WACANA SRIKANDI RAI KEHEBATAN WANITA MALAYSIA, AMAZING!

Program Wacana Srikandi adalah antara cara untuk rai kehebatan wanita di seluruh Malaysia.

PROGRAM WACANA SRIKANDI

Disempurnakan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Ini adalah platform yang unggul bagi para wanita di Malaysia untuk bersatu, berinspirasi dan meraikan kehebatan bersempena dengan Hari Wanita Antrabangsa.

FORUM WACANA SRIKANDI

Majlis yang julung kali dianjurkan oleh SACC Convec Sdn.Bhd (SCSB) menampikan tiga usahawan berjaya yang berkongsi rahsia kejayaan melalui forum “Wanita Inspirasi, Ikon Berkualiti”.

WACANA SRIKANDI

Forum ini memberikan inspirasi suntikan semangat kepada para hadirin yang hadir terutama dalam mengarus perdana gender.

PANELIST

Antara panel yang hadir ialah Aliza Ali- Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aleeya Zailan- Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd.

Juga Masitah Mohd Affandy- Penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor.

TEMA WANITA DIJULUNG NEGARA GEMILANG

Tema tahun ini memberikan penekanan kepada pentingnya membentuk budaya inklusif dan kesaksamaan gender di semua lapisan masyarakat.

Kami di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggalakkan para wanita untuk sentiasa bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi serta tenaga buruh.

WACANA SRIKANDI

Di mana kedua-dua ini dapat membantu dalam menjana pendapatan untuk diri sendiri, keluarga sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan

-YB Nancy ketika ucapan perasmiannya

PERSEMBAHAN FESYEN

Majlis turut diceriakan dengan persembahan tanah air Anuar Zain, Syamel dan Ernie Zakri. Serta persembahan fesyen dengan 21 peragaan daripada House of Jedan Shah Alam dengan temanya ‘Cahaya di Aidilfitri’.

PENGHARGAAN KEPADA RUMAH KEBAJIKAN

Turut serta dalam program Wacana Srikandi, memberikan penghargaan kepada 3 buah rumah kebajikan dimana setiap rumah menerima RM10,000.

Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia -Cawangan Selangor

WACANA SRIKANDI

Yayasan Kebajikan Negara.

WACANA SRIKANDI

Majlis Kanser Malaysia [MAKNA]

Moga dengan penganjuran acara ini dapat memberi penghormatan kepada semua wanita di Malaysia. Juga memajukan Malaysia dalam pencapaian wanita dalam aspek ekonomi dan sosial.

Menjadi insipirasi kepada semua wanita di luar sana untuk berjaya dalam kerjaya dan aktiviti harian mereka.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge