Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berani Jadi Papa Telefilem Sempena Cuti Sekolah di Astro First| Bersempena dengan musim cuti persekolahan ini, Astro First Eksklusif (saluran 480) tampil dengan sebuah filem televisyen (FTV) istimewa, ‘Berani Jadi Papa’, yang bakal menemui peminat mulai 6 Disember 2018. FTV arahan sutradara hebat, Umi Salwana Omar ini boleh turut ditonton di platform digital, ‘on demand’.

Berani Jadi Papa adalah buah tangan terbaharu rumah produksi, Red Communications Sdn. Bhd. dan buat julung kalinya, ia menampilkan gabungan tiga generasi yang bertindak sebagai pengemudi utama, Dato’ Awie, Ungku Hariz dan Rykarl Iskandar. Lakon layar dan cerita asal FTV ini adalah nukilan Nadia Khan dan Mamu Vies, manakala Lina Tan merangkap Penerbit Eksekutif.
Sinopsis Berani Jadi Papa

Hubungan Kamal (Ungku Hariz) dan anaknya, Ayim (Rykarl Iskandar), menjadi renggang sejak isteri Kamal iaitu ibu Ayim meninggal dunia. Kamal kini membesarkan Ayim sebagai ayah tunggal. Pada suatu hari, Kamal dan Ayim bertengkar dalam perjalanan ke sekolah untuk berjumpa Pengetua kerana Ayim kerap ponteng sekolah.

Kamal gagal memahami cabaran hidup Ayim, dan begitu juga sebaliknya. Tanpa diduga, Kamal dan Ayim tertukar badan dalam pertengkaran tersebut. Kini Ayim berada dalam tubuh papanya Kamal, dan Kamal berada dalam tubuh anaknya, Ayim. Mereka perlu mencari jalan untuk segera kembali ke badan masing-masing. Malangnya mereka gagal.

Kamal dan Ayim terpaksa melalui kehidupan dalam tubuh mereka yang baru, menimbulkan pelbagai masalah dan kekeliruan. Keadaan bertambah kalut apabila artis veteran yang diuruskan oleh Kamal, Sani Joned (Dato’ Awie), terpaksa tinggal di rumah mereka akibat masalah kewangan. Kamal dan Ayim bukan saja perlu belajar hidup dalam tubuh yang baru, malah terpaksa berusaha keras untuk mempopularkan semula seorang artis veteran yang kini makin dilupai.

‘Berani Jadi Papa’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 6 Disember 2018 (Khamis) ini.

FTV ini mengangkat kisah keakraban dan hubungan dalam sesebuah keluarga. Ia mengupas erti pengorbanan setiap individu dalam keluarga dan maksud sebenar di sebalik setiap pahit manis yang perlu dilalui demi memastikan kebahagiaan sentiasa dikecapi. Oleh itu, ibu, ayah dan anak-anak, jangan lepaskan peluang untuk menonton ‘Berani Jadi Papa’ di musim cuti persekolahan ini.”

Antara yang menarik telefilem Berani Jadi Papa

Dato’ Awie turut menyampaikan lagu runut bunyi khas untuk Berani Jadi Papa. Bertajuk ‘Hey Anak Muda!’, lagu tersebut mendapat sentuhan Anas Amdan selaku penulis lirik dan pencipta lagu, serta diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.

Bagi menyuntik sedikit elemen nostalgia, rentak dan irama lagu ‘Hey Anak Muda’ dizahirkan dengan inspirasi lagu di zaman 80-an. Sangat ‘up-beat’ dan ‘catchy’. Mesej utama di sebalik lagu ini adalah untuk memberi semangat kepada golongan muda khususnya untuk terus berusaha dan tidak mudah menyerah kalah.

Antara cabaran utama yang perlu dilalui pihak produksi apabila terpaksa juga meneruskan penggambaran untuk beberapa babak utama sebaik sahaja Dato’ Awie pulih dari kesakitan kaki beliau (sebelum itu Dato’ Awie perlu bertongkat untuk berjalan). Oleh kerana komitmen jitu yang diberikan Dato’ Awie dan barisan pelakon yang terlibat, penggambaran berjaya dilaksanakan dan disiapkan mengikut kepada garis masa yang ditetapkan. Malahan, Dato’ Awie turut mampu menyelesaikan babak ‘jogging’, di mana beliau diperlukan untuk berlari.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge