SLOT KUASA 3 MALAM BAKAL MENCERIAKAN ANDA, MESTI BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Menerusi slot Kuasa 3 Malam di saluran TV9, saksikan dua telefilem baharu yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air pada 23 & 30 November ini!

Ingin tahu sebab Amyra Rosli dan Izzue Islam bergaduh demi pokok daun kari? Pastikan anda tidak terlepas janji temu dengan TV9 untuk menyaksikan dua  telefilem menarik ini!

KARI AYAM MAMA

Sebut nama drama nie macam lapar pula. Mana taknya kari ayam kot, sedap makan dengan nasi panas mahupun roti. Apa yang menarik pasal drama ini, meh kite layan .

Para pelakon yang terlibat dalam drama ini antaranya Amyra Rosli, Izzue Islam , Datuk Rahim Razali ,Melanie Tan dan Ranjini. Bermula dari 23 November 2021, 9.30 malam

SINOPSIS KARI AYAM MAMA

Sinopsis: Kisah romantik komedi ini mengisahkan Nia dan jiran barunya Rash. Nia seringkali bergaduh dengan jiran baharunya itu bermula dari insiden Rash dituduh mencuri daun kari miliknya.

Selalu menjaga atuknya yang menghidap penyakit Alzheimer. Tidak boleh menerima kehadiran mana-mana lelaki dalam hidupnya selepas kematian suaminya.

Namun, kehadiran Rash telah mengubah perasaan Nia. Untuk mengambil hati Rash, Nia cuba menjamu Rash dengan hidangan kari ayam istimewa.

KERANA SETITIK SUSU

Hmmm, kenapa pula dengan isu setitik susu ni? Sampai kecoh jadinya! Nak pula buat bisnes jual melalui online, boleh ke !

Para pelakon yang terlibat dalam drama ini antaranya Izara Aishah & Azlee Khairi. Bakal ditayangkan pada 30 November 2021, 9.30 malam.

SINOPSIS KERANA SETITIK SUSU

Nuh, seorang penganggur mula mengembala dan menjaja susu kambing demi mendapatkan upah sebotol susu kambing setiap hari untuk merawat sakit ibunya. Namun akhirnya ibunya meninggal dunia dan Nuh telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupan.

Nuh mencuba pelbagai pekerjaan dan dia berkenalan dengan Mia, seorang wanita yang baru diceraikan suaminya. Walaupun Mia seorang pemalu dan kurang keyakinan diri tapi dia bersungguh-sungguh untuk bangkit dan menyara diri.

Kesungguhan Mia untuk melariskan jualannya membuatkan Nuh kagum dengan semangatnya. Nuh dan Mia mula menghadiri kursus keusahawanan, mempelajari cara-cara menjual susu secara atas talian dan mencuba sedaya mungkin untuk mencapai target bulanan. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari

Website | Facebook |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge