NUTRISI SEIMBANG BERSAMA GARDENIA BREAKTHRU 2023, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tiada apa yang diinginkan oleh ibu bapa dimana anak-anak mendapat nutrisi seimbang dalam pemakanan.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. menggalakkan pelajar-pelajar sekolah untuk mengamalkan budaya pemakanan yang lebih sihat dan melakukan aktiviti fizikal.

NUTRISI SEIMBANG, MURID CEMERLANG

Satu Program Kecemerlangan “Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang” Bersama Gardenia Breakthru telah diperkenalkan

Majlis pelancaran program telah diadakan di Victoria Institution Kuala Lumpur. Disaksikan oleh Dr. Zalina Binti Mohd Tahir, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan Dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tidak lupa juga bersama warga Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Derrick Khoo, Pengurus Besar Kanan Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, dan Ena Suhaila Abas, Pengurus Pemasaran.

Salah satu kerangka Malaysia Madani di bawah tonggak pendidikan ialah penumpuan terhadap isu kemiskinan malnutrisi yang memberi impak kepada fizikal dan tumbesaran kognitif di kalangan pelajar.

Kita harus bertindak sewajarnya dan kami mengalu-alukan program seumpama ini untuk menangani isu ini bersama.

Program sebegini membantu pelajar lebih fokus pada intipati kehidupan dan sangat membantu dalam membina negara yang lebih sihat. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dan mengingatkan satu sama lain tentang kepentingan menjalani gaya hidup sihat,”

-kata Dr. Zalina.

Baca: Kerang Masak Kam Heong

BERSAMA GARDENIA BREAKTHRU 2023

Program Kecemerlangan “Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang” Bersama Gardenia Breakthru 2023 itu bertujuan memberi kesedaran kepada pihak sekolah tentang kepentingan gaya hidup sihat.

“Kami menggalakkan semua pelajar sekolah untuk mengatasi setiap halangan dalam kehidupan seharian mereka.

Amat penting untuk kita terapkan budaya pemakanan sihat dari usia muda agar ia menjadi satu tabiat yang perlahan-lahan akan bertukar menjadi gaya hidup apabila dewasa kelak.

Hashtag untuk kempen ini, #MengatasiSetiapHalangan, secara tidak langsung mengajar mereka untuk membuat pilihan pemakanan yang lebih tepat dan pada masa yang sama, memupuk minda yang berdaya tahan.

Semua sifat ini mendorong pelajar untuk lebih berdisiplin dalam mengatasi setiap halangan dalam kehidupan,”

-kongsi Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Ena Suhaila.

SIAPA YANG TERLIBAT?

Melibatkan 69,000 orang pelajar dari 55 buah sekolah menengah terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia merangkumi peserta berumur di antara 13 hingga 17 tahun.

Dimulakan dengan 8CTIVETM School Tour untuk berkongsi kepentingan amalan gaya hidup sihat. 

8CTIVETM SCHOOL TOUR

Merangkumi sesi perkongsian tentang amalan pemakanan dan gaya hidup sihat selain permainan interaktif yang menarik bersama para pelajar.

Poster dan papan tanda tentang pemakanan sihat juga dipamerkan di kantin dan sekitar pekarangan sekolah sebagai peringatan berterusan tentang perkara ini.

Para pelajar juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan media sosial program ini.

MUAT NAIK VIDEO ATAU GAMBAR RUTIN

Bertemakan hashtag #MengatasiSetiapHalangan dan #BreakThroughAllBarriers, pelajar hanya perlu memuat naik video atau gambar rutin harian mereka menjalani gaya hidup sihat.

Jumlah penyertaan terkumpul dengan catatan tertinggi dari sekolah yang sama akan memenangi jersi eksklusif Gardenia Breakthru yang akan diberikan kepada setiap orang pelajar dari sekolah tersebut.

Kemuncak Program Kecemerlangan “Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang” Bersama Gardenia Breakthru ini ialah peraduan video pendek bertemakan “Kisah Kejayaan Mengatasi Setiap Halangan”. 

Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar dikehendaki menghantar video pendek berdurasi di antara 3 hingga 5 minit.

Sunting video tersebut berlandaskan keaslian dan kreativiti masing-masing lalu menghantar video tersebut melalui e-mel kepada pihak penganjur. 

MENANGI HADIAH

Tiga daripada video terbaik layak memenangi hadiah menarik daripada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

Juara peraduan video pendek “Kisah Kejayaan Mengatasi Setiap Halangan” akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM3,000.00, trofi dan sijil penyertaan untuk setiap ahli pasukan.

Diikuti dengan hadiah wang tunai bernilai RM2,000.00, trofi, dan sijil penghargaan bagi pemenang tempat kedua;

Pemenang tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00, trofi, dan sijil penyertaan.

Selain itu, hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00, trofi, dan sijil penyertaan menanti pelajar untuk Video Paling Kreatif.

Website Gardenia|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge