SYAFIQ ABDILAH MUNCUL DENGAN ‘KEKAL’, TERBAIK!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kenalkah anda dengan penyanyi dari Brunei ini? Antara peserta dari rancangan realiti popular Big Stage musim keempat tahun 2022.

SYAFIQ ABDILAH

Bintang kelahiran Brunei Syafiq Abdilah kini muncul dengan lagu terbaharunya berjudul ‘Kekal’ di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

LAGU KEKAL

DIcipta dan ditulis oleh John Jeeves, Ikhwan Fatanna, Omar K, dan Pique. Lagu ini juga disusun dan diterbitkan oleh John Jeeves bersama dengan Omar K sebagai penerbit bersama.

BERBEZA DENGAN KARYA PERTAMA SAYA

Sebuah lagu yang indah dan menyentuh perasaan. Dimana ia sangat berbeza dengan karya pertama saya dulu.

Saya juga sangat teruja untuk melihat penerimaan pendengar terhadap bunyi baharu saya ini yang lebih matang dan berbeza.

LIRIK KEKAL

Menceritakan tentang persaan yang dirasakan oleh seseorang yang telah memahami erti cinta yang sejati . Menggambarkan keinginan untuk seseorang itu kekal dalam hidup
kita.

Pastinya kita ingin menghabiskan seumur hidup kita bersama orang tersebut,”

-jelas Syafiq.

SYAFIQ ABDILAH

Biarpun Syafiq tidak terlibat dalam proses penulisan lagu ini tetapi para pencipta dan penulis
telah menyampaikan pesan lagu ini dengan sempurna.

Rakaman selesai hujung tahun 2021 dimana ianya hanya mengambil masa sehari saja.

Semua yang terlibat dalam proses ini sangat menyokong dan membantu saya berasa selesa
dalam bilik rakaman,”

RAKAMAN VIDEO MUZIK

Video muzik adalah arahan Harith Zazman. Merupakan kali pertama Harith bertindak sebagai pengarah untuk sebuah video muzik artis lain.

Rakaman video dibuat pada bulan Januari selama dua hari. Ada cabaran ke? Pasti ada dimana jarak lokasi Syafiq antara cabarannya.

“Buat masa ini saya masih menetap di Brunei. Jadi jika ada sebarang kerja atau projek yang
terpaksa dilakukan saya perlu terbang ke Malaysia untuk menyiapkannya.

Semoga satu hari nanti ia akan menjadi runut bunyi atau OST buat kisah cinta nyata pendengar sejagat.

Youtube Universal Music Malaysia|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge