Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
AvatarOn dari Schneider Electric Bakal Menyerikan Kediaman Anda | Sudah menjadi lumrah dimana penutup soket dirumah adalah warna putih. Hinggakan kekadang menjadikan ianya bosan untuk memandang kerana warna yang sama. Apa kata kalau KP katakan yang kini ada produk terbaru yang dapat membuangkan kebosanan anda . Dimana dengan produk terbaru ini bakal menyerikan kediaman anda lagi
Penutup soket AvartarOn ini dihiasi dengan pelbagai rekaan seni yang menarik. Inginkan gambar sendiri pun boleh dimana ianya boleh customize gambar yang anda inginkan termasuk permandangan, makanan ataupun gambar mengikut citarasa tersendiri. Apabila digunakan dalam kediaman, penutup soket AvatarOn yang boleh didapati dalam reka bentuk plastik, kayu, logam, marmar dan kulit serta dicetak mengikut cita rasa pengguna, menambahkan lagi keserian dekorasi hiasan dalaman.
Bercakap dalam majlis pelancaran yang diadakan di pusat beli-belah Bangsar, Francis heng, Business VP Retail, Schneider Electric Malaysia berkata:
“Rumah adalah gambaran sebenar diri kita sebagai individu, dan sebagai rakyat Malaysia, kita dipandu oleh kepekaan terhadap gaya. Di Schneider Electric, kami memahami kemahuan rakyat Malaysia yang inginkan produk inovatif yang boleh disebatikan dengan apa jua gaya hidup yang diambil. AvatarOn adalah satu produk masterpiece untuk kediaman, digabungkan dengan keupayaannya beraksi, dengan ciri kebolehpercayaannya, tahan lama dan penjimatan tenaga, produk revolusi yang mempunyai gabungan estetik, fungsi dan praktikal menjadikannya satu produk yang bagus untuk hiasan dalama di rumah dan pejabat.”
“Kami tahu gaya rekaan hiasan dalaman untuk rumah cepat berkembang ditambah dengan permintaan daripada gaya hidup yang semakin sibuk, maka kami mencipta produk inovatif AvatarOn yang mana penutupnya fleksibel dan mudah ditukar pada bila-bila masa untuk kesenangan mereka. Selain mempunyai penutup yang menarik, AvatarOn juga datang dengan aksesori seperti pemegang kunci dan soket pengecas USB untuk penggunaan seharian, sesuai dengan keperluan masa kini sama ada di rumah atau pun pejabat.”
Datang dengan teknologi “Slim Rocker, Sure Click” penutup soket dengan keseluruhannya direka bentuk secara nipis ini menjadikannya produk yang near-zero contact jitter, kurang percikan sekali gus menjadikan penggunaannya selamat. Bingkainya pula dihiasi dengan garisan halus rona kuning emas dan kayu putih lembut menambahkan lagi gaya moden dan elegan. Dalam majlis itu juga, Schneider Electric mengumumkan jalinan usahasama dengan Photobook Malaysia, pihak yang bertanggungjawab menghasilkan ‘customise’ rekaan untuk penutup soket AvatarOn dan kemudian mencetaknya. Ini adalah kali pertama usahasama diadakan di antara keduadua pihak dan secara tidak langsung menjadikan Schneider perintis pertama mengadakan usahasama ini.
Tahun lepas, Schneider telah menerima anugerah dalam iF Design Award, salah satu pertandingan antarabangsa dalam bidang reka bentuk yang terkenal di dunia. Produk revolusi penutup soket AvatarOn yang mudah ditukar menjadikannya satu produk yang mudah digabungkan dengan apa jua gaya hiasan dalaman yang diketengahkan.
Penutup soket AvatarOn
Sempena pengenalan AvatarOn ini, Schneider telah mengadakan satu pertadingan reka bentuk bermula 1 Mac lalu dan bakal berakhir 30 April ini. Peserta perlu mencipta satu rekaan kreatif mereka di atas kanvas berukuran 85mm x 85mm. Ia terbuka kepada mereka yang profesional dan bukan-profesional dengan kedua-dua kategori tidak memunyai tema yang khusus. 10 rekaan terbaik bakal dipamerkan dalam Archidex 2018 dan juga menghiasi halaman muka surat Facebook Schneider Electric Malaysia. Hasil kreatif pemenang juga bakal dimasukkan dalam koleksi penutup soket AvatarOn Edisi Terhad.
Schneider buat masa kini bergabung dengan TIGA institusi pendidikan yang mana pertandingan reka bentuk ini dijadikan sebagai daripada projek kursus mereka dala m menggalakkan lagi lebih ramai pelajar mengemukakan idea kreatif mereka. Institusi pendidikan itu adalah Universiti Teknologi Malaysia, Kolej Universiti First City dan Universiti Teknologi MARA. INTI Centre of Art and Design dan The One Academy turut mempromosikan projek tersebut kepada pelajar mereka.
Penutup soket AvatarOn ini boleh didapati melalui pengedar rasmi Schneider Electric yang terpilih bermula dengan harga RM21.
Untuk maklumat lanjut, layari
Website Schneider Electric www.schneider-electric.com.my/avataron