Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dapatkan Set Hadiah Ekslusif Dari Guardian Menjelang Krismas 2017| Guardian Malaysia mengambil insiatif untuk memperkenalkan set hadiah istimewa yang menarik bagi memenuhi kehendak pengguna yang menginginkan produk berinspirasi untuk hari Krismas yang bakal tiba kurang dari 2 minggu lagi . Selalu mengikuti trend global terkini dengan memberi kepuasan buat para pembeli sewaktu membeli hadiah buat mereka yang tersayang. Set-set hadiah eksklusif, yang berpatutan diperkenalkan di sebuah jamuan khas bersama media yang dianjurkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr Soren Lauridsen bersama pasukan pengurusan kanan
“Set-set hadiah eksklusif ini, yang terdiri daripada produk-produk kesihatan dan kecantikan telah dipilih dan dipek dengan teliti bagi memenuhi kepelbagaian gaya hidup para pelanggan kami. Kebanyakan barangan tersebut datang dari Asia, dan daripada Own Brand Guardian. Ini kerana kami sangat bangga dengan produk jenama kami sendiri kerana ianya menawarkan kualiti pada nilai hebat! Dan sebagai sebahagian daripada matlamat Guardian untuk sentiasa berdaya saing, kami berusaha keras untuk mengekalkan harga yang sangat berpatutan.”

“Perniagaan kami adalah berlandaskan keperluan pengguna untuk produk-produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Sejak kami bermula, kami bangga kerana dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan berjenama kepada pengguna. Contohnya seperti hadiah-hadiah musim perayaan. Para pelanggan kami tahu bahawa Guardian adalah destinasi yang harus dituju jika mereka mencari set-set hadiah menarik untuk yang tersayang.”“Sejak itu, reputasi dan perniagaan kami berkembang ke seluruh negara. Hari ini, kami memiliki lebih 420 stor, yang menawarkan perkhidmatan kepada tiga juta pelanggan setiap bulan!”









