Zahir Tak Terucap, Jadi Pertama Menonton di tonton First Pada 20.12.17

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Zahir Tak Terucap, Jadi Pertama Menonton di tonton First Pada 20.12.17 |  Berita baik buat para pencinta drama bersiri – Bermula Disember ini platform OTT #1 di Malaysia, tonton membawakan penstriman siri drama terbaharu Melayu d ayuh luangkan musim cuti dengan melakukan SATU-SATUNYA aktiviti kegemaran anda iaitu dengan “menonton”! Drama  bersiri ini menampilkan  drama Zahir Tak Terucap, sebuah drama Melayu terbaharu yang hanya akan bersiaran di slot Zehra TV3 mulai Julai 2018. Tetapi jika anda ingin menontonnya terlebih dahulu anda boleh menonton di tonton First mulai 20.12.17 . Ditayangkan secara eksklusif semua episode secara serentak 7 bulan awal dari tayangan di TV3. Sebanyak 13 episod ditayangkan yang berdurasi 60 minit setiap episod

Sinopsis Zahir Tak Terucap,

sebuah drama bersiri terbaharu di slot Zehra TV3 meningitis sebuah kisah cinta sejati dan pengorbanan yang membatasi ikatan tali persaudaraan. Nantikan sebuah kisah cinta sejati yang tidak terucap, namun masih kekal utuh meski diuji dengan pelbagai halangan dan dugaan dalam kehidupan.

Drama ini mengisahkan kehidupan dua beradik, Hisyam dan Haziq yang bersaing merebut cinta Aisyah, namun kehadiran Aireen cuba menghalang Aisyah daripada mengecapi kebahagiaan. Drama ini  dibintangi barisan hebat pelakon popular; Saharul Ridzwan sebagai Hisyam, Aeril Zafrel sebagai Haziq, Raysha Rizrose sebagai Aisyah serta Chacha Maembong sebagai Aireen.

Mampukah cinta sejati menemui pengakhiran bahagia?

Zahir Tak Terucap adalah sebahagian siri tonton First yang disiarkan secara eksklusif tujuh bulan lebih awal daripada siaran televisyen (siaran di TV Julai 2018). Drama ini menawarkan peluang istimewa buat para pencinta drama untuk menikmati tontontan drama kegemaran mereka lebih awal di tonton.  

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, berkata,

“tonton sedia maklum kandungan premium yang bermutu adalah platform terbaik buat penonton meluangkan masa lapang dengan berkumpul bersama-sama pada musim cuti. Oleh sebab itu, kami membawakan dua pilihan drama terbaik kepada pelanggan setia untuk dinikmati bersama yang tersayang. Luangkan masa bersama yang tersayang menerusi drama Zahir Tak Terucap; yang pastinya akan menggamit perasaan penonton melalui kisah cinta hebat dengan tema cinta, pengorbanan, hasad dengki serta persengketaan dalam hubungan persaudaraan. Semestinya, drama yang berkualiti ini disiarkan dalam definisi tinggi (HD) di tonton, platform OTT #1 Malaysia!”

Tambah beliau lagi,

“Menerusi drama Zahir Tak Terucap yang hadir sulung dalam talian tujuh bulan lebih awal daripada tayangan di televisyen, kami amat positif tonton mampu menjadi satu-satunya platform penstriman dalam talian untuk para penonton yang menghargai kandungan drama yang berkualiti.”



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge