Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cadbury Dairy Milk Oreo : Bersatu Dalam Cadbury Coklat & Oreo | Cadbury Dairy Milk dan Oreo bergabung dalam satu coklat pastinya tidak dapat digambarkan rasa kesedapan coklat ini ! Mondelēz Malaysia, sebahagian daripada syarikat snek global terkemuka dunia, Mondelez International (Mondelēz), mempunyai jawapannya menerusi pelancaran Cadbury Dairy Milk Oreo antara satu lagi inovasi produk dalam kategori coklat premium.
Cadbury Dairy Milk Oreo, yang kini amat digemari di beberapa pasaran antarabangsa, merupakan kombinasi enak coklat Cadbury Dairy
Milk bersama kerangupan lazat biskut Oreo, dipadankan dengan krim berperisa yang menjanjikan keseronokan dalam setiap kunyahan! Bercakap pada majlis pelancarannya, Vikram Karwal, Pengarah Bersekutu – Coklat Asia Tenggara berkata,
“Matlamat syarikat kami ialah untuk menghasilkan momen-momen yang menggembirakan untuk para pelanggan kami. Menggabungkan dua jenama ikonik ini untuk menghasilkan Cadbury Dairy Milk Oreo merupakansatu padanan sempurna dengan mempunyai produk yang digemari ramai. Cadbury Dairy Milk berkepingan lazat dan penuh bercoklat kegemaran anda yang ditambah dengan kerangupan yang dikenali pada waktu snek anda.”
“Untuk menjadi sebuah syarikat snek terbaik di dunia, kami sentiasa meneroka cara baharu untuk menghasilkan dan mengekalkan keterujaan dikalangan pengguna – dengan menyuntik lebih banyak kegembiraan, kejutan dan keseronokan ke dalam konfeksi paling digemari dunia.
“Pengguna sentiasa mencari sesuatu kenikmatan dan pengalaman yang baharu. Oleh itu, bersandarkan kepada pengalaman kami dalam meneraju pasaran coklat, syarikat ini berada pada posisi yang baik untuk mengenal pasti dan membawa beberapa jenama terkemuka kami ke Malaysia. Kami melihat pelancaran Cadbury Dairy Milk Oreo sebagai peluang besar untuk memperluaskan tapak perniagaan dalam pasaran coklat di rantau ini.”
Dilancarkan di pelbagai negara, Cadbury Dairy Milk Oreo mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan menarik minat pelanggan baharu dan juga bagi penggemar setia Cadbury serta Oreo. Pertumbuhan pesat dalam pasaran coklat di rantau Asia Tenggara adalah ekoran keinginan pengguna terhadap produk baharu yang inovatif, di samping tabiat menikmati snek dan kuasa membeli dalam kalangan pengguna muda.
Cadbury Dairy Milk Oreo baharu boleh didapati di pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara
dengan harga jualan yang disyorkan:
RM3.30 untuk 40g
RM4.20 untuk 60g
RM8.90 untuk 130g
Well, untuk lebih informasi tentang produk terbaru berkenaan Cadbury Dairy Milk Oreo, apa kata layari
Facebook : https://www.facebook.com/CadburyMalaysia/
lepas baca post ni, nak kena cari plak cadbury oreo ni