Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tudung Bawal RM100,000 Bertatahkan Kristal Swarovski | Tudung termahal di dunia? Biar betul! Apa yang istimewanya tentang tudung termahal ini? Hamparan jua taburan kristal Swarovski yang cukup indah dan sinonim dengan jenama tudung Bawal Exclusive. Ini diantara sebab kenapa menjadi pilihan kebanyakkan rakyat Malaysia.

Buat julung-julung kalinya, Bawal Exclusive mempersembahkan tudung termahal di dunia bernilai RM100,000. Ianya khusus sempena pembukaan Private Lounge Bawal Exclusive yang akan dibuka tidak lama lagi di Puchong, Selangor.

Tudung Termahal

Tudung ini sebenarnya merupakan pemberian khas oleh Swarovski kepada Bawal Exclusive sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Ini kerana menjadi antara pemborong terbesar di dunia sejak dahulu lagi selain meraikan ulang tahun Swarovski yang ke 125 tahun. Tudung yang direka dan diinsprasikan khusus oleh pengasas jenama Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri dan Tuan Mohd Rosli Awang. Pastinya ia mencatatkan sejarah apabila diikitiraf didalam Malaysia Book Of Records sebagai tudung termahal yang pernah dihasilkan.

Semuanya bermula apabila kedua-dua mereka diberikan peluang ke majlis makan malam oleh pihak ibu pejabat Swarovski di Wattens, Austria. Pada 24 Okober 2018 dimana sempena pembukaan Swarovski manufaktur (studio reka kreatif) baharu di sana. Kesemua wakil daripada jenama terkenal dunia hadir dan merasai sendiri kemewahan kristal Swarovski yang dipratontonkan secara eksklusif pada semua.

“Bermula dari satu pancaran kristal Swarovski dan ia seterusnya menghasilkan pancaran laser yang menyerlahkan butiran kristal didalam dewan. Kesemua tetamu yang hadir terpukau dengan keindahan yang dikongsikan. Sejak malam itu saya berjanji mahu membawa memori ini pulang ke Malaysia. Memori ini perlu dikongsikan bersama dengan penggemar jenama Bawal Exclusive.

Ini juga sebagai bukti dimana peniaga Islam juga mampu berdiri sama tinggi dengan jenama popular lain. Jangan takut untuk merealisasikan impian. Semuanya perlu bermula dengan langkah pertama.”

-kata Puan Haliza Maysuri

Bawal Exclusive RM100,000 Bertatahkan Kristal Swarovski

Rekaan yang melatari tudung bawal RM100,000 ini merupakan idea Puan Haliza Maysuri dan telah direalisasikan oleh Austria Swarovski Head of Design Team. Diameter 1.14 meter X 1.14 meter dimana tudung ini ditaburi sebanyak 7512 kristal Swarvoski. Ia disiapkan oleh 12 orang perkerja dan mengambil masa selama 320 jam. Boleh layari

Bawal Exclusive Website : http://www.bawalexclusive.com/



1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge