Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
LEVI’S® MUSIC PROJECT FASA KEDUA BAKAL MEMBUKA TIRAI | Levi’s® Music Project bakal memasuki fasa kedua. Levi’s® Music Project atau Projek Muzik Levi’s® – sebuah program muzik yang dijalankan. Ianya bertujuan menggalakkan dan memberikan pembelajaran menerusi kolaborasi muzik dan pendidikan dalam persekitaran yang tidak memerlukan persaingan.
LEVI’S® MUSIC PROJECT
Program ini adalah program inisiatif/dukungan-masyarakat atau community-driven. Program yang mempunyai tiga fasa ini kini berada di fasa dan musim kedua menerusi pelancaran “Phase II: Levi’s® Upskill Project” atau Fasa 2: Program Peningkatan Kemahiran Levi’s®.
JUARA FASA PERTAMA
Juara fasa pertama Levi’s® Music Project versi Malaysia yang diumumkan pada bulan Disember lepas. Kumpulan indie rock musik Margasatwa, telah memperoleh geran muzik video. Tiga lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir adalah kumpulan indie Alien Lipstick Fire; penyanyi rap dan pelopor ‘cina music’, DATO’ MAW; serta puteri musik etnik dari Malaysia timur, MAYABAYU.
FASA PERTAMA
Fasa pertama “Levi’s® Music Project” menyaksikan empat peserta peringkat akhir bekerjasama dengan veteran industri muzik merangkap pembimbing “Levi’s® Music Project” Jennifer Thompson dan Old Head Jin. Di sini para peserta telah memperoleh tunjuk ajar untuk mencipta karya baharu yang dipersembahkan secara dalam talian pada akhir program. Jika di fasa pertama para peserta diberikan pendedahan mengenai unsur kreatif dalam pembikinan muzik, fasa kedua akan memberikan tumpuan yang lebih menjurus kepada industri menerusi bengkel peningkatan kemahiran.
PELBAGAI BENGKEL
Pelbagai bengkel telah dijadualkan untuk empat peserta peringkat akhir. Ini bagi memastikan mereka mempunyai kemahiran, sumber, dan pengetahuan yang akan membawa mereka ke peringkat lebih tinggi dalam industri muzik. Bengkel peningkatan kemahiran yang bakal dijalankan dalam program ini sedikit sebanyak diilhamkan oleh “Red Bull Music Academy”, “Tiny Class” oleh Yuna, dan “Ace’s Music Workshop” oleh CENDANA. Bengkel dan sesi tertutup dalam talian akan dipacu oleh Jennifer Thompson dan Old Head Jin bersama tetamu jemputan serta pakar industri muzik Asia Tenggara yang dipilih dengan teliti.
ADA 3 TOPIK DALAM FASA KEDUA
Program Fasa 2 merangkumi tiga topik pembangunan kerjaya berbeza. Setiap topik mempunyai beberapa sesi yang akan merangkumi beberapa perkara dengan panduan daripada tetamu jemputan atau pakar industri.
Collab is Fab – tertumpu kepada kelebihan menjayakan kerjasama kreatif. Dalam sesi ini, para peserta akan diajar cara-cara untuk mencari, menjalankan, serta menjayakan kerjasama kreatif.
Connection Without Borders” – memberikan peluang kepada para peserta untuk mencipta rantaian dengan ‘orang kuat’ industri dari rantau ini.
“Content is King” yang akan mendedahkan kepentingan penjenamaan dan pemasaran menerusi landasan digital dan media sosial.
PHASE II: LEVI’S® UPSKILL PROJECT
Dijadualkan dua minggu sekali bermula 29 Mei 2021 (Sabtu) dengan sesi “Collab is Fab”. Sejak dilancarkan pada tahun 2016, “Levi’s® Music Project” telah menjadi sebuah komuniti dan bentuk ekspresi diri yang tersendiri. Projek ini telah memperoleh kejayaan di peringkat antarabangsa dengan penampilan oleh seniman ternama seperti Alicia Keys, Justin Timberlake, Vince Staples dan SZA.
Dalam kempen ini, mereka telah berkongsi pengalaman mengenai bagaimana musik telah menjadi ilham kepada masyarakat dan mendidik para seniman muda. Sari pati Levi’s® yang kini disulami seni musik telah mendorong jenama ini untuk menyumbang kepada industri muzik tempatan.
Levi’s® Music Project ingin meneruskan visi menerusi pertalian rakan kongsi, menyampaikan peluang dan maklumat berharga mengenai industri, serta menyediakan sumber kepada komuniti kreatif. Semua ini dilakukan atas dasar tanggungjawab dalam menyerlahkan industri muzik masa kini. Maklumat terkini di