Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

#YOUCANDUIT Kempen Membantu Menjana Pendapatan Buat… |Dalam 2-3 tahun nie banyak kite dengar tentang mereka tidak dapat mencari perkerjaan dan ada yang disebabkan mereka telah di buang kerja atas masalah kegawatan ekonomi. Kalau ikutkan banyak saja peluang perkerjaan yang ada ditawarkan cuma nak dengan tak nak ajer. Banyak persoalan yang timbul bila di tawarkan perkerjaan antaranya, lokasi ( jauh ke tidak) , transport (nak yang dekat dengan kemudahan public transport) mahupun benefit ( nak mobile allowance, meal allowance , petrol ) dan sebagainya.

Kempen  #YOUCANDUIT

Kempen ini sebenarnya adalah dibawah MDEC. Ianya diperkenalkan untuk memberi peluang dan menwujudkan peluang pendapatan digital untuk anda semua. Peluang pendapat ini dikatakan inisiatif eRezeki dan eUsahawan di bawah kempen yang sama. Dalam kempen ini dapat melatih golongan isi rumah untuk membuat tugasan yang sesuai dan senang dengan kemahiran yang ada melalui eRezeki untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja digital. Selain itu kempen #YOUCANDUIT juga mendidik pelajar vokasional dan usahawan usahawan mikro tentang keusahawanan digital dengan menyediakan cara-cara untuk mewujudkan perniagaan atas talian yang boleh memberi pendapatan tambahan.

Perasan tak yang iklan #YOUCANDUIT ini selalu bermain di layar TV sewaktu masa puncak. Nie KP share apa yang Fizo Omar.

Manakala Caprice pula berkongsi pendapat

e-Rezeki

eRezeki merupakan program di bawah kempen #YOUCANDUIT. Tujuan eRezeki diwujud untuk memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima BR1M. Untungnya sebab penerima BR1M pun dapat turut sekali berkongsi untuk menjana pendapatan tambahan secara konsisten dan sepenuh masa dengan memanfaatkan teknologi digital . Dengan ini dapat juga berpeluang-menambah pendapatan digital melalui kaedah crowdsourcing
Crowdsourcing atau kaedah di mana syarikat-syarikat kini mendapatkan perkhidmatan daripada warga internet (netizens) untuk melaksanakan tugasan-tugasan tertentu telah dikenalpasti oleh World Economic Forum (WEF), menerusi laporan ‘The Future of Jobs’, sebagai salah satu trend yang akan mengubah cara kerja tradisi. Antara tugasan yang boleh didapati dalam sistem eRezeki adalah seperti berikut:
a) Tugasan Digital Mikro (Digital Micro-Task) Tugasan ringkas seperti Menyemak atau menentusahkan Foto / Imej dan Memasukkan Data. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan
b) Kerja-Kerja Digital (Digital Work) Kerja / tugasan seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.
c) Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled) Kerja / Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain tugasan seumpamanya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan.
Bukan setakat suri rumah atau penerima BR1M ye program ini juga sesuai untuk pelajar universiti, graduan menganggur, pesara, mereka yang diberhentikan kerja atau yang menamatkan kerjaya atas sebab-sebab peribadi.Taki kisah jantina ye lelaki atau perempuan pun boleh . Apabila kite buat kerja via online, masa kite boleh set sendiri tanpa perlu mengeluarkan duit lebih seperti untuk minyak, tol, parking dan sebagainya. Untuk surirumah atau anda yang memerlukan duit lebih , ini diantara yang KP rekomenkan untuk anda. Kerja siap dapat buat dan payment masuk dapat membantu perbelanjaan harian atau bulanan anda. Senang kan .

Lirik Dan Kempen #YOUCANDUIT

e-Usahawan:

Program eUsahawan ini dibuka kepada mereka yang sudah mempunyai perniagaan sendiri. TETAPI masih memasarkan dengan cara tradisional seperti berniaga di pasar malam, jualan pintu ke pintu, jual di gerai atau di kedai dan sebagainya. Rasional adakalanya agak sukar untuk usahawan itu sendiri untuk memasarkan produk/barangan mereka dengan lebih luas lagi.
Anda mempunyai produk kecil- kecilan seperti frozen food dan anda ingin memperluaskannya? Tidak tahu bagaimana untuk melakukan atau cara prosesnya jangan risau! Disinilah peranan MDEC dalam e-Usahawan memperkenalkan dan menyediakan modul, kelas dan kursus yang perlu anda ikuti bagi memantapkan pengetahuan terutama bagaimana cara terbaik untuk memasarkan produk anda melaui Teknologi Digital. Antaranya seperti penggunaan FB ads, pemasarana di Instagram, penulisan “copy writing” dan banyak lagi.
Program eUsahawan ini memberi peluang untuk anda semua menjana pendapatan tambahan kepada masyarakat kita. Yang menjadi tarikan adalah pendaftaran dan latihan yang disediakan adalah percuma. Secara personal, eUsahawan ini mampu menambah baik taraf kehidupan ramai rakyat Malaysia sekaligus menjadikan MDEC peneraju peningkatan aktiviti Ekonomi Digital
Yang penting korang kena mendaftar untuk menyertai kursus sambilan eUsahawan melalui https://eusahawan.mdec.my/ then dari situ nanti MDEC bakal nampak potensi perniagaan korang dan mungkin diketengahkan ermm kita mana tau kan hehehhhee rezeki masing-masing
Website #YOUCANDUIT https://youcanduit.mdec.my/
Facebook Page : https://www.facebook.com/YouCanDuitMY/
Instagram: https://www.instagram.com/youcanduitmy/?hl=en 
Hashtag: #youcanduit



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge