Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ledgit, Milik Malaysia Anjurkan The Future of Blockchain Industry Forum |Sebuah syarikat milik Malaysia, Ledgit mengorak langkah dalam industri transaksi ekonomi digital lejar dengan menganjurkan ‘The Future of Blockchain Industry Forum’. Forum yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang manfaat teknologi ’blockchain’ dan ‘cryptocurrency.’ Dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ledgit. Encik lvan Ku, forum ini telah dihadiri lebih dari 1000 peserta.
Panel penceramah antarabangsa terkenal dijemput untuk mengupas dan membincangkan pelbagai topik termasuk evolusi masa hadapan dan pertumbuhan industri. Kewujudan teknologi ‘blockchain’ seperti IE dan Bitcoin telah menjadi satu (1) platform bagi pertumbuhan aset digital. Kemunculan teknologi baru ini juga memberi manfaat kepada pasaran kewangan global dengan mengadaptasi cara baru untuk melabur, memudahkan transaksi tunai rakan ke rakan dan untuk memperbaiki ekosistem kewangan.
“Forum ini memberi tumpuan untuk mendidik orang ramai tentang halangan dan jangkaan pada masa akan datang dan seterusnya memanfaatkan teknologi ini untuk pelbagai tujuan. Bukan itu sahaja, kami amat berbangga kerana dapat menganjurkan forum ini sebagai platform perbincangan dan mengubah tanggapan terhadap industri secara keseluruhan, “
“Kami telah menjemput penceramah yang mempunyai kepakaran dalam industri dari Timur Tengah dan China untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan semua peserta. Oleh itu, kami berharap peserta akan berpeluang untuk memahami industri dari sudut perspektif yang berbeza. Barisan panel adalah dari pelbagai latar belakang dan mempunyai asas yang kukuh dalam industri ini. Dengan menggunakan trend digital terkini, pemilik perniagaan dan pengguna akan dapat memanfaatkan platform yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar dalam industry berlainan,”
kata Ketua Pegawai Eksekutif Ledgit, Encik Ivan Ku.
Teknologi ‘blockchain’sering dikaitkan dengan pelaburan dan pemahaman dari sudut kewangan. Walau bagaimanapun, Ledgit telah menawarkan cara penyelesaian masalah untuk pelbagai bidang terumatamanya kepakaran dalam mencari sumber produk dan salasilah keluarga melalui teknologi ‘blockchain’ dan aplikasi pintar.
Ledgit adalah gabungan perkataan ‘Lejar’ dan ‘Legit’, yang bermaksud buku Iejar yang merangkumi pelbagai maklumat disamping mengekalkan legitimasi.
Ledgit menggunakan teknologi “Smart Contracts” dan mengintegrasikan “Aplikasi Pintar” bagi menyediakan platform ketelusan yang tinggi, provinsi yang tepat, legitimasi dan kecekapan merentasi asal-usul dalam dua (2) aspek iaitu sumber produk dalam rantaian bekalan dan salasilah keluarga dan budaya. Aplikasi ini juga membolehkan maklumat diteruskan kepada generasi akan datang.