Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Satkara Spa Review Casa del Rio, Melaka |Penat bergym, apa kata kita berspa pula. Masih lagi di Casa del Rio-Melaka, spa merupakan salah satu fasiliti yang ada ditawarkan buat para pengunjung yang menginap di sini. ” Satkara Spa” nama di beri, alunan muzik yang dimainkan amat menyenangkan dan me- relaxkan diri sewaktu KP melangkah masuk. Sebelum ke sini KP ada bertanyakan pada rakan-rakan lain pendapat mengenai spa di sini, Alhamdulilah semuanya memberi maklum balas yang positif .
Entri : Gymnasium di Casa del Rio
Pelbagai pakej urutan di sediakan disini seperti urutan kaki, muka, badan mahupun pakej lengkap seluruh badan. Masa yang di peruntukkan di sini dari 1 jam hingga ke 3 jam bergantung pada pakej yang di ambil. Selepas memilih pakej yang mana berkenanan di hati, perlu juga membuat pilihan minyak yang bakal digunakan.
Satkara Spa
Spa Fasiliti : 10 pagi hingga 8 malam
Permintaan Urutan Terakhir : 7 malam
Apabila selesai membuat segala pilihan, KP di bawa masuk ke bilik yang bakal di urut. Keindahan bilik ini diserikan dengan alunan muzik Kitaro dan juga bunyi muzik alam flora dan alam semesta membuatkan KP rasa rilex. Segala kekusutan atau masalah dilupakan sebentar
Aromaterapi yang di letakkan baunya sungguh wangi, fikiran rasa rilex dan badan juga secara automatik mengikut rentak turut sama rilex dari segala kepenatan
Yang ini sedikit kelainan kerana ini adalah “bilik couple”. Satkara Spa ada juga menawarkan
“Sensual Spa package, “Amor”.
Khas untuk dinikmati berdua di mana package Amor ini termasuk urutan & spa kaki, urutan badan selama 60 minit dan juga Rose Petals Bath.
Rose Petals Bath.
Disinilah tempatnya. Sesuai untuk 1 orang mahupun 2 orang.Pada yang hanya membuat urutan badan sahaja dan tidak menggemari dengan badan yang berminyak, ada juga bilik mandi disediakan. Pasti ada yang bertambah segar selepas bersiram.
Sebelum urutan di lakukan, perlulah menukar pakaian atau meletakkan barang peribadi di tempat yang di sediakan oleh pihak spa.
Urutan & Spa Kaki
Ini adalah tempat untuk urutan dan spa kaki. Tempat yang di sediakan sangat selesa dan pelbagai penerangan di beri sebelum seisi urutan bermulaSebelum bermula urutan atau spa kaki, air rendaman kaki di sediakan. Air rendaman di campurkan dengan sedikit titisan minyak aromaterapi. Kaki di rendam selama 5-10 minit agar ianya lebih segar. Kaki pun perlukan spa juga selain muka dan badan kerana kaki juga bergerak sama banyak dengan tangan. Kaki banyak berjalan dari satu destinasi ke satu destinasi tanpa mengira penat atau lelah .
Selepas kaki direndam, kaki di alih dan dilap sambil di urut lembut. Hingga ianya kering barulah bermula urutan di kaki pula. Di sapukan sedikit minyak pilihan di awal tadi, urutan demi urutan di buat. Pada KP staff di sini amat memahami para pelanggan di mana akan bertanya jika urutan itu sakit atau tidak? Jika ia secara spontan akan menurunkan sedikit cara urutan tersebut Urutan dan Spa kaki sudah, jadi jom ke urutan badan pula. Yang ini memang tiada gambar atas sebab privasi. Harap memahami KP tentang yang ini. Urutan badan di mulakan dengan kaki dahulu. Seperti mereka tahu dimana point-point yang wajib di tekan sewaktu mengurut agar keluarlah angin-angin jahat di dalam badan yang sudah lama berkumpul.
Dengan alunan muzik yang di pasang deruan ombak dan pasir pantai membuatkan fikiran dan badan rilex. Terasa seperti diri berada di lokasi seperti di dalam muzik. Kemudian pula muzik alam semesta – flora dan fauna . Yang ini memang KP suka kerana bunyi burung berkicau-kicauan di selang seli dengan bunyian air terjun menjadikan lagi KP rasa tenang dan damai.
Teh Serai
Sebelum pulang, KP di hidangkan dengan teh serai yang memang wangi baunya. Bila di minum bertambahlah angin yang keluar dari badan KP . Opsss… bukan yang keluar dari belakang tau yang ini keluar dari mulut. Para pekerja masih lagi bertanyakan puas hati ke tidak dengan servis yang di tawarkan dan maklumbalas atas service yang di berikan
Sememangnya setuju dengan pendapat dan maklumbalas dari rakan-rakan sebelum KP mengambil pakej spa di sini. Layanan yang terbaik, staff yang peramah, suasana yang aman- damai dan tenang membuatkan KP ingin sahaja menghabiskan masa di sini, Yang penting jika menginap di sini jangan lupa untuk ke sini. Tak cuba rugi tau.
Untuk infor terkini dan promosi tentang penginapan layari