TIPS CARA TANAM DAUN KESUM PALING MUDAH, AMAZING!

TIPS CARA TANAM DAUN KESUM PALING MUDAH, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

DAUN KESUM

Siapa peminat laksa atau asam pedas? Tentu rasa tak sah jika kedua-dua masakan tradisi Malaysia ini tidak diletakkan daun Kesum.

Adanya Daun Kesum sebagai bahan masakan dalam kedua-dua menu kegemaran rakyat Malaysia, barulah ianya terasa lengkap dan baru boleh dianggap sebagai laksa atau asam pedas.

IN ENGLISH

Kesum (Polygonum minus atau Persicaria minor) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara yang beriklim tropika

AROMA TERSENDIRI

Daun Kesum ada aroma tersendiri yang memberikan masakan atau makanan seperti laksa dan asam pedas itu berkeunikan dan berbeza dengan mana-mana masakan yang lain.

IMPAK BESAR

Impak daun kesum ini memang besar dalam kedua-dua masakan popular tersebut, tapi tak ramai yang mengusahakan tanaman ini sebagai tanaman halaman rumah.

KHASIAT DAUN KESUM

Antara kelebihan daun kesum ini ialah :

  • Menguatkan daya penglihatan
  • Mengatasi masalah kembung
  • Atasi masalah keputihan
  • Sesuai untuk atasi masalah kelemumur
  • Baik untuk wanita lepas bersalin

BENTUK DAUN KESUM

Daun Kesum berdaun tirus dan mempunyai bau wangi yang tersendiri. Ia sejenis tumbuhan herba renek yang sebenarnya sangat senang ditanam.

MUDAH DIBIAKKAN

Hatta di kawasan rumah yang terhad seperti pangsapuri atau flat. Ia tumbuhan yang melata dan mudah dibiakkan.

Jika di kampung, agak mudah menjumpai pokok daun kesum terutama di kawasan berair seperti limbah atau berdekatan parit serta tepian bendang.

MUDAH DI TANAM

Disebabkan habitatnya yang tidak cerewet asalkan di kawasan lembab, maka ia mudah ditanam dan sesuai ditanam atau dibiakkan di dalam pasu sahaja.

Amnya, pokok ini menyukai tanah yang berair. Maka, sebolehnya gunakan pasu atau bekas tanaman yang boleh menakung air atau yang tidak berlubang di bawah.

INGIN MEMBIAK DENGAN CEPAT, INI CARA TANAM

Jika mahu daun kesum betul-betul mampu membiak dengan cepat, cuba cari pasu atau bekas tanaman yang ada lubang di tepi.

TEBUK BAHAGIAN TEPI

Sukar untuk menjumpai bekas sebegini, boleh cuba tebuk bahagian tepi pasu atau bekas dengan menggunakan alat penebuk.

Tiada alat penebuk, gunakan sahaja pemutar skru atau cuba paku bahagian tepi untuk menghasilkan lubang. Tips mudah nak buat lubang, panaskan dulu hujung pemutar skru atau paku.

KENAPA PERLU TEBUK TEPI

Ia bagi membolehkan pengudaraan dalam tanah bagi membolehkan akar-akar bernafas. Ia juga untuk elakkan air terlalu banyak bertakung sehingga menyebabkan ia menjadi sarang nyamuk membiak.

TANAH PULA YANG MANA SATU?

Untuk tanah, boleh gunakan apa jua jenis tanah. Pokok ini tidak cerewet dengan jenis tanah.

Syarat utama ialah ia boleh menampung air atau berada di dalam keadaan lembab. Namun, digalakkan menggunakan tanah yang kaya dengan bahan baja organik.

Mudah dibiakkan dengan hanya keratan batang sahaja. Jadi, memang tidak sukarlah untuk menanamnya di halaman rumah.

CARA- CARA TANAM

  • Ambil atau beli daun kesum di pasar. Carilah yang berbatang besar dan panjang.
  • Potong batang anggaran dalam 10-15 cm
  • Buang daun di bahagian bawah batang. Biarkan beberapa helai daun kesum 2-4 helai sudah memadai.
  • Cucuk batang ke dalam tanah yang telah disiram dengan air. Pastikan batang tersebut dicucuk ke dalam tanah sedalam 2/3 daripada keratan batang yang ada
  • Tanam dalam 2-3 keratan dalam satu lubang. Jarakkan antara lubang tanaman dalam 10cm
  • Letakkan di kawasan yang redup tetapi masih boleh menerim cahaya matahari
  • Biarkan ia mengeluarkan akar atau pucuk baru. Kemudian boleh diletakkan di kawasan yang terkena cahaya matahari secra terus.
  • Pokok daun ini boleh saja tumbuh subur di kawasan atau tempat yang tidak menerima cahaya matahari secara terus.
  • Sesuai diletakkan di balkoni pangsapuri mahupun di flat kediaman.

PENJAGAAN

Seperti dinyatakan awal tadi, pokok daun kesum tidak cerewet dan kurang bermasalah. Apa yang penting ialah memastikan tanah sentiasa lembab tetapi jangan sampai air bertakung terlalu banyak.

SIRAM BERAPA KALI SEHARI?

Siram sekali sehari atau dua kali sehari mengikut keadaan cuaca dan keadaan tanah.

BAJA SEKALI SEBULAN CUKUP?

Boleh baja sekali sebulan dengan baja kompos atau gunakan sahaja air basuhan beras, ikan, sayur atau lebihan kulit bawang, kulit telur sebagai nutrisi kepada pokok herba ini.

TUAI BOLEH KE?

Jika ingin tuai, pastikan potong bahagian atas sahaja, lebih kurang 10 cm dari pangkal. Cara ini juga seperti kita mencantas untuk mengelakkan ia terlalu rimbun.

Setelah dicantas atau dituai, letak baja untuk proses pemulihan.

Jika daun mula menguning, ia menunjukkan bahawa pasu atau bekas tanaman sudah tepu dengan akar dan sudah kurang ruang untuk tanah, oksigen, dan juga baja.

Jadi, proses penanaman semula perlu dilakukan. Hanya ikuti langkah-langkah di atas sahaja.

Mudah sahaja kan?

CARA SIMPAN DAUN KESUM

Ingin simpan untuk tahan lama bolehlah guna cara sebegini

  • Sediakan bekas yang ada tutup [kalau boleh bekas air]
  • Letak air yang ditapis dalam separuh bekas
  • Kemudian masukkan daun bersama tangkainya
  • Tutup penutup dan simpan dalam peti sejuk

Credit picture: Google

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge