The Golden Ticket Suria KLCC kini kembali dengan ganjaran baucar RM10,000!
THE GOLDEN TICKET
Edisi kali ke-6 ini menawarkan lebih banyak ganjaran. Jika sebelum ini, pembeli bertuah memperoleh e-baucar beli-belah bernilai RM5,000, kali ini Suria KLCC menawarkan dua kali nilai iaitu RM10,000!
SURIA KLCC
Tampil dalam rupa baharu yang lebih memukau dengan rona ceria dan skala yang lebih besar.
SNAKES AND LADDERS
Kempen tahun ini mengubah Centre Court menjadi taman permainan neon bersaiz sebenar yang diilhamkan daripada permainan klasik ’snakes and ladders’ – lengkap dengan panel bercahaya dan replika dadu gergasi.
Pembeli yang menyertai kempen ini berpeluang sama ada mendapat SATU daripada Empat warna tiket iaitu- Golden Ticket, Ruby Ticket, Emerald Ticket, dan Purple Ticket.
“Kempen The Golden Ticket telah menjadi tradisi tahunan yang dinanti-nantikan oleh pelanggan setia kami. Untuk edisi tahun ini, pihak Suria KLCC benar-benar menggandakan kemeriahan ke tahap seterusnya, memastikan semua yang menyertai pulang dengan senyuman,”
-ujar Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
CARA UNTUK SERTAI
Untuk menyertai, pembeli hanya perlu membelanjakan RM1,500 ke atas dalam dua resit di mana- mana kedai terpilih. Setiap pembeli yang layak boleh melontar dadu gergasi dan melangkah ke papan interaktif bertema ’snakes and ladders’ untuk memenangi samada:
- Purple Ticket [e-baucar bernilai RM50]
- Emerald Ticket [e-baucar bernilai RM100]
- Ruby Ticket [e-baucar bernilai RM5,000]
- Golden Ticket [e-baucar bernilai RM10,000]
WALL OF WINNERS
Jika anda memenangi Golden Ticket atau Ruby Ticket, suasana di Centre Court akan berubah menjadi meriah dengan muzik perayaan dan lampu neon yang berkelipan bagi mencipta detik yang tidak dapat dilupakan.
Selain wajah anda akan dipaparkan di Wall of Winners, di mana anda boleh bergambar dengan replika tiket besar dan dadu, dan gambar serta video anda akan dipaparkan pada skrin berputar di Centre Court.
Menambah keceriaan suasana adalah arcade photobooth serta claw machine dengan hadiah menarik, dan hidangan hujung minggu seperti gula-gula kapas dan neon glow sticks untuk pembeli dari semua peringkat umur. Bagi mereka yang mengikuti dalam talian, The Golden Ticket juga berlangsung dalam bentuk digital melalui platform media sosial Suria KLCC — dengan hadiah wang tunai tambahan menanti.
PUSAT BELI BELAH ALAMANDA PUTRAJAYA
Alamanda Putrajaya membawa kembali kempen The Golden Ticket untuk tahun kelima berturut- turut atas permintaan ramai. Bermula dari 23 Mei hingga 8 Jun, kempen di Alamanda juga mengangkat tema yang menyeronokkan yang diilhamkan daripada permainan ular dan tangga klasik.
Pentas Centre Court akan dihias dengan tema flora dan fauna, dipenuhi dengan animasi ’snakes and ladders’.
Pembeli yang berbelanja RM500 atau lebih dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih boleh melontar dadu berwarna enam untuk peluang memenangi e-Baucar Alamanda bernilai sehingga RM1,000. Sebanyak 50 hadiah disediakan setiap hari, dan setiap peserta dijamin memenangi sesuatu dalam bentuk e-Baucar Beli-belah Alamanda, iaitu:
- Golden Ticket [e-baucar bernilai RM1,000]
- Yellow Ticket [e-baucar bernilai RM500]
- Blue Ticket [e-baucar bernilai RM50]
Tiket yang tidak dituntut akan dibawa ke hari berikutnya, menambah keterujaan setiap kali kunjungan. Setiap hari, seorang pembeli bertuah akan memenangi Golden Ticket dan diraikan dengan cahaya berkelip, muzik ceria, serta sesi foto segera dengan cek replika.