Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Gymnasium Casa del Rio, Melaka Apalagi Jom Senam. |Setiap hotel yang KP menginap pasti KP akan explore semua fasiliti yang ada dan mencuba jika diberi peluang. Untuk kali ini masih lagi di Casa del Rio Melaka, fasiliti yang ingin KP kongsikan adalah gymnasium. Bukan fasiliti ini sahaja yang ada disini, ada juga kolam renang, spa dan yang best perpustakaan juga. Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat KP rakamkan
Entri : Satkara Spa di Casa del Rio, Melaka
Gymnasium Casa del Rio
Sebaik sahaja masuk ke gymnasium disebelah kiri ada disediakan tuala bagi para pengunjung untuk digunakan sewaktu berada di sini. Pastinya peluh jantan maupun betina akan keluar dari individu selepas bersenam di sini.



hmm… bila bersenam , semua peluh comel dah keluar pastinya tekak dahagakan . Untuk menghilangkan dahaga, air mineral ada disediakan berserta buah epal. Jarang di gymnasium, buah disertakan sekali. Jadi bila stay disini , boleh juga gunakan masa yang ada untuk bersenam. Senamkan baik untuk kesihatan.
Tapi pesanan ringkas dari KP buat anda semua exercise memang bagus dan direkomenkan untuk semua agar badan sihat dan kurang berpenyakit.Sebelum memulakan sebarang exercise jangan lupa untuk memanaskan badan anda dengan melakukan exercise kecil atau warm up. alah yang simple simple pun boleh agar lepas exercise nanti takdelah cramp atau sakit urat badan badan
Untuk infor terkini dan promosi tentang penginapan layari


