Legoland Lancar Lego City 4D Movie – Office in Pursuit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Legoland Lancar Lego City 4D Movie – Office in Pursuit| LEGOLAND® Malaysia Resort meningkatkan lagi pengalaman imersif LEGO® 4D Movie  dengan pelancaran LEGO® City 4D Movie – Officer in Pursuit! mulai 24 Januari 2019.
Para peminat berpeluang untuk menyaksikan bagaimanaLego City 4D Movie – Office in Pursuit dimana LEGO® City Policeman mengejar penjahat di jalan-jalan raya menyusuri metropolis. Sarat dengan efek 4D seperti buih-buih, hembusan angin kencang dan semburan air, tarikan baru ini bakal memberi pengalaman tontonan immersif di dalam alam LEGO®.
Bagi meraikan tayangan filem LEGO® Movie 2: The Second Part, para pengunjung berpeluang untuk meyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti “The LEGO Movie” Scavenger Hunt, “The LEGO Movie” Mystery Mosaic, penampilan karekter seperti Emmet, Wyldstyle dan ramai lagi dari filem LEGO dan juga aktiviti membina LEGO® Movie. Pelbagai aktiviti menarik di Lego City 4D Movie – Office in Pursuit
Sempena Tahun Baru Cina, para pengunjung boleh melawati taman “Garden of Prosperity” dan mengambil bahagian dalam aktiviti membina seperti membuat Panda dan limau Mandarin daripada LEGO® Bricks. Persembahan tarian singa juga bakal dianjurkan.
LEGO® Movie Event Days bermula 24 Januari – 31 Mac 2019, setiap hari dari Isnin ke Ahad bermula jam 10:00 pagi – 6:00 malam.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.legoland.com.my/ dan ikuti laman media sosial Legoland di Facebook and Instagram.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge