika ikan tongkol in english pula ada yang kata mackarel tuna. Ada pula kata skipjack tuna.

BENTUK IKAN TONGKOL

Mempunyai badan yang silinder dan panjang dengan sisik kecil yang licin. Warna tubuhnya kebiruan gelap di bagian atas dan perak keputihan di bagian bawah.

Serta memiliki garis-garis gelap di sepanjang badan.

SUMBER MAKANAN BERHARGA

Salah satu spesies ikan yang penting dalam industri perikanan dan menjadi sumber makanan yang berharga di banyak negara.

Isinya dikenal dengan tekstur yang padat dan rasanya yang kaya. Ia sering digunakan dalam pelbagai hidangan, termasuk ikan bakar, sup, sashimi, sushi, dan banyak lagi.

SENANG DI SEBUT

Dalam bahasa Malaysia, tetap dipanggil ikan tongkol kerana ianya nama yang digunakan secara meluas.

Telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia dalam mengenali dan menyebutkan spesies ikan ini.

Jom Cuba: resepi maggi goreng

SESUAI UNTUK GULAI NASI DAGANG

Di Malaysia, kebiasaanya dimasak gulai ikan tongkol untuk dimakan bersama nasi dagang. Selain itu ada pula ikan tongkol sambal yang disajikan dengan nasi lemak mahupun nasi kuning.

credit photo: Azie Kitchen

Isi ikan yang tebal dan padat jadikan ia tidak mudah berderai jika dipotong kecil. Namun begitu isi ikan tongkol amat wangi dan lembut.

Dikongsikan 4 resipi simple ikan tongkol yang mudah dan senang!

GULAI KUNING IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN

UNTUK REBUSAN IKAN

-Garam, Gula Melaka, Asam Keping
-Bawang merah + Bawang Putih
-Lengkuas, kunyit hidup
-Lada kering, santan,
-Gula Melaka
-Timun

credit photo: Youtube Wanie R Channel

CARA MEMBUAT

-Blend bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup dan lada kering
-Pansakan santan, masukkan bahan blend tadi. Kacau selalu supaya santan tidak berketul. Masukkan campurkan sedikit lada kering serbuk cap Babas.
-Masukkan ikan yang sudah direbus. Ikan rebus ini makin lama simpan dalam peti ais makin bertambah sedap. Sebati masam -masin- manis.
-Last sekali, masukkan asam keping, gula melaka, lada hijau solok, timun. Kecilkan api, masak biarsantan pecah minyak .
-Siap untuk dihidang

Sumber: Ben Ameer Nour Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

RESEPI SAMBAL IKAN TONGKOL

WAJIB ADA

-Ikan tongkol rebus dahulu
-5-6 asam keping
-1/4 lengkuas di ketuk
-separuh gula melaka
-secubit garam

KISAR BAHAN

-Cili kering direbus dahulu
-Kupas separuh biji bawang Holland
-5-6 biji bawang merah
-1 inchi halia

MUDAHNYA CARA MEMBUAT

-Selepas rebus ikan, goreng dahulu untuk sekejap. Jangan terlalu lama takut nanti ikan keras
-Ketepikan dan tumis sampai pecah minyak bahan kisar. Letak gula melaka & asam keping
-Tambahkan secubit gula, garam. Jika rasa dah enak, masukkan ikan tongkol
-Masukkan hirisan bawang Holland, kacau 1-2 minit dan siap dihidangkan

Sumber: Ekin OmAr dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

ASAM PEDAS IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN

-Bawang merah, bawang putih, halia & belacan [blend halus]
-Cili kisar
-Asam jawa [bancuh dengan air]
-Daun kesum @ Daun limau purut
-Terung, tomato & bendi
-Secubit garam
-Secubit gula
-Wajib ada ikannya

BAGAIMANA NAK MEMASAK?

-Tumis bahan blend sampai naik bau dan masukkan cili kisar bagi pecah minyak
-Masukkan air asam jawa
-Bila dah didih kuah masukkan ikan, terung, bendi dan juga daun kesum @ daun limau purut. Nak letak bunga kantan pun boleh
-Bila dah masuk semua, letakkan garam ikut citarasa
-Mendidih dan masak baru letak tomato
-Tutup api dan boleh dihidangkan

Sumber: Puan Nadia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

MASAK ASAM CUKA UTARA

Antara menu simple menggunakan ikan tongkol. Tak salah mencubakan! Menu simple tapi sedap

BAHAN A

-Isi ikan tongkol
[kalau nak sedap lumur dengan kunyit garam dan goreng. Goreng separuh masak, jangan garing]
-Tomato 1 biji

BAHAN B – TUMIS

-2 biji bawang besar potong kasar
-6 ulas bawang putih- cuma belah 2 saja
-Halia hiris nipis-nipis
-1 sudu kecil halba campur
-2 biji cili besar potong serong
-6 biji cili api – untuk tambah pedas
– 1 biji timun

BAHAN C

– Air dalam 2 1/2 cawan
– 3 sudu besar cuka
– Asam jawa bancuh air 1/2 cawan
– 1 sudu besar gula
– secubit garam

SENANG MEMASAK

– Panaskan minyak lebihan Bahan A tadi- yang goreng ikan.
– Masukkan bahan menumis Bahan B,. Goreng sampai wangi tapi jangan sampai layu bawang besar
– Bahan C boleh dimasukkan bersama ikan goreng dan tomato
– Tambahkan garam dan tutup api jika dah siap. Hidang bersama nasi panas-panas

Sumber : Arieza Rieza

SINGGANG IKAN TONGKOL

BAHAN

-1 ekor ikan
– 4 biji bawang putih (dihiris nipis)
– 6 biji bawang merah (dihiris nipis)
– 1 inci lengkuas (dihiris nipis)
– 1 inci kunyit hidup (dihiris nipis)
– 8 biji cili api
– 2 biji cili merah/hijau
– 4 keping asam gelugur
– Garam secukup rasa
– Sedikit gula
– Air secukupnya

NAK MEMBUATNYA

-Didihkan air didalam periuk
-Masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, cili padi, asam keping dan cili
-Biarkan mendidih sebentar
-Ikan dimasukkan dan tambahkan garam & gula
-Apabila ikan sudah masak, tutup api dan boleh dihidangkan

Kredit: azianhasan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge