Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ultra Heroes Restoran & Kedai Cenderamata Di Buka Di Glo Damansara | Berita hebat untuk semua peminat-peminat Ultra Heroes, kini telah di buka restoran dan kedai cenderamata yang pertama di dunia dibuka di Glo Damansara dimana ianya di bawa khas untuk semua oleh Circle Corp dan Tsuburaya Productions (Jepun).
Sedikit informasi Ultra Heroes
Ultra Heroes adalah siri televisyen fiksyen sains Jepun yang dicipta oleh Eji Tsuburaya dari Tsuburaya Productions pada tahun 1966. Siri ini amat popular di seluruh Asia, dan watak-wataknya adalah wira zaman kanak-kanak bagi semua budak-budak pada tahun 70an dan 80an. Bersempena dengan ulangtahun ke 50nya, restoran dan kedai cenderamata kini dilancarkan secara rasmi di Glo Damansara Kuala Lumpur, Malaysia.
Diudarakan pada tahun 1966, Ultra Heroes menampilkan tentera-ultra salib alam semesta yang melindungi dunia daripada pelbagai raksasa. hari ini, khas untuk para peminat di Malaysia penampilan khas untuk bertemu dengan peminat -peminat mereka.
Pengasas dan Pengarah Urusan Circle International Holdings Limited, Dato’ Brian Tan berkata
“Melalui kerjasama ini, kami banyak belajar tentang budaya korporat Jepun terutamanya permintaan yang tinggi untuk profesionalisme dan perhatian terhadap butiran. kami berasa bangga untuk berkerjasama dengan jenama antarabangsa ini”
Bagi Pegawai Kanan Jabatan Pembangunan Perniagaan & Harta Intelek Tsuburaya Productions, Encik Takamasa Kitazawa berkata
“Untuk memastikan pengalaman yang terbaik untuk peminat Malaysia, kami menetapkan permintaan yang amat ketat untuk Circle Corp. Kamj mempunyai keyakinan tinggi terhadap pasaran Malaysia kerana kami tahu terdapat ramai peminat-peminat Ultra Heroes di sini. Selain itu beliau kagum dengan keupayaan dan tahap komitmen daripada Circle Corp.
Antara watak Ultraman yang ada
Ultra Heroes restoran yang kini dibuka di Glo Damansara berkeluasan melebihi 4000 kaki persegi dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 120 orang. Bagi kedai cenderamata, terdapat melebihi 300 jenis barangan eksklusif termasuk barangan mainan dan keperluan harian kanak-kanak dan juga koleksi untuk orang dewasa. Patung figura Ultra Heroes dari pelbagai watak juga ada di sini dalam 65 patung unik edisi khas
Produk Bintang dalam kedai ini adalah watak yang paling utama dan paling popular dalam Ultra Heroes iaitu Ultraman Tiga. Bersempena dengan pembukaan rasmi ini jua telah melancarkan patung figura 45cm Ultraman Tiga edisi perak yang hanya terdapat 65 buah diseluruh dunia. Pelbagai t-shirt edisi terhad dan produk-produk lain yang diimport dari Jepun ada dijual disini.
Jadi, jangan lupa singgah di Glo Damansara ye
Kalau bawak anak – anak ni, tak mau balik dah.
Azwan recently posted…5 teknik menghasilkan gambar terbaik untuk iklan di media sosial