TAHNIAH METALMACH MICRO TECHNOLOGY [MMT]!

TAHNIAH METALMACH MICRO TECHNOLOGY [MMT]!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Wow, berjaya tembusi pasaran China waktu ini, pastinya satu kejayaan yang terbaik untuk tahun 2022.

BERJAYA TEMBUSI PASARAN CHINA

Memandangkan berjaya tembusi pasaran China, berpeluang menjalin kerjasama dengan pembekal bahan bantuan pembuatan, Future Hover Industrial Co. Ltd (Future Hover) yang bernilai RM1 Bil!

MALAYSIA PERKASAKAN KEDUDUKAN

Dengan kerjasama ini, MMT menyumbang kepada jualan dan permintaan eksport produk dan perkhidmatan . Sekali gus membolehkan Malaysia memperkasakan kedudukannya sebagai pembekal Semikonduktor di Asia Tenggara.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun telah meraikan kerjasama rasmi di antara Pembuat Alat Ganti Besi Berketepatan Tinggi dan pembekal bahan bantuan pembuatan dari China.

Ini secara tak langsung Malaysia destinasi pilihan untuk pengeksportan semikonduktor di Asia Tenggara dan dunia.

KONGSI FUTURE HOVER

“Malaysia merupakan lokasi yang ideal kepada kami untuk bertapak di rantau Asia Tenggara bukan hanya kerana kerajaannya yang bersedia untuk menyokong.

Tetapi juga faktor-faktor seperti kesediaan tenaga kerja yang mahir, lokasi yang strategik, dan infrastruktur yang membangun mampu memberi impak yang besar kepada operasi kami.

Kerjasama ini menjanjikan pelbagai peluang pekerjaan, dan saya menantikan kejayaan yang akan kita capai bersama hasil daripada penggabungan pengetahuan, kepakaran dan sumber dari dua negara.”

-kata Pengurus Besar Future Hover, Cik Guan Mei Ying

PERJANJIAN KERJASAMA

Bagaimanapun, akibat dari perintah berkurung di China, Cik Guan Mei Ying tidak dapat hadir bagi menyaksikan sendiri upacara majlis menandatangani rasmi.

Oleh itu, Pengarah Perniagaan (Malaysia) Future Hover, En. Alfred Foo, bertungkus-lumus memastikan perjanjian kerjasama ini berjaya dan berjalan lancar. Melantik Cik Guan untuk mewakilkan di acara tersebut.

Pengarah Operasi MMT, En. Low Kim Yoong berkata,

“Dengan permintaan yang meningkat dan pengembangan yang pesat dalam sektor semikonduktor di Asia Tenggara. Kerjasama ini bukan sahaja menguatkan posisi kedua-dua pihak dalam rantau ini.

Tetapi juga meningkatkan posisi Malaysia yang telah dikenali dalam sektor pembekalan, lantas membolehkan Malaysia menjadi pilihan utama untuk penghasilan semikonduktor secara global.

Kerjasama ini membolehkan pengurusan yang menyeluruh termasuk pemasangan semikonduktor sekaligus menjadikan kami antara pemain yang terkuat dalam industri pembekalan semikonduktor.

Kami akan menyediakan sokongan yang teguh dan solusi yang cekap kos kepada pemain industri di seluruh dunia sambil menyumbang kepada pembangunan negara, hasil dari kerjasama ini” 

TAWAR SOLUSI SEHENTI

Sebahagian daripada kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menyelaraskan teknologi dan sumber terbaik di dalam menawarkan solusi sehenti untuk industri ini.

Ini akan dicapai dengan menggabungkan pengalaman MMT selama 40 tahun dalam penghasilan mesin berketepatan tinggi, pembuatan acuan dan pembangunan semikonduktor.

Dengan pembekalan bahan bantuan yang berdaya saing oleh Future Hover beserta dengan kepakarannya dalam pengujian dan pembungkusan semikonduktor.

Syarikat tempatan ini dan rakan kongsinya dari China akan melabur RM1 bilion secara kolektif untuk menjana RM10 bilion dari hasil jualan eksport di dalam 10 tahun akan datang.

PEMBINAAN KILANG

Ia dimulakan dengan pembinaan sebuah kilang yang paling lengkap dan canggih di Negeri Sembilan, Malaysia.

Kilang ini akan berperanan sebagai sebuah hub untuk pembekal dalam dan luar negara bagi memperolehi barangan yang lebih berdaya saing di dalam masa yang lebih singkat dan mampu menghasilkan lebih 500 peluang pekerjaan.

Dengan ini, kedua-dua pihak berharap untuk membekalkan latihan teknikal dan pemahaman yang lebih mendalam di dalam industri sebagai salah satu usaha untuk menjana populasi pekerja mahir di Negeri Sembilan dan di Malaysia.

KERJASAMA MMT

Melalui kerjasama ini, MMT diberi peluang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran China. Menawarkan perkhidmatan yang telah ada kepada pemain-pemain industri serantau. Juga menyumbang kepada jualan dan permintaan eksport untuk produk dan perkhidmatan Malaysia.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge