Telemovie Sempena Hari Raya Aidiladha 2017 Hanya di RTM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Telemovie Sempena Hari Raya Aidiladha 2017 Hanya di RTM |Seleksi telemovie pilihan dijanjikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Aidiladha 2017 menerusi saluran TV1, TV2 dan TVi khas buat penonton setia salurannya. Pelbagai tayangan Telemovie Sempena Hari Raya Aidiladha menarik penuh dengan pengisian dan penghayatan dan akan menemui penonton pada 1 dan 2 September ini. Menerusi telemovie yang disediakan, hayati maksud pengorbanan dan keinsafan yang tersirat dalam telemovie bertajuk, ‘Ke Pintu Kaabah’ dan ‘Aku Tak Sesat’ (TV1), ‘Lembu Siapa’ (TV2) dan juga ’13 Tiang Cinta’ (TVi).

“Ke Pintu Kaabah”Siaran Rancangan Istimewa Sempena Aidiladha di TV1 Yang Bakal Tiba
“Ke Pintu Kaabah” menampilkan lakonan berkesan pelakon Catriona Ross, di samping Tisha Samsir, Izzue Islam, Kuna Muzani, Mustapha Kamal, Z.Zamrie dan Assi Ismail mengisahkan Mek Som seorang ibu tunggal memendam hasrat untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah. Kehilangan suaminya di laut menyebabkan kehidupan beliau bersama anaknya Fadilah semakin sukar. Fadilah mengambil keputusan untuk bekerja di butik Puan Aisah di bandar bagi menambah duit simpanan ibunya ke Mekah. Farid yang baru pulang belajar dari luar negara tertarik dengan Fadilah dan mula berkawan dengannya. Sebenarnya Farid merupakan anak Puan Aisah dan beliau merahsiakan kepulangan ke Malaysia daripada pengetahuan ibu bapanya. Beliau berhasrat untuk hidup berdikari terlebih dahulu. Fadilah pula sering bercerita dengan Farid tentang hasrat ibunya hendak ke Mekah.

“Aku Tak Sesat”Siaran Rancangan Istimewa Sempena Aidiladha di TV1 Yang Bakal Tiba
Menerusi “Aku Tak Sesat” pula ikuti kisah kepulangan Adha ke kampung yang telah dipandang serong oleh sebilangan besar orang kampung kerana kerjayanya sebagai composer muzik metal. Adha dianggap sesat kerana berkecimpung dalam dunia muzik metal. Ia dibintangi pelakon Hasnol Rahmat, Balqish Semundur Khan, Redzuan Adha, Syed Ali, Maimunah Ahmad, Fadhil Dani dan Rosnizam Zakaria.

“Lembu Siapa”

Slot Citra khas Telemovie Sempena Hari Raya Aidiladha di TV2 menyiarkan telemovie lakonan Sharifah Sakinah, Mohd. Amirullah Azmi, Fathil Dani, Delimawati dan Zain Hamid bertajuk “Lembu Siapa” pada 1 September ini, pukul 9.30 malam. Paparan kisah bermula dengan pemuda-pamuda kampung merungut dengan keadaan Halim melepaskan lembu-lembunya yang diwariskan dari arwah bapanya, berkeliaran di sekeliling kampung. Leteran mereka didengari oleh Mak Nor, emak Halim yang juga tidak puas hati dan bimbang dengan sikap anaknya yang sibuk dengan cita-cita menjadi penyanyi. Halim tetap pertahankan pendiriannya dengan cita-citanya. Pak Tam, pemilik warung kampung, juga menegur sikap Halim. Situasi pendirian Halim mula berubah apabila terdengar Intan, anak Tok Baha kemalangan terlanggar lembunya. Mak Nor mengadu sedih kepada Halim kerana motosikal Intan telah remuk terlanggar lembunya. . Ketika Halim membeli makanan untuk Intan, Pak Tam memberitahu ada pelanggan hendak beli lembu untuk korban raya dan dia nasihatkan Halim agar beri makanan yang betul kepada lembu yang hendak dijual untuk korban. Intan yakin Halim boleh berubah dengan bantuannya.

“13 Tiang Cinta”
Terus menghayati keberkatan sambutan Hari Raya Korban ini dengan tayangan telemovie “13 Tiang Cinta” lakonan mantap Beto Kusyairy, Siti Rawiyani, Nina Iskandar dan Shah Iskandar pada 1 September ini, pukul 2.00 petang dan ulangannya 9.00 malam di TVi. Telemovie arahan Mikael Andre mengangkat kisah cinta tiga segi yang disampaikan dalam cara yang berbeza. Ikuti perjalanan watak Naim seorang pemuda yang sesat jalan dalam kehidupan. Pada satu hari Naim merampas beg tangan cikgu cantik bernama Uzma. Orang ramai menangkap Naim dan mahu menyerahkannya kepada polis. Namun Uzma merayu agar Naim dilepaskan memandang beliau telah mendapatkan balik begnya. Naim tertarik dengan rupa dan baik hati Uzma. Maka Naim cuba mengekori Uzma namun tidak berjaya. Semasa mencari Uzma, Naim bertemu dengan Imran, seorang Ustaz dan pendakwah
bebas. Imran cuba menyebarkan agama Islam di sebuah kampung Orang Asli. Oleh kerana Naim tiada tempat tinggal, Imran mengajak Naim duduk dengannya. Naim kemudiannya mula tertarik dengan kerja amal yang dibuat oleh Imran.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV- Telemovie Sempena Hari Raya Aidiladha, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

2 Comments

  1. assalamualaikum nannie…best juga cerita ni…kena tunggu ni…

  2. sam

    yeahh..dh keluar dh Telemovie AKU TAK SESAT.. sy berlakon sebagai Insp Daud dlm drama tu.. terbaek RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge