Dalam era yang digital ini , pastinya masing-masing berlumba untuk memastikan produk keluaran mengikut trend atau arus terkini tidak terlupa juga Canon Malaysia.
A CLASS OF EXCELLENCE
Canon Marketing Malaysia (“Canon”) telah memperkenalkan barisan pencetak laser terbaharunya sempena pelancaran “A Class of Excellence with Canon”. Menandakan satu lonjakan besar dalam teknologi percetakan.
Pelancaran tersebut yang diajurkan di Oomph, Megah Rise Mall, menampilkan siri pencetak laser terbaharu yang direka untuk melancarkan operasi perniagaan dengan tahap kecekapan, produktiviti. Juga pengalaman pengguna yang terunggul. Ini termasuk imageCLASS LBP243dw, LBP246dw, LBP248x, MF461dw, MF465dw, MF469x dan LBP732Cx.
PENCETAK BARU
Barisan pencetak baharu itu merupakan jawapan Canon terhadap keperluan ruang kerja moden yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah.
Pencetak-pencetak ini telah dioptimumkan dan dipertingkatkan dengan penuh ketelitian, bagi mengukuhkan lagi kedudukan pemimpin industri itu sebagai peneraju inovasi teknologi.
Dengan ciri-ciri terbaharu yang direka khusus ini, barisan pencetak laser baharu Canon berupaya menangani cabaran yang dihadapi oleh semua perniagaan tanpa mengira saiz. Mendefinisikan semula standard percetakan dan memperkasakan organisasi untuk mencapai tahap kecekapan dan kejayaan yang lebih besar.
PENAWARAN NILAI TERBAIK
Pameran interaktif yang disediakan sempena pelancaran tersebut turut memberi peluang kepada para hadirin untuk mencuba sendiri ciri-ciri yang unik setiap pencetak laser baharu itu, mempamerkan penawaran nilai yang unik setiap pencetak.
Dari kelajuan percetakan yang dipertingkatkan hingga ketersambungan yang serba lancar, tetamu beroleh pemahaman yang mendalam tentang bagaimana pencetak ini boleh disepadukan dengan lancar ke dalam aliran kerja yang berbeza dan meningkatkan operasi perniagaan.
“Hari ini menandakan detik penting dalam perjalanan inovasi Canon. Selari dengan falsafah ‘Kyosei’ kami iaitu hidup dan bekerjasama demi kebaikan sejagat, pencetak laser baharu kami menjadi bukti kepada komitmen kami untuk sentiasa bergerak maju dan menetapkan standard baharu dalam industri.”
–Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Masato Yoshiie
“Tatkala perniagaan bergelut untuk menangani cabaran ruang kerja moden yang rumit, pencetak laser baharu Canon direka bukan sekadar alatan, malah ia juga adalah rakan strategik anda untuk produktiviti.
Penyepaduan ciri-ciri canggih yang serba lancar dapat menangani pelbagai keperluan organisasi, memberikan penyelesaian yang boleh dipercayai untuk meningkatkan aliran kerja dan membolehkan perniagaan mencapai matlamat dengan yakin dan mudah,”
–Ketua Bahagian, Peranti Sistem Peribadi Canon Marketing Malaysia, Sandy Lee.
MODEL PENCETAK A CLASS OF EXCELLENCE
Barisan pencetak terbaharu ini mampu memberikan kualiti dan kelajuan yang luar biasa, dengan imageCLASS LBP246dw, LBP248x, MF465dw dan MF469x yang menawarkan prestasi mengagumkan 40 halaman per minit (ppm) untuk percetakan dokumen dengan pantas dan cekap dalam saiz A4.
Sementara itu, LBP732Cx menawarkan kelajuan percetakan 38 ppm, manakala LBP243dw dan MF461dw, yang dijual pada harga mampu milik, boleh mencetak dokumen sepantas 36 ppm.
Semua model turut dilengkapi dengan ciri percetakan dupleks automatik, yang dapat mengurangkan penggunaan kertas, dan memastikan kemampanan serta membantu menjimatkan kos perniagaan. Selain itu, siri MF460 didatangkan dengan kadar pengimbasan pantas sehingga 100 helaian per minit.
Ketujuh-tujuh pencetak baharu ini telah disepadukan dengan penyelesaian awan, serta sokongan Google Drive, Dropbox dan OneDrive untuk percetakan dan pengimbasan. Perusahaan yang melanggan Microsoft Azure juga boleh mendapat manfaat dari sambungan yang serba lancar dengan sokongan Microsoft Universal Print.