SINGLE TAK SANGKA UNGGUL DI TANGGA PERTAMA CARTA RIM, AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masih ingat lagi pada Yonnyboii, ZynAkal dan juga Asyraf Nasir. Kali ini ada berita baik dimana ada lagu single dari mereka bertiga.
SINGLE TAK SANGKA
Mencipta sejarah tersndiri dalam radar muzik tempatan. Nyanyian dari tiga bakat rap muda, Yonnyboii, ZynAkal, dan Asyraf Nasir bakal mengegarkan dunia muzik.
CARTA RIM TEMPAT PERTAMA – 6 MINGGU BERTURUT
Lagu terbitan Def Jam Malaysia berkenaan unggul di tempat pertama carta berprestij Carta Persatuan Industri Rakaman Malaysia atau Carta RIM selama enam minggu berturut.
Menjadi platform pengumpul data terkemuka tempatan, Carta RIM menjadi medan penentu kelarisan sesebuah lagu itu dalam kalangan pendengar.
Kredibilitinya cukup terbukti dan hakikatnya ia menjadi rujukan semua penggiat muzik bagi mengetahui sejauh mana prestasi terkini karya mereka.
PENCAPAIAN TERHEBAT
Justeru, pencapaian TAK SANGKAitu semestinya cukup membanggakan Def Jam Malaysia serta Def Jam Asia Tenggara (SEA). Mana taknya apabila karya segar itu diiktiraf dan memberi impak tersendiri.
Apalagi, lagu itu sendiri dicipta tiga penyanyinya sendiri yang rata-rata muda remaja. Paduan idea mereka benar-benar berhasil sekaligus memukau pendengar.
Pencapaian itu juga pasti menjadi hadiah paling manis buat label rakaman berkenaan memandangkan tiga permata berharga mereka bersinar dalam kalangan ramai pendatang baharu lain.
Menurut Pengarah A&R & Pemasaran dan Ketua Def Jam Recordings Malaysia, Hermond Cheng, pencapaian itu cukup besar maknanya buat mereka.
“Kami memang tahu betapa berbakat dan besar potensi tiga penyanyi muda itu dalam membawakan angin segar dalam industri muzik. TAK SANGKAjuga antara karya yang kami sangat yakini mampu cipta evolusi. Jelas ia terbukti dengan pencapaian terbaru itu dan semestinya dalam pada tidak jangka, kami sangat bangga mengenainya,”
-kongsi Hermond Cheng
MUZIK HIP HOP TINGGI MARTABATNYA!
Joe Flizzow menyifatkan kejayaan itu menjadi alibi betapa muzik hip hop tempatan kian tinggi martabatnya. Sebagai pejuang genre itu selama beberapa dekad, Joe turut memuji sifat berani pejuang hip hop generasi kini. Memastikan karya mereka memiliki nilai estetika berkualiti.
“Bagi saya kejayaan lagu ini membuktikan bahawa generasi baru pemuzik hip hop di Malaysia mempunyai kematangan dan keberanian dalam penghasilan karya mereka. Ia juga menunjukkan bahawa peminat dan pendengar di negara ini amat menghargai lagu-lagu rap tempatan. Syabas kepada Yonnyboii, ZynAkal dan Asyraf,”
-kata Joe Flizzow
YONNYBOII
Yonnyboii mengakui kerja-keras mereka untuk merealisasikan lagu itu sebelum ini ternyata sangat berbaloi.
Mana tidak, mereka sendiri berdepan pelbagai dugaan demi memastikan TAK SANGKA dapat dilancarkan. Dia juga sangat bersyukur gabungan mereka bertiga terbukti keputusan paling tepat.
ZYNAKAL
Bagi ZynAkal pula, dia menyifatkan projek itu memberi 1,001 makna buatnya secara peribadi. Bukan sekadar meraikan pencapaian sambutan luar biasa itu, namun dia akui prosesnya mengajar dia banyak perkara.
Apalagi, dia sendiri baharu pertama kali bekerjasama dengan ASYRAFNASIR atau Asyraf.
ASYRAFNASIR
Menurut Asyraf pula, dia berharap TAK SANGKAbakal menjadi ‘trademark’ atau ‘signature’ untuk tahun ini sebagai lagu semangat.
Baik pendengar hip hop tegar ataupun dari pelbagai lapisan usia lain kerana lagu ini untuk semua. Menurutnya, dia teringin melihat lagu ini ke acara anugerah dan pentas lebih besar jika ada rezeki.
Pingback: ASYRAF NASIR KEMBALI BERKARYA KIAS DALAM 2PAI BEST WEI!