Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Watsons Brand Switch & Save Shopping Spree Dengan Fasha Sanda |Jenama Watsons lebih sinonim dengan produk berpatutan, berkualiti tinggi dan lebih nilai-untuk- wang. Terbaru, Watsons Brand Switch & Save telah memilih 10 orang ahli VIP Watsons untuk shopping spree bersama Fasha Sanda dimana beliau merupakan Rakan Selebriti Watsons sempena Watsons Brand Switch & Save.
Watsons Brand Switch & Save Shopping Spree
Watsons Brand Switch & Save adalah kempen dimana mengalakkan para pelanggan dan ahli VIP Watsons untuk bertukar kepada jenama Watsons untuk turut sama menikmati kelebihan dan kebaikan produk Watsons yang sedia ada. Shopping Spree kali ini diadakan di Watsons MyTown, Cheras dan sebelum para pemenang di pilih, satu peraduan melalui instagram telah diadakan . Peserta dikehendaki memuat naik gambar di Instagram dan berkongsi pendapat mengapa mereka bertukar kepada jenama Watsons dengan hashtag #myswitchandsave dan
#watsonmalaysia.
Sepuluh pemenang telah dipilih dan diberikan layanan berbelanja sakan selama 60 saat bersama Fasha Sandha yang juga Rakan Selebriti Watsons, dalam satu tempoh masa yang diberikan mereka dikehendaki mengambil produk jenama Watsons seberapa banyak yang boleh. Para pemenang berjaya mengambil produk jenama Watsons sejumlah RM6,538.99 dalam tempoh masa yang diberikan.
“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan terbesar Asia, produk jenama Watsons yang merupakan jenama kami sendiri telah terbukti disukai oleh para pelanggan kami, menawarkan beraneka barangan penjagaan peribadi, keperluan kecantikan dan penjagaan kesihatan. Kami sentiasa mendengar maklum balas dari pelanggan kami untuk memberikan produk berkualiti yang terbaik setanding dengan jenama terkemuka dipasaran. Aktiviti belanja sakan ini ialah salah satu cara untuk kami berterima kasih kepada para pelanggan yang dihargai diatas sokongan berterusan kepada jenama Watsons dan juga bersempena meraikan Hari Raya”
kata Caryn Loh, Pengurus Besar (Ketua Negara) Watsons Malaysia.
“Ia merupakan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bila dapat menyaksikan aktiviti belanja sakan oleh pemenang peraduan, ketika kita merayakan Hari Raya. Ia adalah satu cara kami membalas budi kepada pelanggan yang telah menyokong produk jenama Watsons’.
Sebagai pelakon, ibu dan usahawan dalam satu masa, saya mempunyai jadual harian yang sangat sibuk. Saya akan memastikan keluarga dan diri saya akan mendapat produk yang terbaik untuk penjagaan peribadi dan saya sangat gembira menyatakan bahawa produk jenama Watsons memberikan kepuasan kepada keluarga saya. Ia meliputi rangkaian penjagaan diri, keperluan kecantikan dan barangan penjagaan kesihatan dimana ia memenuhi kehendak keluarga saya,”
jelas Fasha Sandha pelakon terkenal yang juga merupakan pemenang anugerah.
Watsons Brand Switch & Save merupakan inisiatif berterusan oleh jenama Watsons Malaysia untuk memastikan Ahli VIP dan pelanggan mendapat produk berkualiti terbaik pada harga yang berpatutan. Sila ke cawangan-cawangan kami dan untuk promosi atau layari
Website Watsons : www.watsons.com.my/switchandsave
Facebook Watsons : https://www.facebook.com/watsonsmalaysia/
selalu beli barang dekat watson sebab murah sikit. kad ahli pun free seumur hidup
Bahrain recently posted…Minyak Wangi Yang Sedap Dari The Body Shop