KONSERT LEFTHANDED 40 TAHUN ROCKESTRA, PASTI BEST!|Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak sangka pejam celik rupanya nak masuk 40 tahun dalam industri hiburan
KONSERT LEFTHANDED 40 TAHUN ROCKESTRA
40 tahun berada di atas pentas hiburan dengan perjalanan turun naik sebagai artis berkumpulan tanah air.
Lefthanded bakal mengadakan persembahan eksklusif pada 3 Jun nanti bertempat di
Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Ini bersempena Konsert Lefthanded 40 Tahun Bersama Orkestra atau Lefthanded Fourty Years Rockestra.
Konsert berdurasi dua jam setengah dengan jualan tiket serendah RM158 hingga RM588 akan bermula pada pukul 8.30 malam.
ROZARIO SEBAGAI PENGARAH MUZIK?
Kali ini meletakkan Rozario untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Muzik.
“Arrangement khas atau susunan muzik yang perlu dimainkan oleh orkestra kepada Lefthanded.
Dibariskan 28 base orkestra arrangement yang berbaloi dan tidak dipecahkan sequel-sequel walaupun ada sequel .
Kita tidak mahu persembahan bersama okestra tidak memberi impak yang cukup,
-ujar Rozario
PERSEMBAHAN BUKAN BIASA-BIASA
Ini kerana sudah pasti, hadirin dan peminat tegar Lefthanded tidak mahu menonton persembahan biasa-biasa sahaja.
Apatah lagi, diiringi oleh orkestra yang mana bayangan di dalam kotak pemikiran kita pastilah sesuatu yang gah dan vast!
Jelasnya, Lefthanded sebagai satu kumpulan lama berwibawa di mana beliau sendiri nak bermain dalam kumpulan legenda itu pun terasa “seram”.
PRAKTIS HARI-HARI
“Kena praktis hari-hari supaya dapat puaskan hati Man Kidal, Datuk Nash atau berada di par yang selesa.
Orkestra juga kena tahu note-note, jadi mereka perlu lebih masa panjang untuk mengisi ruang rehersal. 20 buah lagu bakal dipersembahkan
KOS PRODUKSI RM 600,000
Sudah semestinya Nash tidak akan memaparkan persembahan ketika usia mudanya tetapi selari dengan faktor usia. Beliau masih mampu untuk memberikan persembahan yang terbaik.
“Kos produksi Konsert Lefthanded itu adalah sebanyak RM600,000 dan saya juga meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa pihaknya akan membuat keuntungan”,
“Ada banyak kumpulan rock di Malaysia, tetapi mereka adalah ‘top 3’ seiring dengan Search dan Wings. Mereka ada banyak lagu popular dan diingati kebanyakan peminat muzik tanah air.
“Konsert ini diadakan bersama orkestra kerana mahukan muzik yang lebih rileks. Mereka tetap rock, tetapi dengan orkestra, muziknya akan menjadi lebih lunak.
Tidaklah terlalu bingit dan sedap didengar. Sesuailah dengan kebanyakan peminat Lefthanded yang kini sudah berusia 40 tahun ke atas.
Mereka mahu lebih rileks dan berada dalam keadaan duduk jika menonton konsert,”
-ujar Datuk Ab Razif Asmuni selaku Ketua Pegawai Eksekutif [CEO] Menara Network
KONSERT INI BERMAKNA BUAT KAMI
“Tidak perlu menaja sehingga RM 3 juta untuik mengadakan sebuah konsert atau persembahan berupa konsert yang mana tidak menjadi realiti akhirnya.
Sekadar impian yang tidak kesampaian. Tentulah konsert ini sangat bermakna buat kami. Terutama sekali buat mereka yang selama ini berusaha untuk berbuat sesuatu buat Lefthanded.
Antaranya Man Kidal orang sangat penting dalam pembikinan konsert Lefthanded 40 Tahun Okestra,”
-ujar Dato Nash.
MASIH ADA LAGI PENGGEMAR
Biarpun sudah masuk kategori artis berkumpulan yang lama, Nash yakin, Lefthanded masih lagi berkumandang dan ada penggemarnya.
Pada asalnya, Man Kidal merancang dengan Nash untuk mengadakan persembahan roadtour sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan lagi.
Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan sebaliknya. Rupanya ada hikmah lain kata Man Kidal.
Beliau tidak menyangka impiannya untuk Lefthanded mengadakan konsert, disambut baik oleh Menara Network.
Dapatkan tiket berharga RM158, RM188, RM198, RM238, RM288, RM328, RM488 dan RM588