Nasi Lemak Volcano Antara Hidangan Signature ‘WOW’ di Paya Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nasi Lemak Volcano Antara Hidangan Signature ‘WOW’ di Paya Serai~Lama sudah tak makan di luar. Menikmati hidangan bersama anak-anak. Sejak PKPP, alhamdulilah dapat juga berjalan-jalan menjamu selera menu terbaru di restoran Paya Serai. Hilton Petaling Jaya.

Hidangan Signature ‘WOW’

Hidangan yang bakal dinikmati akan membuat anda WOW sama seperti namanya Signature ‘WOW’. Setiap hidangan yang dipilih termasuk dengan pilihan air diantara air serai [lemongrass] ataupun sirap selasih. Oh ya nak cerita sikit, bab rasa nie subjektif. Tidak semua yang akan setuju atau mempunyai rasa yang sama seperti KP.

Antara hidangan yang ada adalah

Nasi Lemak Volcano

Dari namanya sahaja pasti ingin tahu apa yang lain? Adakah nasi ini seperti gunung berapi? Ada tak lava atau lahar keluar dari nasi lemak ini? Nak tahu dengan lebih lanjut meh KP kongsikan ;

Nasi di steam dan terasa lemaknya. Dihidangkan dengan ayam goreng garing/crispy bersama sambal sosej berkeju.

Ada lagi menu sampingan seperti tempe, ikan bilis, kacang, dan timun. Tidak lupa ‘poached egg’ dengan kuah rendang. Poached egg tu apa? Ianya adalah telur separuh rebus ye.

Sesuai untuk anak-anak hidangan ini sebab sambal dan rendang diasingkan .

Nasi Beriani Buluh & Kari Kambing Berapi

Istimewa sikit hidangan ini. Nasi beriani dimasak menggunakan beras basmathi di hidangkan dalam buluh. Sesuai seperti nama menukan!. Dimakan bersama ‘Sous Vide’ lamb shank kari yang menggunakan rempah tradisional dari India menjadikan ianya lebih lazat.

Tanpa sayuran tidak sah bukan? Ada juga ‘Vegetable Raita, Mango Pickle, Thick Curry Gravy’.

Sup Ekor Volcano

Di cicah bersama roti sewaktu makan sup ekor . Daging yang lembut dan empuk, cukup berasa supnya.

Sampingan sup ekor seperti lobak, daun sederi biasa dan ‘Chinese celery’ yang dihiris, daun bawang, bawang goreng dan limau

Jadi kalau nak lebih umpphh, campurkan kesemua dalam sup ekor. Ingat ye kena makan sewaktu panas panas.

Nasi Ulam & Daging atau Ayam Panggang Merecik. 

Nama menu yang paling panjang tetapi sedap ke? Boleh pilih inginkan lauk ayam atau daging. Pasti merecik rasanya.Yang ini tengok sendiri dan komen sendiri.

Nasi nampak macam nasi goreng. Di goreng bersama ulam-ulam seperti serai, kacang botol, dan sebagainya.

Untuk hidangan kali ini KP memilih ayam panggang. Nak tahu juga merecik ke tak bila di panggang? Seekor ayam dara ye. Bukan 1/4 atau 1/2 tapi seekor. Lebih sedap lagi jika dipanggang sedikit lama. Cicah dengan sambal cili.

Tak lengkap hidangan tanpa telur masin, sambal kelapa, sambal cili, keropok ikan dan juga jeruk halia.

Harga Nasi Lemak Volcano

Nasi lemak volcano mahupun mana mana hidangan dalam Signature WOW ini berharga RM 65 setiap satu. Harga ini termasuk dengan 10% servis caj ye.

Satu sahaja pesan KP , portion yang diberikan boleh dimakan untuk 2-3 orang. Jadi boleh kongsi-kongsi ye. Tak mahu membazir tau. Kalau sedap tambah order lagi.

Untuk promosi lain, meh klik di

Untuk membuat sebarang reservation : 03 79559122

Website: https://www.hilton.com
Facebook :https://www.facebook.com/hiltonpetalingjaya

 



About The Author

1 thought on “Nasi Lemak Volcano Antara Hidangan Signature ‘WOW’ di Paya Serai”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top