Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
An UnBULLievable Christmas Di Quill City Mall Kuala Lumpur| Quill City Mall Kuala Lumpur, dengan kerjasama Twentieth Century Fox, amat berbesar hati untuk menyampaikan UnBULLievable Christmas di Quill City Mall KL dengan mengintegrasikan konsep filem FERDINAND yang paling dinanti-nantikan dengan sambutan Krismas tahun ini.
FERDINAND adalah filem terbitan Twentieth Century Fox. FERDINAND menceritakan kisah lembu gergasi dengan hati yang besar. Tidak seperti seekor lembu yang biasa, FERDINAND suka bunga lebih daripada pertarungan lembu. Kerana tersilap disangkakan seekor haiwan yang berbahaya, dia ditawan dan dibawa keluar dari rumahnya. Bertekad untuk kembali ke keluarganya, dia menubuhkan sebuah pasukan untuk satu pengembaraan muktamad. Berlatar belakangkan negara Sepanyol, Ferdinand membuktikan bahawa anda tidak boleh menilai seekor lembu hanya dari luaran sahaja.
Untuk sambutan Krismas tahun ini, Quill City Mall KL telah mengubah Atrium Utama menjadi sebuah Desa Andalusia Sepanyol dengan tema Krismas Bungaan (Christmas Floral) yang diilhamkan dari tempat di dalam filem Ferdinand, yang memberikan pengunjung satu pengalaman seperti dari adegan filem tersebut. Para pengunjung juga boleh merasai Ferdinand dalam versi 3D di ladang Bunga Matahari dan pokok Krismas setinggi 40 kaki dengan elemen-elemen yang diilhamkan dari filem Ferdinand sebagai hiasan. Di samping itu, para pengunjung akan dapat peluang berfoto dengan lokasi dari filem tersebut.
“Pusat membeli-belah ini telah memutuskan untuk memperluaskan kegembiraan sepanjang musim Krismas dan musim cuti dengan memberi pengalaman Krismas yang tidak dapat ditandingi kepada keluarga dan anak-anak, sesi ikatan yang sempurna antara ibu bapa dan anak-anak mereka di pusat membeli-belah. Kami mengalu-alukan anda untuk membawa keluarga dan kawan-kawan anda ke malam Krisma ini untuk bertemu dengan Ferdinand dan rakan-rakannya. Juga, untuk menebus premium khas Ferdinand, “
kata Dato’ Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Quill Group of Companies.
Pelancaran An UnBULLievable Christmas ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mewakili YB Dato ‘Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), dan disertai oleh Dato’ Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Quill Group of Companies, Cik Moo Hon Mei, Pengarah Pemasaran Twentieth Century Fox, Encik Ng Chee Kheong, COO Kumpulan Syarikat Quill, Encik Alan Cheong, Pengurus Pusat Quill City Mall Kuala Lumpur dan Encik Joseph Teo, Naib Presiden, Pemasaran Quill City Mall Kuala Lumpur. Pelancaran ini bermula dengan persembahan pembukaan oleh Cheerleading UnBULLievable, sekumpulan anak-anak yang berbakat dan bertenaga yang menarik perhatian para penonton diikuti dengan lagu Krismas Navidad yang disampaikan oleh Amelia Lee, pereka fesyen termuda. Salah satu acara yang menarik ialah 10,000 Balloon Drop di mana para pembeli mengumpul sebanyak mungkin belon dan meletupkannya untuk mendapatkan AirAsia BIG Points.
“Ia memberi keseronokan kepada kami untuk menjadi tuan rumah Sambutan Krismas tahun ini bersama dengan Twentieth Century Fox. Kami berharap dapat meneruskan kerjasama dengan Twentieth Century Fox dalam banyak projek menarik lain dalam masa terdekat. Pada tahun ini, kami juga mengalu-alukan 30 orang ibu tunggal dari Kelab Ibu Tunggal Cempaka Malaysia dan Kuala Lumpur & Selangor Revolution Self Development Association untuk menganjurkan Bazaar Amal tanda sokongan kami terhadap mereka. Kami ingin menggalakkan mereka untuk sentiasa beringat bahawa mereka layak dikasihi dan diterima dalam masyarakat, sama seperti FERDINAND yang membuktikan bahawa anda tidak boleh menilai seseorang itu hanya dari luaran sahaja, “
kata Encik Alan Cheong, Pengurus Pusat Quill City Mall Kuala Lumpur.
Bersempena dengan Hari Keluarga, sekumpulan 30 ibu bujang tunggal dari Bazaar Amal menerima sebuah ‘mock cheque’ dan bag goodie yang disampaikan oleh Dato ‘Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Quill Group of Companies dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Bazaar Amal ini boleh didapati pada setiap Jumaat hingga Ahad, bermula dari 18 November 2017 hingga 1 Januari 2018 di First Floor Concourse di Quill City Mall KL. Lebih 30 vendor akan tersedia menjual kuih, pakaian, beg & aksesori, kosmetik dan barangan buatan sendiri untuk membeli-belah Krismas.
engan kerjasama AirAsia BIG Loyalty, Rakan Loyalty Rasmi Quill City Mall, pembeli juga boleh mengambil bahagian dalam UnBULLievable BIG Giveaways dengan had minimum pembelian RM40 dalam satu resit di mana-mana outlet di Quill City Mall KL, dan berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan (pergi-balik) ke Melbourne, Sydney atau Gold Coast dan juga dapat Mata Ganjaran BIG. Tempoh peraduan bermula dari 18 November hingga 25 Disember 2017. Selain itu, pembeli dapat menebus 2 Mata Ganjaran BIG untuk setiap RM1 yang dibelanjakan pada hari kerja dan 1 BIG Point untuk setiap RM1 yang dibelanjakan pada hujung minggu di mana-mana outlet di Quill City Mall KL. Ahli boleh mengumpulkan mata sebagai pertukaran tiket udara, bermula dari 500 Mata BIG. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Tidak lupa juga, penebusan Krismas yang menarik untuk Premium Edisi Ferdinand Krismas seperti Ferdinand Stationaries Set, Ferdinand Plush Keychain, Ferdinand Pillow dan Ferdinand Backpack, dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM50 dalam maksimum dua resit terkumpul menanti anda di Quill City Mall KL. Ibu bapa, boleh dapatkan token Ferdinand untuk anak-anak mereka dengan mendapatkan buku kecil Krismas percuma yang mempunyai banyak perkara menarik didalamnya termasuk poskad dari Counter Concierge kami, Tingkat Bawah. Pembeli boleh datang ke sini untuk mendapatkan hadiah Krismas yang menarik untuk keluarga dan rakan mereka. Perkhidmatan pembalut hadiah percuma boleh didapati di kaunter Concierge kami, Tingkat Bawah. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk mewujudkan suasana positif sepanjang Krismas ini, Quill City Mall KL bekerjasama dengan Cempaka Sari Florist, mengadakan kempen UnBULLievable Quotes di mana pembeli boleh menebus Sunflower dengan menangkap dan berkongsi foto berserta petikan kata-kata positif di Pintu Utama Foyer, iaitu padang bunga matahari. Penebusan ini sah dari 18 November hingga 21 Disember 2017. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Setiap hujung minggu, Quill City Mall KL mempunyai aktiviti menarik dan persembahan yang luar biasa seperti tarian moden UnBULLievable Christmas, persembahan menimbang bola sepak, Spanish Themed Ballet, Ferdinand Bull Horn Headband Making Workshop, Ferdinand Kids Drawing and Colouring Competition, unBULLievable Christmas Party Kids Costumes & Talents Competition, Spanish Fun Activities, dan banyak lagi. Selain itu, pembeli boleh mencabar diri mereka untuk memenangi Bantal Krismas Ferdinand Edisi Terhad melalui Ferdinand Games Booth di Main Atrium, Tingkat Bawah. 5 pemenang akan dipilih berdasarkan lima skor teratas setiap minggu. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Temui 100 pameran seni UnBULLievable yang menampilkan pameran berkaitan Ferdinand 100 kanvas dari 1 Disember 2017 hingga 1 Januari 2018 di Level 4 Concourse, 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Datang dan saksikan karya seni oleh pelajar kolej bersempena dengan tayangan perdana Ferdinand di GSC Cinemas di Quill City Mall KL. Dapatkan info lanjut di laman media sosial untuk berpeluang memenangi tiket wayang.
Krismas ini, Quill City Mall KL dengan sukacitanya memberikan anda satu pengalaman UnBULLievable Christmas dan merupakan pilihan terbaik untuk berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan. Juga, bersempena dengan Jualan Akhir Tahun Malaysia, kedai-kedai di Quill City Mall akan mengadakan jualan dan promosi untuk memenuhi keperluan pembeli sepanjang musim Krismas ini. Luangkan Krismas anda di Quill City Mall KL. Tempat letak kereta percuma disediakan selepas pukul 5 petang pada hari kerja manakala kadar flat RM3 pada hujung minggu.
Datanglah ke Quill City Mall KL untuk menonton filem FERDINAND yang disiarkan dari 14 Disember 2017 di GSC!
Untuk pertanyaan dan pendaftaran program dan promosi Quill City Mall KL, lawati
Website Quill City Mall :www.quillcitymall.com.my