“Aduh Emak Kahwinkan Aku 2” Bersama Fouziah Gous di TV1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
“Aduh Emak Kahwinkan Aku 2” Bersama Fouziah Gous di TV1. Bersama pelakon cantik Fouziah Gous sebagai hos, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan kesinambungan program “Aduh Emak Kahwinkan Aku” musim kedua yang mengupas lebih lanjut tentang isu-isu rumah tangga dan kekeluargaan yang pendek kata sering menjadi bualan dan pertanyaan dari masyarakat ramai. Topik-topik perbincangan merangkumi akan merangkumi pelbagai masalah yang biasa melanda pasangan berkahwin dan keluarga. Sedang bersiaran setiap Ahad, pukul 12.30 tengah hari menerusi saluran TV1
Antara perkongsian didalam episod kali ini ialah
- Perkongsian dari Aliff Satar
Membincangkan topik kahwin usia muda bersama artis undangan Aliff Satar yang berkahwin pada usia yang muda iaitu 24 tahun. Aliff berpendapat perkahwinan usia muda ini mendatangkan kebaikan kepada setiap pasangan. Turut dikongsikan pendapat orang awam tentang penerimaan dan pandangan mereka berkaitan isu ini.
- Ajak Shiro
Bagaimana peranan suami apabila isteri berbadan dua? Ikuti pengalaman yang dilalui oleh Ajak Shiro apabila dia menceritakan apa yang dilaluinya kepada hos Fouziah Gous, apabila isteri beliau berbadan dua dan kini telah memiliki tiga anak dalam episod dua.
- Imuda
Jarak usia yang jauh mungkin menjadi penghalang kepada sesuatu percintaan dan juga perkahwinan. Namun faktor ini bukanlah penghalang bagi artis undangan episod tiga, Imuda yang berkongsi cerita dan pengalaman bagaimana dia menemui cinta sejati dengan isterinya yang berusia jauh lebih muda daripada dirinya.
- Datuk A. Rahman Hassan dan Datin Fadilah Mansor
Jodoh tidak mengenal usia. Apabila sudah lama bersendiri, siapa sangka, tiba-tiba ada pasangan yang menanti. Begitulah pengalaman yang diceritakan oleh tetamu episod empat, Datuk A. Rahman Hassan dan juga isteri beliau, Fadilah Mansor kepada hos rancangan yang turut mencungkil rahsia bagaimana pasangan ini boleh jatuh cinta. Bukan itu sahaja, pasangan ini juga akan menceritakan pengalaman yang dilalui ketika bersendiri dan kemudian setelah mendirikan rumahtangga bersama.
- Datuk Ahmad Tamimi Siregar
Berkahwin di peringkat awal semuanya indah belaka. Namun apabila setelah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga, mungkin situasinya tidak sama. Sungguhpun begitu, ada pasangan yang terus dapat mempertahankan perasaan kasih sayang dan cinta walaupun sudah lama mendirikan mahligai. Bagi pasangan ini, semakin lama bersama, semakin mendalam sayangnya. Ikuti pengalaman pahit manis yang dilalui oleh tetamu Aduh Mak Khawinkan Aku 2, Datuk Ahmad Tamimi Siregar yang berkongsi ceritanya tentang isu semakin lama semakin sayang.
- Norman Hakim
Ulang tahun perkahwinan merupakan hari dinantikan oleh semua pasangan suami isteri. Ketika itulah pasangan akan bertukar hadiah tanda memperingati hari yang menyatukan kasih sayang mereka. Ikut pengalaman dan kisah dari Norman Hakim, tetamu programm ini yang berkongsi cerita bagaimana dia merayakan ulang tahun perkahwinan bersama isteri tercinta.
- Fynn Jamal
Ego suami dikatakan tercabar jika isteri memiliki pendapatan yang lebih tinggi. Adakah situasi seperti ini boleh memberikan kesan terhadap keharmonian dalam rumahtangga. Ataupun mungkin situasi seperti ini boleh membantu meningkatkan ekonomi sesebuah keluarga itu. Ikuti pandangan, tetamu Aduh Mah Kahwinkan Aku 2, Fynn Jamal yang akan berkongsi cerita dan pengalaman beliau bersama Fouziah Gous.
- Zarina Zainuddin
Apakah yang dilalui apabila seseorang itu menjadi isteri kedua? Ikuti luahan dan pengalaman pahit manis yang dilalui oleh tetamu Zarina Zainuddin yang berkongsi pengalaman hidup bermadu dalam episod berikutnya.
- Irma Hasmie
Ikuti juga episod bersama tetamu undangan Irma Hasmie akan berkongsi pengalaman beliau sendiri tentang isu bercinta selepas berkahwin. Ikuti bagaimana Irma menemui suaminya di Mekah dan kemudian merasai nikmat bercinta selepas berkahwin.
Jika anda terlepas atau ingin lihat ulang tayangan boleh sahaja ditonton melalui RTM mobile dimana anda cuma muat turun aplikasi di Google Play & App Store atau layari
Website TV1 : http://myklik.rtm.gov.my/
rancangan menarik artis jemputàn ajak .. ada sedih ada lawak..trbaek..