SEIKHLAS HATI MENZAHIRKAN KESYUKURAN DI TV3 & TV9, AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ramadan makin dekat, boleh dibilang dengan jari berapa hari lagi.
Setiap kebaikan dan perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas hati pasti dikurniakan barakah oleh Allah S.W.T terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini.
SEIKHLAS HATI
Bersempena dengan sambutan bulan Ramadan ini, TV3 dan TV9 telah melancarkan kempen Ramadan Raya 2022 yang bertemakan Seikhlas Hati.
Ianya menerusi siaran langsung program Melodi yang dihoskan oleh Nabila Huda dan Haziq Hussni selama satu jam dari pukul 12.30 tengah hari.
KENAPA TEMA SEIKHLAS HATI?
Tema dipilih untuk menyemarakkan kempen Ramadan Raya pada tahun ini sebagai tanda peringatan kepada kita. Sentiasa bersyukur dan redha dengan ujian yang dihadapi kerana setiap ujian itu menjadikan kita lebih kuat dan tabah.
Bulan Ramadan khususnya merupakan bulan untuk kita meningkatkan amal ibadah dan memperolehi pelbagai ganjaran.
Antaranya dengan sentiasa bersedekah dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan.
PROGRAM MENARIK DI TV3 & TV9
TV3 dan TV9 meneruskan tradisi untuk menyajikan program-program menarik. Merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan untuk tatapan penonton sepanjang bulan Ramadan ini.
Penonton juga boleh membeli-belah dan membuat persiapan raya dengan tawaran hebat yang disediakan oleh WOWSHOP.
WOW SEIKHLAS HATI
Sama-sama kita menzahirkan kesyukuran sempena Ramadan ini.
Dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima, WOWSHOP telah melancarkan platform perayaan gaya hidup sehenti “WOW Seikhlas Hati” untuk semua persiapan Pra-Ramadan – Raya anda!
Terdapat program istimewa siaran langsung, diskaun segera serta pelbagai tawaran pulangan tunai daripada rakan kongsi berbeza seperti Ambank, Maybank QR Pay, Boost dan Touch N Go.
Ini juga merupakan tahun pertama dimana WOWSHOP mewujudkan kempen atas talian khusus di platform ECMC kami.
Kali ini perkongsian 30 hari resipi Ramadan yang ringkas lagi lazat, pelbagai barisan penawaran produk perayaan yang menarik.