KUIH KOCI LELEH, SEDAP DAN BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dari satu nama ini rupanya ada pelbagai rasa walaupun bentuk itu yang satu.
KUIH KOCI
Antara kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kalau di Malaysia kuih ini popular terutama di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula nisan (Gula Melaka) di dalamnya.
Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan. Sangat sedap dinikmati ketika minum petang!
SEBAGAI PENCUCI MULUT
Biasanya dihidangkan untuk pencuci mulut dalam acara kenduri ataupun sehari-hari. Jangan terkejut dimana ada lagunya tersendiri,
“Ada sejenis kuih tiga segi…. Di luar tepung di dalamnya inti… Makanan orang tiada bergigi…”
TEKSTUR
Memiliki tekstur yang lembut dan lembik. Rasa yang sangat “tradisional” membuat kuih koci selalu diminati dari dulu hingga sekarang.
RASANYA
Rasanya juga sangat tradisional dengan rasa manis dan berlemak. Kuih ini mempunyai kombinasi rasa manis (santan kelapa dan pulut).
Serta manis (inti dari kelapa bergula melaka) dan juga bau daun pisang yang harum. Mesti dah terliurkan nak makan. Apa kata jom lihat cara buat kuih koci dengan resipi yang ada.
RESEPI KUIH KOCI LELEH
1 1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 sudu makan tepung gandum
[bancuh 1 cawan air, masukkn air sikit2 dulu)
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan bancuhkan dengan air. Masukkan air sikit2 dulu tengok tahap kelembutan tepung tu.
P/s : nak senang inti tu bolat bolat kan dulu dan simpan dlm peti ais. Nak buat senang inti da bolat tinggal masuk dalam tepung.
BAHAN INTI:
1 biji kelapa
1 cawan gula melaka
1 cawan air
2 sudu makan gula pasir
CARA MEMASAK
Kacau semua sekali hingga agak kering. Bila da nak kering, boleh masukkan tepung jagung sesudu dan kacau sampai inti tu kering.
BAHAN SANTAN:
2 cawan santan
3 sudu makan tepung beras
1 helai daun pandan
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK
Campurkan semua bahan kacau atas api hingga pekat. Tutup api.
CARA-CARA BUAT
Ambil adunan agak-agak macam guli . Leperkan dan boleh masukkan inti kemudian. Bulatkan Ulang proses hingga selesai adunan.
Didihkan air , setelah air mendidh masukkan kuih yang dibuat tadi dan biarkan ia timbul [seperti masak onde-onde]
Jika dah timbul- angkat. Masukkan dalam santan yang sudah dimasak tadi.
Ambil daun pisang dan letakkan minyak sedikut. Bungkuskan kuih koci tadi seperti bentuk kon
Kukuskan untuk 5 minit dan Siap!
Boleh Cuba: Resepi donut mudah dan gebu
CARA MAKAN
Cara makan juga kena ada cara tersendiri agar apabila digigit isi didalamnya tidak terpancut atau meleleh terkena baju nanti.
Ada yang makan terus ke mulut, ada pula menggunakan sudu atau garpu untuk makan.
TIPS MEMASAK KUIH KOCI
1. Dadih santan jangan terlalu pekat ataupun cair. Kalau tercair sangat bancuh sedikit dengan tepung beras + air. Masak sampai dadih berbuih untuk tahan lama.
2. Kacau doh yang sudah dimasak dalam santan guna senduk kayu untuk elak doh senang pecah.
3. Buat santan terlebih dahulu sebelum masakkan doh didalam air. Sebab ketika doh sudah masak harus terus dimasukkan dalam santan. Kalau tidak nanti melekat2.
4. Setelah inti siap dimasakkan. Sejukkan sebentar. Masukkan dalam freeze atas. Setelah sejuk dan agak beku. Keluarkan dan bulat-bulatkan inti. Bekukan semula untuk mudahkan proses masukkan inti kedalam doh. Tidak melekit dan kerja jadi cepat.
Kongsi resipi: Norhidayu Abdul Majid