THE ONE THING KEMPEN DARI HABIB BENDUNG COVID19 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jumlah kes positif Covid-19 direkodkan di Malaysia masih tinggi. Walaupun dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Sepenuhnya (PKP 3.0) sejak 1 Jun 2021 oleh Kerajaan Malaysia. Setelah sebulan rakyat Malaysia “berkurung” di rumah, angka kes positif harian yang direkodkan masih lagi tinggi iaitu mencecah purata 5,000 kes sehari.
THE ONE THING KEMPEN
HABIB melancarkan kempen The One Thing bagi membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia untuk segera mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi.
“Satu-satunya cara untuk kita membendung wabak Covid-19 ini adalah dengan memastikan semua rakyat Malaysia menerima vaksin. Di seluruh dunia, orang ramai turut ingin mendapatkan vaksin memandangkan kepentingannya dalam membendung pandemik ini.
Melalui vaksinasi, kita bukan sahaja menambah lapisan perlindungan untuk diri sendir. Malahan kita turut sama-sama melindungi keluarga, rakan-rakan dan juga masyarakat.”
-kata Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB.
FOKUS HABIB
Fokus HABIB yang satu pada saat ini adalah yang satu… “One Thing” ialah untuk memastikan wargakerja HABIB mendapatkan vaksinasi dengan secepat mungkin. Selain itu mewar-warkan kepada semua rakyat Malaysia tentang pentingnya vaksinasi kepada semua. Moga negara dapat kembali pulih seperti sedia kala dengan secepat mungkin.
Masih ramai yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi. Harapan HABIB, sebagai satu badan korporat agar perlaksanaan kempen ini dapat membantu untuk menyegerakan proses pendaftaran dan vaksinasi.
INISIATIF THE ONE THING KEMPEN
Bagi memastikan kempen The One Thing ini berjaya, HABIB telah melaksanakan beberapa inisiatif, antaranya:
- Memastikan setiap wargakerja HABIB mendapatkan vaksinasi secepat mungkin melalui semua platform yang ditawarkan kerajaan, termasuk
- Mendaftar dengan SELangkah dan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS). Ini untuk mempercepat proses vaksinasi para pekerjanya di seluruh negara.
- Pemantauan oleh Jabatan Sumber Manusia HABIB. Mengemaskini secara harian angka warga kerja yang telah divaksinasi dan mendapatkan tarikh temujanji.
- Setiap ketua Jabatan mengadakan sesi harian dengan warga kerja yang belum atau mempunyai persoalan atau isu dengan vaksinasi.
- Membantu setiap warga kerja HABIB dan keluarga dengan pendaftaran atau melengkapkan pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.
- Sesi temubual bersama pegawai kesihatan mengenai manfaat vaksinasi dari masa ke semasa.
- Berkongsi maklumat berkenaan vaksin dan program vaksinasi di media sosial seperti Facebook dan Instagram.
“Kami percaya usaha-usaha kecil ini akan menyumbang dalam menjayakan program vaksinasi di negara ini, sekaligus mengawal penularan Covid-19,” – rumus Dato’ Sri Meer.
Kempen The One Thing kini giat dijalankan di semua platform media sosial HABIB sehingga beberapa bulan yang akan datang. HABIB akan berterusan berkongsi maklumat dan berinteraksi dengan para pelanggan menerusi konten bersifat pendidikan serta cabaran media sosial yang menarik. Info lanjut boleh layari