Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kekasih Paksa Rela Lakonan Remy Ishak di Slot Akasia 26 Disember 17 | Kehidupan bermadu sememangnya tidak pernah manis bagi kaum hawa yang sentiasa menganggap diri mereka mangsa penipuan. Apatah lagi apabila mereka dimadukan tanpa pengetahuan mereka. Remy Ishak, Ain Edruce, dan Intan Najuwa akan menceritakan situasi itu dalam Drama Akasia: Kekasih Paksa Rela ini. Produksi Creative Skill Solution Sdn Bhd dan menerima arahan dari Idora Abdul Rahman selaku pengarah bakal menggantikan drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku yang ditayangkan setiap hari Isnin- Khamis dari jam 7 petang hingga 8 malam
Sinopsis Kekasih Paksa Rela
. Berkisarkan tentang Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka. Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia. 
Saksikan drama baharu ini ketika mengira turun waktu di ambang tahun baharu 2018 bersama seluruh ahli keluarga. Untuk keterangan lanjut, sila layari
Website TV3 (www.tv3.com.my) atau laman media sosial rasmi TV3 di Facebook dan Instagram, @TV3Malaysia serta laman Instagram rasmi drama TV3, @dramasangat. Saksikan juga siaran ulangan drama ini di portal video nombor satu Malaysia, tonton di www.tonton.com.my.



