Pizza Hut Sunway Pyramid -1st Restoran Berkonsepkan Digital di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pizza Hut Sunway Pyramid -1st Restoran Berkonsepkan Digital di Malaysia |  Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”), rangkaian pizza No.1 Malaysia telah mengorak sempadan digital baru – sebuah restoran konsep digital yang diperbaharui di Sunway Pyramid, berserta aplikasi mudah alih baru

Kata Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata:

“Dalam membangunkan strategi digital Pizza Hut, kami kembali kepada teras industri makanan. Dalam industri kami, pengalaman pelanggan merupakan aspek paling utama, dan soal aspek digital bukanlah sekadar penggunaan teknologi semata-mata sahaja – ianya untuk memastikan kepuasan para pelanggan. Bagi kami, ini bermaksud menyenangkan proses pembelian piza untuk pelanggan – sama ada di restoran, rumah, atau di mana-mana sekalipun.”

Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd

“Inilah sebabnya Pizza Hut mengorak langkah ke arah transformasi digital, bermula dengan rombakan semula laman web kami, dan sekarang dengan aplikasi mudah alih dan restoran konsep digital pertama kami. Kami berharap untuk memberikan pelanggan kami pengalaman digital sepenuhnya dari saat mereka masuk ke dalam restoran, membuat pesanan, dan menikmati hidangan mereka. Ini hanyalah permulaan. Kami merancang untuk mengembangkan konsep digital kami ke lebih banyak restoran, bagi memberi pengalaman digital yang lebih baik dan menyenangkan untuk semua pelanggan.

Mengubah pengalaman makan dan pesanan digital

Restoran Berkonsepkan Digital yang pertama di Pizza Hut bakal memberikan pelanggan pengalaman digital yang baru dari saat mereka melangkah masuk ke restoran, membuat pesanan dan menikmati hidangan mereka, sehingga saat mereka keluar.

Dari panel digital pesanan dan pengurusan barisan yang terletak di luar restoran, hinggalah robot penyambut tetamu di dalam, restoran ini telah direka khas untuk berfungsi secara digital. Bukan itu sahaja dimana para pekernja bakal dilengkapi dengan tablet untuk mengambil pesanan dengan lebih efisien dan tepat.Robot bernama Sandy dan Sally bakal menyambut anda di hadapan restoran ini

Restoran Berkonsepkan Digital ini juga merupakan cawangan pertama Pizza Hut di Asia Pasifik untuk menampilkan Kiosk Bawa Pulang Digital. Kios ini membolehkan pelanggan membuat pesanan dan bayar dengan lebih pantas, menjadikan proses ini lebih cekap dan mengurangkan masa menunggu.

Kios Digital Pizza Hut

“Dalam perancangan untuk menerapkan teknologi digital ke dalam restoran konsep digital ini, kami mendekatinya dari sudut pandangan pelanggan. Bagaimanakah kita dapat membuat keseluruhan pengalaman pelanggan lebih senang? Sebab itulah kami telah membawa penyelesaian seperti Kios Bawa Pulang Digital – kerana pelanggan memberitahu kami bahawa mereka ingin memesan dan membuat pembayaran dengan lebih pantas, supaya mereka dapat lebih cepat menikmati piza mereka. Dengan cara ini, pelaburan kami ke dalam pembinaan kios ini terus menjadi sebuah penyelesaian dan memberi pengalaman pelanggan yang lebih baik.”

Pilih pizza mana yang diinginkan

  

Kemudahan di hujung jari anda

Bagi pelanggan yang lebih suka menikmati piza yang dihantar ke rumah, Pizza Hut telah mula membuat pengalaman ini lebih baik dengan pembaharuan laman webnya pada awal Mei tahun ini, lengkap dengan mekanisme pesanan, navigasi dan penjejakan yang lebih mudah. Pelaburan ini membawa keuntungan dengan kenaikan 107%* trafik laman web, sementara urus niaga jualan dalam talian meningkat sebanyak 31%*. Pizza Hut kini telah mengambil langkah seterusnya dengan pelancaran rasmi aplikasi mudah alihnya.

Aplikasi ini akan menjadikan proses pesanan piza satu pengalaman yang lebih mudah dan bermanfaat. Aplikasi ini mengingati pesanan dan pilihan pelanggan yang terakhir – termasuk alamat penghantaran sebelumnya, supaya pelanggan tidak perlu memasukkan data berulang kali. Dengan data GPS dan data lokasi yang terbina di dalam kebanyakan telefon mudah alih hari ini, aplikasi ini dapat mengesan lokasi pelanggan dan menjadikan proses menempah semudah satu klik sahaja. Pemantauan status penghantaran juga memudahkan pelanggan menjangka bila penghantaran pizza mereka akan tiba.

Di samping membuat proses memesan lebih mudah, aplikasi Pizza Hut ini juga memberi ganjaran dengan setiap pesanan yang dibuat oleh pelanggan. Dengan setiap pesanan, pelanggan akan diberikan poin piza yang boleh ditebus untuk ganjaran seperti hidangan sampingan percuma, minuman ataupun piza percuma. Sejak diperkenalkan pada awal bulan September, aplikasi mudah alih ini telah dimuat turun sebanyak 37,432 kali, dengan peningkatan kadar jualan melaluinya.

Gandakan ganjaran dengan “You download, We Belanja!”

Untuk meraikan aplikasi mudah alih baru ini, Pizza Hut akan memberikan 35,000 piza percuma melalui promosi terbaru mereka, “You Download, We Belanja”. Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih Pizza Hut, dan buat pesanan untuk satu piza saiz biasa dan mereka akan mendapat satu lagi piza saiz biasa secara percuma! “bagimanakah boleh kita menghantar piza terbaik kepada anda dengan cara termudah di samping memberi ganjaran kepada anda semasa berbuat demikian?”

Aplikasi Mudah Alih Pizza HUt

Pelaburan berterusan dalam alam digital

Pizza Hut berhasrat untuk teruskan pelaburan mereka dalam teknologi digital bagi meningkatkan kualiti kepuasan pelanggan .Kata Pereyra,

“Pelaburan kami dalam strategi digital bukanlah untuk mendorong keperluan untuk terus berada di dalam trend semasa semata-mata.” Sebaliknya, kami sengaja menggunakan teknologi ini dengan cara strategik supaya pengalaman pelanggan kami lebih hebat, baik dan lebih menyeronokkan – seperti piza yang mereka nikmati.

Pizza Hut Sunway Pyramid -1st Restoran Berkonsepkan Digital di Malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai Pizza Hut Malaysia dan promosi terkini, layari

Website Pizza Hut  www.pizzahut.com.my

Facebook Pizza Hut  www.facebook.com/pizzahutmalaysia/.

 



1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge