Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Taiwan Excellence Pavilion Edisi ke-2 di IOI City Mall Putrajaya |Taiwan Excellence Pavilion kini kembali mengujakan rakyat Malaysia dengan anjuran edisi kedua di IOI City Mall, Putrajaya dari 10 hingga 12 November 2017 untuk mempamerkan produk-produk keluaran Taiwan yang paling inovatif, terutamanya dalam bidang ICT dan sektor kelengkapan rumah.
Taiwan Excellence Pavilion diadakan sejajar dengan Taiwan Expo di Kuala Lumpur yang mempamerkan lebih 5,000 produk yang paling berteknologi dan bermutu dari Taiwan. Bahagian fokus utama pameran ini merangkumi pelbagai kategori di bawah kerjasama ekonomi dan perdagangan, pertukaran bakat dan perkongsian sumber. TAITRA, penganjur pameran Taiwan Expo memperluaskan lagi interaksinya dengan para pengguna di Malaysia melalui Taiwan Excellence Pavilion hari ini. Majlis pembukaan acara tersebut menyajikan persembahan oleh penyanyi tanah air Aiman Tino, serta bekal DJ radio dan Youtuber popular Jinnyboy.
Taiwan amat terkenal dengan produk-produk teknologi yang berstandard tinggi, kreatif dan canggih. Produk-produk di pameran tersebut telah dianugerahkan Taiwan Excellence, yakni pencapaian tertinggi bagi produk-produk Taiwan yang paling inovatif dan cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk R&D, rekaan dan mutu. Taiwan Excellence diiktiraf oleh 101 negara dan melambangkan aspek kebolehpercayaan, inovasi dan merit, di Taiwan .Para pengunjung berpeluang melihat produk-produk ICT yang berjenama termasuk Asus, MSI, Acer, dan Adata, di samping teruja oleh beraneka jenis produk gaya kehidupan termasuk basikal lipat Pacific, pelbagai produk penjagaan peribadi, kelengkapan penambahbaikan rumah serta alat senaman.
Matlamat utama Taiwan Excellence Pavilion adalah untuk menjalin hubungan dua hala antara Taiwan dan Malaysia menerusi kerjasama dalam pelbagai sektor, di samping mempromosikan industri-industri di Malaysia serta meningkatkan imej Taiwan dalam rantau ini. Hala tuju ini sangat relevan kerana Taiwan turut menjadi sekutu dagangan yang kelapan besar serta pasaran eksport yang kesembilan besar bagi Malaysia, sekaligus menegaskan kepentingan Malaysia untuk menjana minat pengguna dalam produk-produk Taiwan.
Kata Walter Yeh, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA).
“Kami berasa sangat teruja untuk menganjurkan Taiwan Excellence Pavilion kedua kami kerana kami berpeluang membawa segala yang terbaik dari Taiwan ke Malaysia sekali lagi. Kesungguhan serta motivasi kami telah meletakkan Taiwan di kemuncak inovasi. Seterusnya kami mampu mempertingkatkan kualiti kehidupan para pengguna dan menyokong perniagaan dengan membekalkan produk-produk yang mencerminkan budaya inovasi teknologi serta rekaan canggih kami.Taiwan Excellence Pavilion turut memberi peluang kepada kami untuk terus membina dan mengukuhkan kerjasama kami dengan perniagaan di Malaysia,” .
Selain pameran dan pelbagai persembahan khas daripada selebriti-selebriti tanah air termasuk Ana Raffali, Taiwan Excellence Pavilion juga merangkumi pelbagai persembahan produk dan persembahan sepanjang tiga hari pameran tersebut. Tambahan pula, para pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang bernilai lebih RM10,000. Kemasukan adalah percuma bagi semua pengunjung.