Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
SURIA KLCC RAIKAN SUASANA RUMAH KAMPUNG DI CENTRE COURT | Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tak lama lagi. Kali ini memang beraya dalam keadaan norma baru. Ada kemungkinan tidak dapat balik raya seperti tahun sudah.
SURIA KLCC
Bermula 16 April selepas 3 hari bermulanya bukan Ramadan dan sambutan Haria Raya selama sebulan bermual 13 Mei 2021. Kempen Hari Raya Suria KLCC akan di sambung hingga 23 Mei ini dimana mengembalikan suasana perayaan di kampung.
Tarikan suasana rumah kampung yang dicipta di ‘Centre Court’ adalah diinsipirasikan dari Rumah Tradisional Melayu Negeri Terengganu.
Rumah yang dihiasi dengan atap bermotifkan batik di seluruh ‘Centre Court’ pasti mampu membawa pengunjung ke era serba sederhana suatu ketika dahulu. Ditambah pula dengan dekorasi sampingan suasana kampung termasuk sangkar ayam, buaian dan pangkin.
PANGKIN
Di pangkin ini, para pelanggan boleh mencuba permainan tradisional yang disediakan seperti congkak, batu seremban dan lain-lain. Ruang yang dipagari keindahan cahaya pelita ini juga pasti dapat membangkitkan keseronokan menyambut perayaan kali ini, di samping menjadi latar belakang yang menarik untuk sesi fotografi terutama muatnaik di media sosial.
TEMA KEMPEN JOYOUS RAYA
Tema kempen, ‘Joyous Raya’ atau Riang Ria Raya di Suria KLCC tahun ini juga penuh ganjaran kepada pelanggan. Berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam maksimum 2 resit di mana-mana kedai terpilih. Anda berpeluang menebus sampul raya dan set hadiah eksklusif dari Bokitta sepanjang tempoh kempen.
FOTO POLAROID PERCUMA
Untuk menambahkan lagi keriangan dan keabadian kenangan, Suria KLCC juga menawarkan foto polaroid percuma di ‘photobooth’ yang disediakan untuk para pengunjung dan pelanggan. Cetakan percuma dan juga e-salinan terhad akan diberikan terus kepada mereka.
Sepuluh (10) hari menjelang Hari Raya iaitu bermula 3 Mei, kurma akan diletakkan di kaunter Concierge dari jam 5 petang hingga 7 petang. Ianya diberikan kepada pelanggan yang telah berpuasa sepanjang hari. 100 peket kurma akan diedarkan setiap hari, terhad kepad 1 peket setiap pelanggan.
FILTER INSTAGRAM
Bermula 6 Mei pula, Suria KLCC akan memperkenalkan ‘filter’ Instagram Hari Raya unik untuk membolehkan pelanggan menggunakannya untuk e-ucapan tersendiri.
Dalam suasana sambutan Hari Raya, Suria KLCC akan terus memberikan penghargaan kepada anggota barisan hadapan perubatan yang berjuang menangani pandemik Covid-19 tanpa mengenal penat lelah. Pusat membeli-belah ini akan menyediakan juadah berbuka puasa, kueh raya dan lain-lain barangan keperluan peribadi.
Kesemuanya berjumlah RM20,000 kepada anggota barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh yang tidak dapat berbuka puasa di rumah kerana tugas. Suria KLCC akan bekerjasama dengan peniaga makanan di dalam pusat membelah mereka untukmenghantar terus pek makanan ke tempat kerja para petugas sebagai sebahagian keceriaan sambutan Aidilfitri. Untuk infor lanjut layari
Website |