Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
VETO GABUNGAN PENYANYI HIP HOP ‘KUASA, HARAPAN ATAU MOTIVASI?’ | Hip-hop boleh dianggap seperti satu genre muzik yang mampu ‘menyelamat’. Ia adalah bunyian yang membina sehingga menjadi kukuh dan tidak termusnah. Ia mampu menaikkan semangat dan mengajar untuk menentang rintangan
VETO
Di kala dunia dilanda pandemik, keselamatanlah yang paling penting untuk kita semua. Oleh sebab itulah DJ CZA, TUJU, LOCA dan MK, barisan hadapan jagoan hip hop masa kini telah bersetuju untuk melancarkan VETO”, keluaran Def Jam Recordings Malaysia.
DJ CZA Feat. TUJU,LOCA & K-Clique MK
Korusnya, “Ku memveto, veto / Pusing bulatan metro / Selok belok yang bahaya /Jangan tergopoh-gopoh”, adalah satu peringatan bahawa masa depan di tangan kita. Inilah muzik yang berlanjutan seiring pergerakan badan dan jiwa dengan pelbagai pesanan.
DJ CZA – VETO
Berkongsi dimana setiap seorang daripada mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan. Untuk berada di tahap yang mereka kecapi sekarang.
Dan satu perkara yang membezakan perjuangan mereka adalah semangat kental yang menghalang mereka dari berputus asa. Saat ditanya apa erti “VETO” pada mereka, mereka semua sepakat mengatakan ia membawa erti ‘kuasa”.
TUJU
Jika fokus untuk mencapai tujuan dan matlamat, sesukar mana pun cabarannya, kita akan berjaya. Seperti yang dijelaskan DJ CZA, “VETO adalah lagu berunsur motivasi, dan rimanya membangkitkan semangat.
Ia seolah-olah menciptakan sesuatu daripada kosong dengan cara berfikiran positif dan tidak menoleh ke belakang”.
LOCA
Semangat kental ini ketara dalam lagu ini sehinggalah irama muziknya. Menurut TUJU, “VETO” diilhamkan dari lagu “Dior” oleh bekas bintang hip-hop Pop Smoke. Sebab itu anda akan mendengar gaya dan lenggok dari ‘Brooklyn drill’ dalam “VETO”.
Sulaman bass dan perkusi yang digabung dengan baik digarap dengan perisa Asia Tenggara menjadikannya satu karya penuh jiwa yang hebat dengan bunyi yang luar biasa.
K-CLIQUE MK
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berterusan, “VETO” adalah satu peringatan bahawa harapan masih ada.
Wakil-wakil K-Clique MK dan TUJU memberikan persembahan terbaik dengan sedikit sentuhan nada gospel. Sementara LOCA B menyelitkan secebis keindahan dalam kuasa persembahannya.
VIDEO MUZIK
“VETO” juga diiringi video muzik arahan Shahrin Bahar, yang juga menghasilkan visual hebat lagu CIAO oleh Joe Flizzow. Dengan tetapan LED 360 darjah, video ini berjaya menzahirkan impak lagu ini ke dalam bentuk visual dengan penuh jaya. Seperti kehebatan audionya, seni visualnya juga canggih dan luar biasa. Ia pasti menarik perhatian dunia umum. Maklumat lanjut layari