THE MEDIUM; DUKUN & KEPERCAYAAN MASYARAKAT THAILAND, SCARY WEI!

THE MEDIUM; DUKUN & KEPERCAYAAN MASYARAKAT THAILAND, SCARY WEI! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pernah tak terfikir nak tahu dengan lebih mendalam tentang kepercayaan masyarakat lain.

THE MEDIUM

Filem ‘The Medium’, diedarkan oleh Encore Films. Merupakan sebuah filem Thailand dalam genre seram supernatural. Bercorak ‘mockumentary’ yang bakal memulakan tayangan pada 2 Disember 2021 di pawagam GSC seluruh negara.

MOCKUMENTARY?

Secara umumnya filem ‘mockumentary’ merujuk kepada filem yang menggambarkan peristiwa fiksyen tetapi dipersembahkan sebagai dokumentari.

Produksi ini sering digunakan untuk menganalisis atau mengulas tentang peristiwa dan isu semasa dengan menggunakan latar fiksyen. Ada juga untuk memparodikan bentuk dokumentari itu sendiri.

BANJONG PISANTHANAKUN

‘The Medium’ diarahkan oleh Banjong Pisanthanakun. Sutradara yang pernah mengarahkan filem-filem seram Thailand popular seperti Shutter (2004), Alone (2007). Ada juga filem komedi seram Pee Mak pada tahun 2013.

Filem ini diterbitkan oleh Na Hong-jin dan merupakan kerjasama diantara dua buah produksi, GDH Thailand dan Showbox Korea Selatan.

MENANG BANYAK ANUGERAH

Filem ini telah ditayangkan di Bucheon International Fantastic Film Festival ke-25 pada 11 Julai 2021. Pada festival tersebut filem ini telah dianugerahkan dengan Anugerah Pilihan Bucheon untuk filem terbaik.

Ia diikuti dengan tayangan di pawagam di seluruh Korea Selatan pada 14 Julai 2021. Filem ini turut telah dipilih sebagai penyertaan Thai untuk Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-94.

Filem ‘The Medium’ atau dalam bahasa Thai (Rang Song) dalam filem ini merujuk kepada ‘perantara’ yang mengupas tentang kepercayaan masyarakat setempat di Thailand.

Tentang dukun dan ‘animisma’ yang membantu mencorakkan warna budaya serta kehidupan harian mereka.

SINOPSIS

Filem ‘The Medium’ dimulakan dengan sekumpulan produksi warga Thai mengembara ke bahagian timur laut Thailand, di sebuah tempat yang dikenali sebagai Isan.

Ini untuk mendokumentasikan kehidupan harian seorang ‘perantara’ tempatan atau dukun yang bernama Nim, yang dirasuk oleh semangat bernama Bayan.

SIAPA BAYAN

Satu entiti yang dipercayai sebagai dewa masyarakat tempatan yang disembah oleh penduduk kampung tersebut. Bayan adalah Tuhan nenek moyang dan hanya memilih wanita di dalam keluarga Nim sebagai perantara selama beberapa generasi.

Mengikut kekananan sebagai perantara semangat Bayan , orang yang sepatutnya menerima tugas sebagai perantara adalah Noi iaitu adik kepada Nim.

Bagaimanapun, Noi tidak mahu menjadi perantara dan beralih kepercayaan kepada agama Kristian. Semangat Bayan kemudian berpindah kepada Nim dan telah bersamanya sejak itu.

Namun disebalik penolakan tersebut banyak keanehan mula berlaku kepada Noi dan keluarganya.

Jika anda peminat bercorak dokumentari jangan lepaskan untuk menonton. Tonton dengan sabar kerana pelbagai elemen seram bakal dipratontonkan. Ada part yang slow ada yang mengejutkan. Pasti ada yang tak terduga scene scene yang ditayangkan. Siapa yang hidup, siapa yang mati, siapa sebenarnya Bayan bakal terungkai.

⭐⭐⭐/5

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge