VAKSIN RINDU TIUP SEMANGAT DI KALA PANDEMIK, TERBAIK!

VAKSIN RINDU TIUP SEMANGAT DI KALA PANDEMIK, TERBAIK! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Keputusan kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bermula pada 11 Oktober lalu disambut penuh gembira oleh rakyat Malaysia. Masing-masing teruja, apatah lagi buat mereka yang sudah lebih setahun tidak berjumpa ibu bapa dan keluarga tercinta.

Kebenaran itu juga selepas kadar vaksinasi lengkap di seluruh negara membabitkan golongan dewasa sudah mencapai 90 peratus. Ia sekaligus membuktikan bagaimana tahap kesedaran yang tinggi masyarakat terhadap suntikan vaksin

VAKSIN RINDU


Bertepatan dengan kempen kerajaan juga, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia melancarkan lagu Vaksin Rindu.

Lagu ini  sebagai usaha dan inisiatif agar orang ramai yang belum mendapatkan vaksin boleh berbuat sedemikian. Selain itu, lagu ini juga bertujuan untuk menaikkan semangat selepas musibah yang menduga kita

Lagu ciptaan AkhMas  dan Yasin Sulaiman dan lirik oleh Yasin Sulaiman, Suhaimi dan Ghazali itu dinyanyikan oleh Yasin Sulaiman.

KENAPA MEMILIH LAGU VAKSIN RINDU?


Yasin berkata, dia tidak berfikir panjang ketika ditawarkan untuk menyanyikan lagu Vaksin Rindu selain tertarik dengan lirik dan tema yang dibawa lagu berkenaan.


“Saya mendapat tawaran menyanyikan lagu ini bulan lepas. Apabila saya dengar melodi dan baca lirik, saya tak fikir panjang untuk kata ya. Saya terus terima dan nak buat. Lagi pula, saya suka idea yang dibawa Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia ini. 


“Dalam masa sama, saya lebih kepada nak sokong kempen dijalankan mereka. Saya nak raikan matlamat kempen mereka menerusi lagu Vaksin Rindu ini.

Melihat usaha mereka ini, ia sesuatu yang bagus kerana ada kesedaran dan mahu tingkatkan kesedaran kepada masyarakat terhadap suntikan vaksin di kala virus Covid-19 masih melanda negara,”

-kongsi Yasin.

KARYA DARIPADA NGO?

Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Yasin berkata dia juga turut memberikan sedikit sentuhannya pada melodi dan lirik.
“Pada awalnya memang saya kena menyanyi saja. Apabila tengok lirik, ia ‘cute’ juga. Lagu sederhana dan santai saja.

Disebabkan karya ini daripada NGO, saya tidak boleh ‘treat’ mereka macam orang lain. Jadi, saya ada baiki sikit pada bahagian lirik supaya lagu itu lebih baik hasilnya. 


“Sebelumnya saya minta izin dan mereka okay. Ketika dapat tawaran itu pun, muzik sudah siap. Jadi, saya bantu dalam proses ‘mixing’ sikit. Alhamdulillah, hasilnya diharap dapat diterima baik peminat dan sama-sama kita menghayati lagu ini,”

-sambungnya lagi.

TOLAK VASIN ?


Ditanya mengenai kewujudan golongan yang masih belum atau menolak vaksin, Yasin berkata perkara itu adalah pendirian dan hak masing-masing.

“Di sekeliling saya ramai tak ambil vaksin lagi dengan alasan pelbagai atau mungkin juga mereka berasakan tak nak terbabit dengan agenda vaksin. Ikut kepercayaan masing-masing. Tapi bagi saya ia tak jadi masalah pada negara pun. Sebab kadar vaksinasi seluruh negara pun sudah mencapai 90 peratus. 

“Lagi satu, kita tak boleh paksa mereka. Dalam perubatan pun sama. Cuma, pengambilan vaksin ini adalah untuk kesedaran bersama bagi melindungi diri kita,”

ANTI VAKSIN KE?


Bagaimanapun, menurut Yasin mereka yang digelar anti vaksin ini bukanlah ancaman buat mereka yang sudah mengambil suntikan vaksin.


“Saya tak raikan pendapat mereka, tapi saya hormat pendirian mereka. Sebab soal masukkan sesuatu dalam badan adalah atas diri sendiri. Jadi, apa pun keputusan mereka, itu hak mereka. 


“Bagi saya, buat masa sekarang ini bukan satu masalah. Melainkan kalau majoriti yang tak nak vaksin, itu baru masalah. Anti vaksin bukanlah ancaman buat kita.

Kalau tengok sekarang pun kes harian kita makin turun. Tak perlu nak kecoh atau saling bergaduh di media sosial. Pada akhirnya yang tak nak ambil tetap tak nak ambil,” katanya.

HARAPAN LAGU VAKSIN RINDU


Sementara itu, Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia berharap lagu Vaksin Rindu yang diterbitkan mereka dapat menaikkan semangat seluruh rakyat Malaysia selepas hampir dua tahun bergelut dengan situasi pandemik Covid-19.

Lagu Vaksin Rindu ini juga bertepatan dengan NGO ini yang mana mereka adalah persatuan yang aktif dan giat memberi sumbangan sepanjang tempoh pandemik Covid-19


“Diharapkan lagu dapat menaikkan semangat selepas musibah yang menduga kita. Untuk sama-sama membantu dan memberi sumbangan boleh ke arifnasional.comatau dapatkan merchandise di vaksinrindu.com ,” katanya.
Lagu Vaksin Rindu bakal dilancarkan secara rasmi pada 21 Oktober 2021 ini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge