BUAT ROTI CANAI DENGAN 3 BAHAN, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Meh angkat tangan siapa peminat atau gemar hidangan ini?
ROTI CANAI
Antara sajian sarapan kegemaran ramai termasuk anak-anak. Lebih sedap kalau dihidang bersama kuah dal, kuah kari dan ada sambal sekali.
Dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai “roti canai”. Tetapi kalau di luar dari Malaysia ada pelbagai nama untuk roti canai, antaranya roti Paratha.
ASAL USUL
Ada pelbagai versi jika bertanya tentang asal usul roti canai. Versi pertama
WILAYAH INDIA SELATAN
Asal berasal dari wilayah India Selatan, terutamanya dari Kerala. Di Kerala, terdapat sejenis roti yang dikenali sebagai “paratha” yang memiliki persamaan dengan roti canai.
Oleh sebab perdagangan dan hubungan antara India dengan Malaysia yang lama, makanan ini kemungkinan dibawa ke Malaysia dan kemudian dikenal pasti sebagai roti canai.
Versi ini lain pula katanya dari mamak!
DARI MAMAK?
Seringkali dikaitkan dengan warung mamak, yang dikelola oleh masyarakat keturunan India Muslim di Malaysia.
Seiring dengan perkembangan zaman, masih menjadi populer di kalangan masyarakat Malaysia dari pelbagai latar belakang.
MASIH JADI TANDA TANYA!
Sampai pada hari ini, sejarah pasti mengenai asal usul roti canai masih menjadi tanda tanya tetapi yang pasti, ia menjadi sebahagian daripada kebudayaan makanan Malaysia.
Jom Masak : sayur masak lemak
Dari roti ini saja ada pelbagai menu boleh dibuat. Seperti roti kosong, roti telur, roti banjir, roti tampal, roti sardin, roti sarang burung.
Nak yang manis pun ada seperti roti bom, roti pisang, roti planta, roti susu. roti tisu dan juga roti milo.
PERBEZAANNYA
Jika nak tahu perbezaan antara kedua-dua roti ini adalah:
ROTI CANAI
-Merupakan hidangan yang popular di Malaysia terutama di warung mamak atau restoran India Muslim
-Ada juga yang kenalinya sebagai roti prata
-Dibuat daripada adunan tepung gandum, air, garam dan minyal.
-Proses membuat melibatkan menguli, melipat adunan, menebar dan akhir sekali menggoreng
-Dimakan bersama kuah dalca atau kuah kari. Nak lagi sedap makan dengan susu atau gula
ROTI PARATHA
-Popular di Asia Selatan dan Tenggara termasuk Malaysia
-Dikenali sebagai roti paratha sesetengah kawasan
-Dibuat sama dengan cara roti canai cuma mengandungi lebih minyak dan lemak
-Sering disajikan dengan kari,acar atau dalca.
Walaupun terdapat beberapa perbezaan dalam teknik pembuatan mahupun penyajian, kedua dua roti ini tetap menjadi hidangan paling popular.
RESEPI MUDAH BUAT ROTI CANAI
HANYA GUNA 3 BAHAN SAJA
BAHAN
-4 cawan tepung gandum
-Air Garam
-Minyak masak
CARA MEMBUATNYA
-Campurkan tepung gandum, air dan juga garam [jangan terlampau masin]
-Uli bahan-bahan ini menjadi doh
-Uli hingga lembut dan bahagikan adunan jua bulat-bulat.
-Tuangkan minyak masak sedikit
-Biarkan semalaman
CARA MEMASAK
-Tebar doh, atas talam pun boleh
-Buat simpul-simpul
-Cantumkan dua simpulan tadi
-Leperkan sebelum di goreng
-Tambah minyak sedikit demi sedikit ketika menggoreng
-Api kecil ye sambil terbalikkan roti canai
Kredit: Siti Saerah Mohammad Sharif
HOMEMADE RESEPI ROTI CANAI
BAHAN
-1/2 kh tepung gandum
-1 sudu besar minyak masak
-2 sudu besar susu pekat
-sebiji telur + 1 cawan air
-1 sudu kecil garam
-4 cawan gandum
CARA MEMBUATNYA
-Satukan susu, telur, garam dan air. Kacau hingga larut
-Masukkan tepung dan minyak dalam bekas
-Tuang bancuhan susu tadi sambil uli sehingga menjadi doh yang licin dan lembut.
-Buat bulat-bulat anggaran 75g – 80g setiap bola
-Sapu setiap bola dengan marjerin dan letak dalam bekas
-Tuang sedikit minyak masak perap hingga 6-7 jam.
-Tebar dan goreng seperti biasa [ minyak sedikit saja]
TIPS
-Masa nak buat adunan doh, kena masukkan air sedikit demi sedikit
•Kalau tak pandai tebar, tarik-tarik sahaja kat belakang dulang.
-Yang penting kena nipis
Kredit: Rahmah Rosmin
ROTI CANAI TANPA TELUR
BAHAN
-Gula – 1 sudu besar
-Susu pekat 1 sudu besar
-Planta [cairkan dalam kuali] 1 sudu besar
-1 sudu kecil garam
-4 cawan gandum
CARA MEMBUATNYA
-Sebatikan semua bahan diatas untuk bagi gula larut.
-Masukkan gandum sedikit sedikit sambil menguli.
-Uli sampai doh jadi licin
-Bulatkan ikut besar mana nak
*Jangan lupa sapukan minyak sedikit.
*Dalam 3-4 jam dah boleh mula goreng yea!
Sumber: Rohani Ibrahim
LOKASI MENARIK UNTUK NIKMATI
KAYU ARANG
Ke Melaka bolehlah cuba Roti Canai Kayu Arang yang terletak di alamat : 459, Kampung Bakar Batu, 75250 Bandar Melaka, Melaka. Kalau google pasti lokasi kedai ini antara yang ‘top list’
TRANSFER ROAD
Ada yang sanggup datang dari jauh hanya untuk menikmati roti di sini yang cukup padu! Alamat: 114, 110, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
MADIBEST CAFE
Di Pasir Gudang, Johor, singgah ke Madibest Cafe yang terletak di alamat : No 26, Jalan Pelanduk 6, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor
KALORI DIDALAM SATU HIDANGAN
Dari tepung, di uli dan menggunakan minyak untuk menggoreng. Jadi semestinya kalori yang ada tinggi.
Sekeping biasanya mempunyai 300 kalori, itu pun baru roti kosong biasa kalau yang seperti roti pisang roti telur agak-agak berapa ye
Ini tak boleh jadi, nak kena terjah juga esok pagi. Makan roti canai lembut, panas-panas sambil di cicah dengan kuah dal mahupun kari. Nak lagi kick tambah sambal .