PINKFONG & Friends Konsert Berlangsung Dengan Meriah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PINKFONG & Friends Konsert Berlangsung Dengan Meriah|Baby Shark Doo Doo , Baby Shark Doo Doo …. Siapa tahu lirik lagu apa nie? Menjadi siulan dan nyanyian di bibir anak-anak kecil dari umur 1 tahun hingga ke dewasa!! Tidak kira dimana ada saja yang menyanyi siap ada gaya lagi. Anda juga peminat PINKFONG and Friends? Adakah KP ketinggalan sesuatu ??

https://lh6.googleusercontent.com/CsKRBDUZm8Eoi6lZ9FgdQcKtD0tzuW-wne1-hK9tbRynIhZySYPZ6cP-B70Lh3JsmEw7Qf88sohQsOKj3btN1hYAydLM_JwzyeFH7tI4Use9aItJZsqHOIRH9kF7rSKXoxOAQguj

Ni KP nak cerita pada anda dimana jika anda followers sosial media KP pastinya anda ada ternampak beberapa post bulan lepas dimana KP menghadirkan diri ke konsert PINKFONG and Friends di 1 Utama bersama anak-anak. Dari ingin menemankan Irfan akhirnya KP sendiri terjebak hinggakan sewaktu pulang didalam kereta masih lagi menyanyikan bait -bait lagu ini.

https://lh6.googleusercontent.com/yK6JqDXQqVtGw057F7st3tFtcYRYlBoA8N80tgXOX4CXpK5N3yZ8moAkmHrLIU0KXhKrKCGbcGgw_tFSpXR7W2v7qdQsmeEB2zFS7BOY4fByVqilqC80Wk9ZBLli3o7S3ivx6ERg

PINKFONG Konsert

Konsert ini diadakan di 1 Utama selama 3 hari dan setiap seisi konsert ini berlangsung selama 1 jam. Dari mula hinggalah akhir konsert anak-anak kecil memberi kerjasama tanpa kenal erti penat sambil menyanyikan lagu yang ada. Bila PINKFONG dan rakan-rakan naik ke pentas, anak-anak jadi riuh dan nampak wajah kegirangan di muka mereka. Antara lagu yang sempat dipersembahkan Baby Shark, The Penguin Dance, Cheetah dan lain-lain lagi . Nanti kite kongsikan antara video persembahan yang sempat KP rakam. Konsert ini bukanlah setakat konsert nyanyian sahaja tetapi penuh dengan pembelajaran. Sebelum menyanyi lagu baru, seisi pembelajaran secara interaktif diadakan bersama PINKFONG, membuatkan anak-anak kecil turut sama sertai. Dengar-dengar tiket konsert sold out / full house untuk menyaksikan julung kalinya konsert diadakan di sini sejajar dengan keluaran aiskrim terbaru PINKFONG Baby Shark.

https://lh4.googleusercontent.com/1ZK63EROQMCq8MglU0zw48uoU9Yatou_HPF0xlJEGSYDx5_jzQmdpG62qQfZWJqMFpHveCUlxLJb1WiBVHg8CmiUGWYctVWtkqYASO6lQpTib2u6xRpPCBJQUZqIhxVq5vblO7F9

https://lh6.googleusercontent.com/fNC9FaYTOo7LtiQi9SmHq72rUaAF_bGa3aUCJIpvV8iUstmH7S-8ZmqtgWtpPydiyfEfuqsseoGS0E46UVdRKtJNT0AhfHJkPfFfGu4LmL1xb_HSFM-GOoIwzgrkjV9J-G17qAnt

https://lh4.googleusercontent.com/wTdjHv6fzyR8e_wyOY4GZi4am9LfG_odfRM1elsPz1aaQIpgX95UHvE_UjUljAldgN8UcrYLUTbq4A-QGchpRv3X6-SiAgVQYSxBSd5FSzqhswaPd_676d0Glc0RibrAaGtXYebA

Antara yang menarik, mengetahui haiwan apakah yang ada didalam hutan sambil mempelajari bagaimana haiwan tersebut “pose” seperti gorilla, ular dan buaya dalam Jungle Boogy. Cuba tengok video yang KP rakamkan:

https://lh5.googleusercontent.com/VbdFbAGE6BRnFpEIiTa5apRFy_RLVcUsE5cDEDaPWH3XYUm5r8ci722JKujwEneqx3qfXLqJBJxNDqdn4IjnLrl7ArkYgLp1GC3Q7NKekpcQg7Gir8KPLgcHwO3tizyGvV4T4Ij6

Antara yang best adalah di Penguin Baby’s Birthday Party dimana PINKFONG dan Baby Shark bergabung. Memang menarik skrin interaktif yang dipaparkan sewaktu konsert berlangsung. Lagi best bila lagu Baby Shark dinyanyikan bersama anak-anak dan ibu jua ayah. Siap dengan gaya dan tarian yang menjadi siulan dan ikutan

https://lh6.googleusercontent.com/MVeFbhMUura4EDVPnxNFVJNuLDzeAzcyyDTlLNRC23ytGdRj7vtETfnkw5qsI9KRTxDlk2FMfe-GEf97tfXc8OJWY76QnDyDDcXjoFmN2j18Cd_knllAP987P0AjA_Db11sr_utG

https://lh3.googleusercontent.com/u55ClUdHu8SdUu_JOMHztEf_r3BGpsICqnOZZuXhtKlPQ6gYO2ePXCnToUk8TWaXdHM_8yBX5BQdTFnUe5jYThMtGRYBGErWn4zIvX19plL0MNuTDJBoYBycCS_9F1T--jmP5d95

https://lh5.googleusercontent.com/mMbhQ1stxSMRN9ruyKr-1V_naDenqLli5D_OMy_QzXScMg-Fbczxbda-GWDEbRIwZNUV7RfuhdyGQI-mTv-6gCWEFBwtm2n-ZxcrCXcjFJRVEjy0dNd6tktxLrfGo38ej62_Pe-k

Banyak lagi yang dikongsikan sewaktu konsert PINKFONG yang KP syorkan atau rekomen untuk diadakan setiap tahun di beberapa lokasi. Sambil berkonsert kita dapat mempelajari beberapa perkara baru. Bukan setakat konsert sahaja yang ditunggu tetapi pelbagai booth permainan dan aktiviti pentas diadakan untuk memberi peluang pada anak-anak memenangi hadiah cenderahati dari PINKFONG . Sewaktu konsert diadakan sempat KP dan anak-anak layan aiskrim PINKFONG Baby Shark

https://lh4.googleusercontent.com/maeZB2p5ntMnchx_DKMIXR8J0VJuC6tkazq49RVTPQ4xGpmCM-HD28HedKscMEaJ2AaymihgArKAf60eS_MDpwJOG8VpiPI-AYcOSrRHEi_H2G5Bzv_RChahZt9tpMdf4Vcoj1YF

Aiskrim PINKFONG Baby Shark.

Haa.. PINKFONG Baby Shark aiskrim sudah mula ada di pasaran sejak bulan lepas. Buat anda yang belum merasai aiskrim ini pergilah ke mana-mana hypermarket yang berdekatan ataupun stesen minyak yang berdekatan untuk membeli . Rasa sendiri pastinya anda nak lagi . Dengan setiap pembelian aiskrim PINKFONG sewaktu konsert disini anda tidak perlu risau kerana anda bakal di berikan cooler pack khas jika anda membeli lebih dari 4 batang aiskrim dimana tidak akan cair apabila pulang dan anda berpeluang mendapat barangan PINKFONG seperti sticker mahupun buku nota edisi khas. Harga sebatang aiskrim pun cuma RM 1.90 dimana amat berpatutan untuk dibeli dan dinikmati bila-bila masa.

https://lh4.googleusercontent.com/NLrkJCzvPEBFPjJHW2ui0pXtQVUDaHvFXoOhS5VJ678QBGvbTYG1ffEbZexaCGbp12HlQ3WW-lhPtV2VPmNYjgRLkJFBRLaH-6DxT78iHA0fJCFJrfCjmx1_JTAMQ0e0YSL9uFIT

Apa yang istimewa tentang aiskrim ini? Dari segi pembungkusan sendiri dari jauh bakal menarik perhatian anak-anak kecil kerana karektor PINKFONG yang digemari. Warna pink semestinya mendapat perhatian tidak kira dimana. Rasa aiskrim pula ala-ala loli dimana ianya aiskrim strawberi yang disalut dengan coklat. Didalamnya pula mempunyai susu di bahagian tengah . Jika dimakan sekali atau digabungkan pastinya sedap dan lazat sebab ada rasa masam (dari buah strawberi) dan manis (dari coklat dan susu). Jadi bukan setakat anak-anak kecil tetapi KP sebagai golongan dewasa boleh sahaja menikmatinya dimana-mana sahaja bukan?

https://lh5.googleusercontent.com/VtZ4hftGD4AUYxHGVnAd0ju5xk1eLtANGENeG2qjkGDy4H9y0G04ZItI2JYgc9uwbBAHM_F6RQIDxYKaq5yBoKwt4UchU5VCHIb7ldvYMGFgTMGhMF4bxA8SEGEwXU8rPJ1i6I3s

PINKFONG memberikan kelainan dan keceriaan buat anak- anak kecil. Hanya dengan karektor haiwan sebagai maskotnya dapat memberi info tentang ia dan juga dengan pembelajaran interaktif memberi peluang untuk anak-anak memahami dengan lebih mendalam tentang haiwan ini. Video lagu Baby Shark Doo Doo menarik perhatian anak-anak dalam sekejapan dimana bukan setakat video biasa tetapi menceritakan tentang kekeluargaan. Belum lagi watak atau karektor lain yang mampu memberikan cerita dan keseronokan untuk seisi pembelajaran.

https://lh3.googleusercontent.com/ylRKXfCQ4gHmklkyOv_AgSGr94APDvK0cPek1mK0Nxsa2mveHGeNcKtEGja2uX6-hPH5ct1e3E3I0RLLSSTyHDNahbZ9Ua24VK0r30lLqTTJ1KmnTvkMDJBSOjbmzWxi95aQ2CAr

Apa pun , KP dah  terjebak dengan PINKFONG Friends, anda pun sama kan !! Tak usah lah sorok-sorok ye nampak tu tengah nyanyi sama bila video dimainkan .

So jangan lupa dapatkan aiskrim PINKFONG Baby Shark ye . Rugi tak cuba

P/S: Psst. Dah dengar ke lagu baru PINKFONG? Kalau belum, click la link bawah ni. Serius best!



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge