Citarasa Asean Ramadhan Buffet 2018 di D’Saji KL Titiwangsa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Citarasa Asean Ramadhan Buffet 2018 di D’Saji KL Titiwangsa |D’Saji Restoran & Cafe kembali selepas lapan tahun menawarkan buffet ramadhan dengan variasi yang lebih menarik dan dipelbagaikan menu yang ada. Buffet Ramadhan kali ini ditawarkan di dua (2) lokasi utama iaitu di D’Saji Restoran & Cafe KL Titiwangsa dan Lake Cempaka Villa, Bangi. Sasaran untuk tahun 2018 adalah seramai 20,000 pengunjung dan sasaran jualan sebanyak RM 1.2 juta. 

Restoran D’Saji KL Titiwangsa memperkenalkan tema Citarasa Asean untuk tahun ini. Tema kali ini bakal menyaksikan menu utama 10 negara Asean iaitu Thailand, Filipino, Indonesia, Laos, Cambodia, Viienam, Myanmar, Brunei, Singapura dan Malaysia sendiri.

Antara menu yang sempat KP rasa yang bakal dihidangka di D’Saji Restoran & Cafe KL Titiwangsa

Dari Kerabu

Sup Tulang /Daging

Menu utama

Citarasa Asean di D’Saji Restoran & Cafe KL Titiwangsa

Variasi menu ini akan menarik minat pengunjung yang memang mencari menu yang pernah mereka rasa ketika berkunjung ke negara tersebut dan juga bagi yang menginginkan sesuatu yang baharu. Apa yang pastinya menu pilihan dari Asean ini akan sentiasa diingati dimana bakal menyediakan dalam 120 menu sepanjang bulan Ramadhan yang bakal menjelma . Bagi yang menginginkan hidangan berbuka puasa secara privasi. D’Saji Restoran & Cafe turut menyediakan tiga (3) jenis dewan dari berkapasiti 50 sehingga 450 orang untuk dipilih.

Harga bufet Ramadan untuk dewasa adalah RM85 seorang. Promosi tempahan awal dari 16 Mac sehingga 16 April 2018 adalah RM68 seorang .Bagi tempahan 16 April sehingga 16 Jun pula harga yang ditawarkan ialah RM79 seorang.

Promosi 50 % di D’Saji Restoran & Cafe KL Titiwangsa untuk 3 hari Ramadhan

D‘Saji Restoran & Cafe turut menawarkan harga promosi untuk kanak-kanak dan juga harga bagi warga emas. Diskaun sebanyak 50% akan diberikan kepada 100 pelanggan pertama yang berbuka puasa pada hari pertama sehingga hari ketiga (3) Ramadan

Antara manisan, buah-buahan mahupun pencuci mulut

Masakan Melayu Asli & BBQ di Lake Cempaka Villa

Lain pula di Lake Cempaka Villa, Bangi dimana menu masakan adalah berlainan. Mensasarkan pengunjung seramai 6000 orang dengan sasaran jualan sebanyak RM250k. Menu makanan dengan tema Masakan Melayu Asli dan BBQ bakal di sajikan dengan 80 menu utama dan sesuai untuk anda yang meminati dan merindui masakan asli Melayu.
 Kemudahan surau yang berkapasiti 200 orang akan memberi keselesaan kepada semua. Surau tambahan juga akan dibuka jika bilangan pengunjung mencecah 800 orang ke atas.
Manakala di Lake Cempaka Villa, Bangi, harga bufet Ramadan ialah RM58 seorang. Pelanggan boleh membuat pembelian awal dengan nilai RM49 seorang mulal 17 Mac sehingga 16 April 2018. Tempahan boleh dibuat menerusi talian 03-4021 0098.



1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge