NAK TENGOK KISAH BELLA & SYED SADDIQ? INI WALIMATULURUS – 8 EPISOD

‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’: Ini Jadual 8 Episod & Apa Yang Bakal Ditonton

WALIMATULURUS BELLA & SYED SADDIQ

Kisah Bella Astillah dan Syed Saddiq menuju alam perkahwinan bakal dibawa ke kaca TV menerusi program istimewa Astro, ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’.

BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ BAKAL KAHWIN

8 EPISOD DI ASTRO

Program sebanyak lapan episod ini akan membawa penonton mengikuti perjalanan pasangan tersebut dari persiapan sebelum pernikahan, detik akad nikah, majlis resepsi hinggalah kehidupan mereka selepas bergelar suami isteri.

BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ BAKAL KAHWIN

Bukan sekadar melihat persiapan perkahwinan, program ini turut menampilkan beberapa momen eksklusif yang jarang dikongsikan kepada umum.

BILA WALIMATULURS BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ DITAYANGKAN?

Program ini mula bersiaran pada 6 Oktober 2026, setiap Selasa, jam 11 malam di Astro Ria (Saluran 104).

BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ BAKAL KAHWIN

Bagi yang tidak sempat menonton di TV, episod-episod ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi Astro GO dan Sooka. Menariknya, beberapa episod penting turut disiarkan secara langsung termasuk majlis nikah dan majlis resepsi pasangan ini.

JOM LIHAT 8 EPISOD

EPISOD 1 & 2 – MENANTI HARI BAHAGIA

Dua episod pertama membawa penonton melihat kembali latar belakang dan memori perkenalan Bella Astillah dan Syed Saddiq.

WALIMATULURUS BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ

Selain itu, penonton juga boleh mengikuti pelbagai persiapan sebelum hari nikah termasuk detik pertunangan, majlis berinai, khatam al-Quran, persiapan busana serta persiapan bersama keluarga.

Pendek kata, dua episod ini memberi gambaran tentang apa yang berlaku di sebalik tabir sebelum hari besar mereka.

EPIAOD 3 – PENYATUAN DUA HATI

Ini antara episod paling dinanti-nantikan kerana majlis nikah Bella Astillah dan Syed Saddiq akan disiarkan secara langsung selama dua jam dari Menara 118 pada 10 Oktober 2026, jam 9 pagi.

Penonton bukan sahaja dapat menyaksikan detik lafaz akad, malah turut dibawa mengikuti suasana majlis, keluarga dan tetamu istimewa yang hadir meraikan penyatuan pasangan ini.

WALIMATULURUS BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ

EPISOD 4 – CINTA YANG DIRAIKAN

Selepas majlis nikah, kemeriahan diteruskan menerusi majlis resepsi Bella Astillah dan Syed Saddiq di MITEC, Kuala Lumpur. Episod keempat akan disiarkan secara langsung pada 18 Oktober 2026, Ahad, jam 8 malam.

Penonton boleh menyaksikan pasangan ini diraikan sebagai suami isteri bersama keluarga, sahabat, rakan kerja, jemputan kenamaan dan insan tersayang.

EPISOD 5 HINGGA 8 – LEMBARAN BAHARU

Empat episod terakhir pula membawa penonton masuk ke fasa kehidupan Bella Astillah dan Syed Saddiq selepas bergelar suami isteri.

WALIMATULURUS BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ

Daripada rutin harian sebagai pasangan suami isteri, masa bersama keluarga dan anak-anak, hinggalah persiapan untuk percutian bulan madu, penonton bakal melihat sisi kehidupan mereka yang lebih dekat dan peribadi.

Lebih menarik, episod-episod ini turut menampilkan rakaman eksklusif pernikahan dan majlis resepsi yang sebelum ini tidak ditonton umum.

BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ BAKAL KAHWIN

Jadi, empat episod terakhir ini boleh dikatakan sebagai sambungan kepada cerita mereka selepas hari bahagia — bagaimana Bella dan Syed Saddiq menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu sebagai pasangan suami isteri.

JANGAN LUPA TARIKH TAYANGAN

Kalau anda mahu mengikuti perjalanan lengkap program ini, berikut adalah tarikh penting untuk dicatat:

EpisodKandunganTarikh / Masa
1 & 2Menanti Hari BahagiaBermula 6 Okt, Selasa, 11 malam
3Penyatuan Dua Hati di Menara 11810 Okt, Sabtu, 9 pagi – Live
4Cinta Yang Diraikan18 Okt, Ahad, 8 malam – Live
5 – 8Lembaran BaharuAkan membawa kisah kehidupan selepas berkahwin

Kesemua episod utama boleh diikuti menerusi Astro, manakala tontonan On Demand tersedia melalui Astro GO dan Sooka.

SATU PROGRAM SEBELUM HINGGA SELEPAS KAHWIN

Menariknya, ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’ bukan hanya tertumpu kepada satu hari perkahwinan.

Dengan lapan episod, penonton dibawa mengikuti perjalanan yang lebih lengkap — daripada persiapan sebelum nikah, detik akad, majlis resepsi sehinggalah kehidupan mereka selepas bergelar suami isteri.

Kalau anda memang ingin tahu apa yang berlaku di sebalik persiapan dan hari bahagia pasangan ini, bolehlah masukkan 6 Oktober 2026, jam 11 malam di Astro Ria dalam kalendar.