Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Taste New Zealand Beri Peluang Masak Sirloin Steak & Mussels | Pesta makanan New Zealand bermula 30 November sehingga 10 Disember 2017, Ianya adalah anjuran New Zealand Trade and Enterprise (NZTE) dan yang menarik bakal diadakan di 7 outlet AEON yang terkenal.
Bukan setakat produk khas yang dibawa dari New Zealand untuk dipamerkan uat semua yang hadir tertapi juga boleh membeli jika berminta. Yang selalu menjadi perhatian KP adalah produk dari New Zealand adalah yang terbaik dan harga barangan yang ditawarkan juga berpatutan jua berbaloi. Pameran GOURMET FOODS Taste New Zealand di AEON
KP dan rakan-rakan blogger lain di beri peluang untuk memasak Sirloin Steak & Mussels menggunakan produk dari New Zealand. Mahu tak kecut perut sebab kena diadili oleh para juri dari Berjaya University College . Di mulakan dengan kata-kata aluan dari Miss Tam Poh Poh wakil dari pihak NZTE sebelum kami bermula . pada pagi itu juga dipamerkan produk-produk dari Taste New Zealand yang boleh didapati di pasaraya
Coklat Whittaker
Baby Beets dari PURE’N EZY dikatakan memberi keenakan dalam masakan. yang bestnya ini antara produk wajib dimasuk sekali sebentar nanti. Antara biskut dari jenama yang cukup dikenali di Malaysia iaitu GRIFFIN, Coklat Whitakers, lepaan PIC’S Peanut Butter, kudapan PROSPER Crisps, WEET BIX, SWEET MEADOW
Terdapat juga produk penjagaan diri seperti ECO Store dan produk keperluan bayi seperti ONLY ORGANIC.
Sebelum dimulakan cabaran memasak untuk para blogger demonstrasi masakan oleh Executive Chef Krishnan, Chef dan tenaga pengajar dari Berjaya University College a menggunakan barangan yang khas didatangi dari produk New Zealand seperti New Zealand Greenlea Beef. New Zealand Mussels, Baby Beets, Mainland Cheese dan pelbagai lagi.
Pelbagai teknik dan tips dikongsikan bersama dengan kami . banyak juga pelajari dalam satu hari
cara memasak sayur-sayuran cantikkan warna tu. Cara memotong bawang dan sayuran di ambil kira apabila memasak kerana ia menentukan samaada masakan kita cepat masak atau tidak
menu – menu yang dimasak sewaktu demonstrasi . kata chef lagi setiap hidangan lengkap disyorkan protein, karbo (starch) dan sayuran.
- Grass-fed Beef Stir Fry with Capsicum -menggunakan Baby Beets, gabungan daging, sayuran dengan sedikit percikan rasa sos lada hitam
- Sirloin Steak – daging yang dimasak lembut dan sayuran memang sedap
- Cheese Baked Mussel – memasak senang rupanya.. tumis letak kembali masuk cheese dan bakar
Cabaran memasak
Cabaran bermula senbaik saja demonstrasi masakan . Setiap blogger mempunyai pasangan dan ada 8 team yang perlu memasak atara 2 menu chef dalam masa 30 minit. Kecut perut semua sebab 30 minit rasa cepat sangat. well , dapat pasangan Kak Ayu Rafikah sebagai partner dalam team memasak kali ini seperti bunga-bunga cinta. Kami memilih Sirloin Steak & Mussels
Ini adalah hidangan yang sempat dimasak dalam 30 minit
Sirloin Steak – masakan nie dimasak oleh Kak Ayu . dalam masakan nie KP ambil part potong memotong- siang menyiang. nampak sangat kak Ayu terer memasak sebab rilex ajer ..perasan tak sebelah sayuran tu . Plan asal nak buat mashed potato,ikut hati dah siap elok , tapi bila bertanya pada juri yang ada katanya tak lagi. So sepantas kilat kak ayu tukarkan jadi bergedil kentang or corquet.
Cheese baked mussels – ya ini KP buat .. nak menangis jugak masa buat tu sebab ini kali pertama bersihkan mussel masak mussel . nasib baik ada kak Ayu membantu. Alhamdulilah masakan nie sedap .. lebih cheese lagi best
Dengan masakan diatas kami berjaya mendapat hati di para juri /judge untuk memenangi cabaran memasak kali ini. Terima kasih kerana bagi peluang pada kami
Terbaik Cara Staff Masak Sewaktu Demonstrasi Masakan
Nak kongsi peraduan yang terbaru iaitu
Bergambar/Posing dan Menang. Jangan lupa share dan tag di FACEBOOK
Beli produk NZ sejumlah RM80, boleh sertai cabutan bertuah