WARNA TAG ROTI GARDENIA ADA MAKNA, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Roti antara makanan kegemaran dimana boleh dimakan tidak kira masa.
Ada yang makan untuk sarapan ada yang untuk minum petang dan ada yang dijadikan menu utama menggantikan nasi! Antara roti yang menjadi pilihan adalah roti putih dan roti gandum.
ROTI GARDENIA
Sebut sahaja Roti Gardenia, dalam kesekejapan dapat membayangkan keenakkan dan kelembutan roti putih mahupun roti gandum. Kebiasaannya roti hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sebelum tarikh luputnya tiba.
WARNA TAG ROTI GARDENIA
Setiap kali membeli roti pasti akan melihat pada tarikh luput yang tertera di tag bukan selain dari harga?
Tahukah dimana pelbagai warna tag digunakan untuk roti gardenia kalau anda perasaan! Setiap warna ada maksudnya tersendiri.
7 LABEL WARNA TAG
Mempunyai 7 label berbeza warna yang mempunyai maksud berbeza. Ini kerana Gardenia membakar roti setiap hari.
Jadi label warna yang ada adalah dari hari Isnin hingga hari Ahad. Secara tidak langsung tarikh luput dan warna tag dapat membantu untuk mengetahui tentang kualiti mahupun kesegaran sebelum membeli.
Eh, ini tips baru dalam penjimatan duit sebelum membeli.
MAKSUD WARNA TAG
- JIngga Cair – Isnin
- Oren – Selasa
- Kuning – Rabu
- Biru – Khamis
- Hijau – Jumaat
- Merah – Sabtu
- Putih – Ahad
Baca: roti gardenia
THE COLOUR OF FRESHNESS
Semua warna diatas disebut sebagai ”The Colour of Freashness”. Namun begitu, lain pengeluar mungkin menggunakan warna tersendiri untuk tujuan yang sama!
Credit Photo: Gardenia Tag,
Pingback: Roti Gardenia : 36 Jenis, Harga Dan Cara Beli Borong Untuk Gift - Netty Ah Hiyer