TERIMA KASIH ALLAH NYANYIAN FAIZAL ISMAIL [FBI], BEST!

TERIMA KASIH ALLAH NYANYIAN FAIZAL ISMAIL [FBI], BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama dah tak dengar cerita tentang FBI atau lebih dikenal dengan FBI sebelum ini.

TERIMA KASIH ALLAH

Kini kembali dengan single terbaru ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Iwan Syahman. Ia adalah gambaran seorang insan yang pernah berdepan jalan kelam dalam hidup, sebelum kembali ke pangkal jalan.

“Ia lebih kepada kesyukuran. Selalunya kita sebut Alhamdulillah. Yang ini kita nyatakan dalam tajuk Terima Kasih Allah.

Ia adalah tanda penghargaan, apa yang Allah bagi dari segi nikmat dan hidayah,”

TERIMA KASIH ALLAH NYANYIAN FAIZAL ISMAIL

SLOW ROCK LIRIK

Lagu ketuhanan berentak slow rock dengan lirik yang mendalam ini amat sesuai dengan vokal Faizal yang menyampaikannya dengan penuh penghayatan.

Baca: surah al kahfi 1-10

RAKAMAN DI STUDIO MILIK IWAN

Faizal yang kini kembali bekerja sebagai penyampai radio selepas sembilan tahun meninggalkan kerjaya terbabit berkata, proses rakaman single ini di studio milik Iwan sendiri sekitar lima bulan lalu.

“Iwan seorang yang versatil dalam bidangnya. Segala-galanya dibuat sendiri bermula dari rakaman, mixing (adunan akhir) serta muzik video dibuat sendiri. Bahkan cadangan untuk saya merakam lagu pun daripada dia sendiri.

TERIMA KASIH ALLAH NYANYIAN FAIZAL ISMAIL

Kalau nak diikutkan, dah lama saya tak masuk konti sebagai penyampai radio. Menyanyi lagilah lama tak buat. Nyanyian bukan satu forte atau satu keutamaan.

Cuma saya buat kerana minat dalam bidang muzik yang sememangnya dah lama. Untuk jadikan sebagai karier bukan satu keutamaan,” 

-tambah Faizal bercerita tentang Terima Kasih Allah.

Faizal berkata, semasa proses belajar dan mendekati agama kira-kira dua tahun lalu, dia berjumpa ramai orang dan salah satunya Iwan Syahman.

NYANYILAH, DALAM BENTUK BARU!

“Kita sudah tahu kisah penghijrahannya. Dia salah seorang yang kalau dalam bidang seni orang nampak perubahan yang signifikan. Apabila berjumpa kami berbual.

Kadang-kadang saya menyanyi juga lagu-lagu ketuhanan yang dia bawa. Bila dia jemput saya dalam ceramah, kuliah, ada orang minta menyanyi. Kami sama-sama menyanyi.

Dia kemudian tanya kenapa kau tak menyanyi? Dalam bentuk barulah,”.

Saya jawab saya bukan penyanyi sangat. Kemudian saya kata tak nak menyanyi cara lagu-lagu dulu,” 

-cerita Faizal.

Iwan Syahman kemudian melahirkan hasrat untuk menghasilkan lagu khas buat Faizal.

STRAIGHT TO THE POINT

“Cadangan memang dari dia. Dia sanggup buat. Saya kata kalau nak buat jangan yang terlalu berat, maksudnya letak mesej yang berat-berat.

Bawa satu mesej yang ‘straight to the point’ yang senang orang nak terima. Dia lebih teruja sebenarnya untuk buat lagu ini kepada saya.

TERIMA KASIH ALLAH NYANYIAN FAIZAL ISMAIL

Alhamdulillah dia dapat siapkan. Itu memang dia buat khas untuk saya, bagi saya dengar. Saya dapati melodinya bagus dan senang tangkap. Jadi setuju kita rekod. Itulah permulaannya,” 

-sambungnya lagi.

Masa yang diambil untuk rakaman Terima Kasih Allah hanya mengambil tiga jam sahaja untuk disudahkan.

DIMAINKAN DI RADIO ZAYAN

“Kemudian lagu ini diriliskan dan mula-mula sekali dimainkan di radio Zayan. Tanpa promosi yang kuat pun muzik video dapat 13,000 tontonan di YouTube Zayan. Tapi itu macam sekadar deal peribadi.

Tiga bulan selepas itu barulah saya berbincang dengan Universal Music dan pilih mereka kerana tahu kekuatan mereka.

TERIMA KASIH ALLAH NYANYIAN FAIZAL ISMAIL

Saya bukan sekadar nak masuk kerana nak dapat view semata-mata, tapi nak letakkan lagu yang berbentuk religi ini dalam genre lain yang orang suka seperti pop.

Bila pilih lagu ketuhanan, ia satu usaha dakwah juga. Saya cuba selitkan di situ dan alhamdulillah Universal Music terima. Lagu ini mula dirilis secara rasmi sejak 24 Februari lalu.”

DULU KHAFI?

Sebelum ini, Faizal pernah menghasilkan album secara duo dengan bekas penyampai radio Khairil Rashid (Krill) dan menggelarkan duo mereka sebagai Khafi. Album berjudul Satu Jengkal ini dikeluarkan pada 2006.

Beliau juga pernah membuat kemunculan khas (featuring) dalam album Hari Raya bersama-sama Faizal Tahir dan Shahir Zawawi semasa bertugas di radio.

TERIMA KASIH ALLAH NYANYIAN FAIZAL ISMAIL

Youtube Universal Music|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge