EVENT TRAVEL

Fun Drive To Ipoh 2017 Mencabar Minda & Fizikal Saya Terutamanya

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Fun Drive To Ipoh 2017 Mencabar Minda & Fizikal Saya Terutamanya | Mencabar sangat ke Fun Drive ini sampai kena tajuk sebegini??  Yes , memang tidak dinafikan sungguh mencabar. Apabila mendapat peluang turut serta Fun Drive to Ipoh 2017 dengan family pula tu pastilah tak dilepaskan. Bukan senang dapat bersama family begini jadi KP dengan tidak teragak-agak menerima dengan hati dan minda terbuka. So bermula dari jam 8pagi pada 30 September 2017 dimana ianya adalah anjuran Selangor Tourism Association (STA)  kolaborasi bersama Perak Tourist Association (PTA). Objektif untuk kali ini memberi pendedahan kepada peserta antara tempat atau lokasi yang menarik sepanjang dari Klang melalui Kuala Selangor – Parit jua Batu Gajah sebelum sampai ke garisan penamat . Ada dalam 300km katanya untuk fun drive iniFun Drive To Ipoh 2017 Mencabar Minda & Fizikal Saya Terutamanya

Sebelum bermula Fun Drive to Ipoh 2017, para perserta diberi penerangan dan menitik beratkan ciri keselamatan selain menjawap soalan yang diberikan . ila tengok soalan yang diberi, udah mau pening kepala nak menjawapnya kerana ini lah kali pertama KP turut serta .Fun Drive To Ipoh 2017 Mencabar Minda & Fizikal Saya Terutamanya Sebelum nie jadi navigator ngan kengakwan lain perasannya tak sama bila dengan family. Tapi cabaran disahut kerana kite perlu belajar dari permulaan atau kesilapan yang dibuat. 

1st pit stop kali nie memang sangat mencabar. Walaupun dah membaca terlepas jua simpang hinggakan 2-3 kali berpusing untuk sampai ke CAM Sendok Group . Disini senang sahaja dimana kami perlu bergambar di salah satu caravan /van yang ada. Nak share juga di mana ini adalah Malaysia Book of Records untuk CAM kerana mempunyai  van terpanjang dengan kapasiti muatan 18 seaters. tak payah nak pening 2-3 biji kereta konvoi semua boleh masuk dalam satu van

Menuju ke hadapan lagi sambil mencari jawapan bertemu kami di The Kabin. kat sini lawak sebab instead of kami masuk ikut pintu depan kami masuk pintu tepi . Cuma pada hari yang KP ada di sini sempat merakam sekeping dua gambar The Kabin tutup. Buat yang tak tahu The Kabin  merupakan salah satu rumah percutian dimana mengikut konsep dan trend terkini menginap didalam kontena. Ala cam kontena yang di simpan barang bila sampai ke port . tapi jangan dipandang pada luaran kena buka minda dimana bila dilihat didalamnya dihiasi dengan segala kemudahan yang ada 

Dari sini kami tidak menyinggah lagi ke lokasi kerana soalan yang diberikan agar lurus cuma perlu menjawab berapa km atau nama papan tanda yang ada. Cuma issue mencabar fizikal timbul apabila dari The Kabin KP mula selsema dan pening. Mungkin kerana kena hujan semalam dan juga jalan dalam yang digunakan berbelok-belok. (aipp… jangan fikir lain). Mencabar minda dan fizikal KP dari sini hinggalah ke pit stop terakhir dimana tewas juga akhirnya. berhenti kali pertama di tepi simpang selepas meniti jambatan sehala di tepi tasik . Ingatkan selesai rupanya tidak .. kencundang kali ke 2 di simpang ke Batu Gajah di kebun kelapa sawit. Anak -anak teperanjat sedikit melihat KP kerana inilah kali pertama sebegini.. Tapi ini tidak mematahkan semangat KP untuk berhenti di sini dimana meneruskan juga hingga ke pit stop terakhir. bila nampal signboad nie, terus hilang rasa pening tu .. cammana tu .. (maafkan saya .. sebab saya begini..)

Pit stop terakhir  Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 – TT5 . Ini adalah kali pertama KP dan anak-anak sampai ke sini.

Diberi peluang untuk melihat walau dari jauh kapal korek bijih timah yang terakhir di malaysia bagaikan pucuk di cita ulam mendatang . Rupanya besar juga kapal korek nie, ingatkan kecil sahaja. Rupanya begini rupanya. Sekarang ia menjadi tempat peninggalan sejarah dan sarankan untuk di perkemas-kinikan agar dapat menarik para pelancong luar mahupun dalam negeri untuk kesini.

Besarnya kapal korek bijih timah ini. Kali pertama melihat sendiri di hadapan mata. Even Qurratul dan Irfan terkejut .

Selepas menjamu selera setelah menyelesaikan cabaran dan soalan yang diberikan pada pagi tadi sewaktu pelepasan, KP dan peserta yang lain di beri sedikit penerangan tentang sejarah kapal korek bijih timah ini. Banyak juga informasi di kongsikan untuk kami . 

Dari Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 – TT5 kami konvoi ramai-ramai ke Kellie’s Castle. Ini lah kali pertama menjejakkan kaki ke sini . Oleh kerana kepala mula kepeningan atas sebab sebelum ini tewas 2 kali , KP dan anak-anak cuma mengambil gambar dari luar sahaja . Cantik dan indah bangunan ini. Dengan kebetulan awan biru di belakang mencantikkan lagi gambar yang diambi

Muka masing -masing kepenatan sebab dari jam 8 pagi dah standby di Klang kan ..s emangat nak join fun drive to Ipoh

Asyik anak ajer bergambar kan so kasi chancelah kat KP lak bergambar . Thanks to my photographer sebab sanggup layan karenah kite hari nie .. dahlah tewas 2X , kalau kali ke 3 mesti semue orang gelakkan kat kita kan .. So dari sini masing-masing pulang ke kamar .. eh silap kami berkonvoi ke tempat untuk kami bermalam .. Dimana kah lokasi nya .. tunggu ye kite share di next entri

Apa pun , nak ucapkan terima kasih kepada para penganjur seperti Selangor Tourism Association (STA) Destination Perak dan Perak Tourist Association (PTA) atas penganjuran bersama dan juga pengurus setia untuk Fun Drive to Ipoh 2017. Walaupun kami tidak menang tetapi pengalaman pertama ini membuka langkah untuk kami join lagi jika ada acara- sebegini .

Terima kasih daun keladi insyallah jangan serik ajak lagi