Telemovie “Cinta Latah” Bila Lelaki Melatah Hanya di TV2

Telemovie “Cinta Latah” Bila Lelaki Melatah Hanya di TV2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Telemovie “Cinta Latah” Bila Lelaki Melatah Hanya di TV2.  Melatah sudah dikira sinonim dengan orang Melayu terutama golongan wanita. Tindakan spontan seseorang itu melatah sememangnya sukar diduga. Tetapi bayangkan sekiranya latah itu terkeluar daripada mulut atau tindakan seorang lelaki? Pastinya tumpuan orang disekeliling terarah kepada mereka.  Namun ada juga yang mengatakan latah ini turut berjangkit kepada golongan yang suka mengusik. Disiarkan pada 14 Julai ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2

Sinopsis Cinta Latah

Kisah hidup pemuda yang berlagak latah menaruh hati dengan seorang gadis pilihannya melatari telemovie bertajuk “Cinta Latah” lakonan mantap Amar Asyraf, Izzue Islam dan Izreen Azminda. Berkembang dengan watak Shaza, Zana, Mok dan Izat merupakan rakan baik, satu pejabat. Mok seorang pelatah semula jadi. Aizat menyimpan hati pada Shaza tapi tidak berbalas.  Mok dengan karektor seorang pelatah di lihat Izat sebagai minta apa semua dapat. Hinggakan Zana dan Shaza lebih rapat dan suka pada Mok berbanding Izat. Keadaan ini menimbulkan rasa cemburu Izat pada Mok.Telemovie “Cinta Latah”

Belajar Latah ?

Timbul rasa Izat hendak belajar latah dari Mok kerana dia beranggapan sifat Mok sebagai pelatah menjadi sebab untuk dia minta apa saja dapat termasuk soal kerja dan yang penting dapat ‘membeli’ hati Zana dan Shaza. Izat telah belajar berlatah dengan Mok dan akhirnya menjadi pelatah tegar di pejabat.Shaza menghadapi masalah bila ibunya Puan Norma telah menerima risikan ‘budak bandar’. Shaza diberi kata dua samada tunjukan calon kekasihnya atau menerima saja risikan budak bandar tersebut.

Shaza belum bersedia lagi untuk berumahtangga hingga dia mengoyak gambar bakal suaminya yang diberikan oleh ibu saudaranya, Mak Su Piah.Shaza kemudiannya berpakat dengan Mok untuk berlakon sebagai bakal calon buah hatinya untuk mengaburi mata ibunya. Mok pula simpati dengan Izat dan meminta Izat menjadi calonnya dan dia sebagai wakil.Telemovie “Cinta Latah”

Risik jadi ke 

Pada hari merisik yang diketuai Mok, ibu Zana perasan yang Izat adalah serupa dengan calon ‘budak bandar’ anak orang berada seperti gambar yang diberi oleh Mak Su Piah. Pada masa yang sama Izat juga telah memusnahkan gambar Shaza yang di atur oleh keluarganya. Bila keduanya perasan yang calon diatur oleh keluarga adalah orang yang sama, masing-masing cuba mengesahkan gambar yang telah mereka musnahkan dahulu.Puas dicantum semula gambar yang telah dimusnahkan tetapi tidak dapat dicantum semula kerana telah rosak teruk. Dengan bantuan kedua orang tua, akhirnya Shaza dan Izat akui bahawa jodoh lakonan mereka adalah jodoh sebenar yang telah diatur keluarga.

Apa yang terjadi akhirnya kenalah anda saksikan ye sendiri . Tak best lah kalau KP cerita tak meriah !!!

Jika anda terlepas atau ingin lihat ulang tayangan boleh sahaja ditonton melalui RTM mobile dimana anda cuma muat turun aplikasi di Google Play & App Store atau layari

Website TV2 : http://myklik.rtm.gov.my/

 

 

 

 

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge